Chapter 60

50 7 0
                                    

Puan Maria datang ke arah Anna yang sedang ralit melihat cerita Korea di tv, lalu dia bersuara

"Anna sihat?" Soal puan Maria

Anna memandang puan Maria pelik, tetapi dia tetap senyum lalu dia mengangguk kecil

Puan Maria tersenyum lalu dia duduk di sebelah menantu perempuanya

"Aryan mana?" Soal puan Maria lagi

"Aryan dia keluar.... kenapa Mummy?" Soal Anna

"Hmm.. tak ada apa... Anna okay?" Soal puan Maria

Sekali lagi pandangan pelik di lemparkan buat ibu mertua nya

"Kenapa mummy tanya soalan macam  tu?" Soal Anna hairan

Tiba² puan Maria mengambil tanganya lalu tangan kecil putih mulus itu di usap lembut

"Kamu bersabar ya Na... Aryan memang macam tu sejak dia di jaga oleh pengasuh dia dulu" kata puan Maria... Anna memandang Puan Maria dengan riak blur

Puan Maria tersenyum kecil lalu berkata

"Mummy tahu apa yang jadi malam tadi... And Mummy dengar juga apa yang kamu berdua bertekak, bukan nak masuk campur tapi ni memang perlu di beritahu" kata puan Maria

"Dulu... Masa Aryan kehilangan kamu.. waktu tu dia punya emosi memang tak berapa nak stabil... Dan pada masa itu umur dia baru berumur 9 tahun... Dan dia di jaga oleh pengasuh  nya... Dia tidak di jaga.. tapi di dera... Dia tak di kasi makan... Banyak luka² dekat badan dia... Mummy pernah tanya kenapa dengan luka tu Tapi dia menipu Mummy dan kata dia cuma jatuh basikal...Hiks!... Selama dia di jaga oleh pengasuh dia, dia selalu derita.. sampai lah.. satu masa tu... Mummy and daddy tahu cerita sebenar... Then kami pecat perempuan tu!... Mummy betul² menyesal sebab biarkan Aryan di jaga oleh pengasuh nya" kata puan Maria lirih bersama air mata

Anna menyeka air mata puan Maria... Dia turut berasa sebak... Tidak di sangkakan Aryan turut ada kisah silamnya yang terpendam..

"And... Bila dah 2 3 hari.. masa tu Mummy tengok Aryan memang emosi dia tak boleh di kawal... Dia selalu termenung, berkurung dalam bilik sepanjang hari, tak makan tak minum, selalu menangis, bila Mummy tegur dia... Dia terus melenting teruk... Then kami buat keputusan untuk bawa Aryan pergi berjumpa dengan pakar psikiatri... And pakar psikiatri tu cakap Aryan menghidap penyakit mental... Dan mengambil masa yang lama... Bila dah 5 bulan itu.. dia pulih semula.. tapi pakar tu cakap jangan buat dia tertekan mahu pun marah, sebab nanti emosi dia tak boleh di kawal... Dan dia boleh buat benda yang di luar jangkaan" kata puan Maria

Anna yang mendengar itu terkaku... Patut lah bila Aryan marah orang mental

"M.. Mummy... Boleh tak Anna nak tahu... S.. siapa pengasuh yang jaga Aryan tu?" Soal Anna sedikit gagap

"Kamu kenal mak Tipah?" Soal puan Maria

Anna berfikir sebentar, matanya sedikit membulat, mak Tipah tu bukan ke yang selamat kan dia dari gaung tu?!..

"M.. mak t.. Tipah y..yang t.. tolong A.. A.. Anna tu ke?" Soal Anna gagap bersama mata yang sudah berkaca.. puan Maria menangguk

"Tapi kamu jangan salah tafsir Anna... Sekarang dia dah insaf.. "kata puan Maria

Kalau anda nak tahu kenapa Aryan jawab acuh tak acuh bila Tengku Zakwan cerita pasal Mak Tipah dengan pak Hamid tu?.. tu sebab mak Tipah lah yang menjadi pengasuh nya dulu.. pengasuh yang dera dia.. kesian  Aryan kan?

Tiba² tangan puan Maria menyentuh lembut Rahang kecil Anna yang kemerahan itu

"Sakit lagi tak?" Soal puan Maria... Anna tercenggang tidak tahu mengata apa

SIAPA ELAURA HIKAYLA [OG] Where stories live. Discover now