Sedang Anna ralit memandu keretanya dengan laju di kala waktu yang sudah malam
Tiba² seorang wanita tua melintas di jalan raya itu dan...
buk!
Wanita tua itu rebah di atas jalan tar itu, tatkala kereta Honda putih milik Anna melanggar tubuh tua nya tanpa sengaja
Anna terus menekan brek mengejut lalu dia cepat² keluar dari kereta itu untuk melihat apa yang terjadi
"Ya Allah mak cik! Maafkan saya... Saya tak sengaja!" Kata Anna dengan rasa serba salah dan risau
"T.. takpe nak... Sikit je ni.. mak cik boleh bangun" kata Makcik itu dengan senyuman.. murah betul senyuman mak cik itu walaupun di kala dia sakit
"Sikit apa nya ni mak cik... Kaki makcik luka teruk tu... Meh saya tolong bawa mak cik pergi hospital ye" mata Anna dengan risau lalu dia memapah mak cik itu untuk bangun
Mak cik itu hanya akur... Lagi pun keadaan tengah darurat ni, jalan raya ni pun sunyi maklumlah dah pukul 12
Anna terus membawa mak cik itu masuk ke dalam kereta lalu dia memandu kereta itu dengan kelajuan sederhana
*************
PRANG!!!!!!!
"AKU NAK KORANG CARI DIA SAMPAI DAPAT!!! KALAU KORANG BAWA BALIK SINI DENGAN TANGAN KOSONG!!! MEMANG NYAWA KORANG AKU CABUT!! UNDERSTAND OR NOT?!!"
"yes king" usai berkata bergitu dengan lajunya mereka terus keluar dari bilik itu
Aryan terus menguak rambutnya dengan kasar, ya... sejak Anna lari darinya, hubungan keluarganya dengan dia semakin menjauh, manakala hubungan keluarga mertua angkatnya pula kian keruh... dan keluarga mertua dia?, Dia tidak tahu... sejak puan Wardah memberitahu hal sebenar, mereka berdua kian senyap, dan menghilangkan diri.... keluarga mertua angkatnya pernah mahu berbaik dengannya, tetapi dia banyak membangkang, kerana dia sebab kan mereka Anna lari darinya!
frame gambar Anna yang tersenyum itu di ambil
Dia menatap gambar itu dengan senyuman yang mengerikan
"Kau larilah sejauh mana pun Anna... Aku tetap cari kau sampai hujung dunia!" Kata Aryan dengan sinis kemudian dia mula ketawa bagai orang mental... Hmm dasar tak semengah punya perangai
************
Setelah mak cik itu keluar dari hospital, Anna meminta mak cik itu untuk menghantar mak cik itu pulang
Mulanya mak cik itu mahu membantah tetapi Anna tetap berdegil
Sesampai di satu tempat dan tertulis, pusat penjagaan anak anak yatim Darul suffi'yah
Anna terus keluar dari kereta tidak lupa juga untuk membantu mak cik itu keluar
Tiba² Anna bersuara
"Mak cik jaga anak yatim ek?" Soal Anna... Dia tersenyum memandang tempat itu
"Ya... Mak cik jaga mereka, dan makcik juga tinggal di sini... Jangan panggil mak cik, nama makcik Dayah... Panggil Ummi Dayah je tak pun panggil Ummi sahaja" jelas Ummi sambil tersenyum... Anna membalas senyuman Ummi
Tiba tiba, seorang budak lelaki yang baru berusia 7 tahun berlari meluru ke arah mereka
"Ummi!!..." Jerit budak lelaki itu lalu dia memeluk kaki Ummi dengan erat
"Eh?, Affiy... Kamu buat apa dekat sini?... Mana kawan² kamu?" Soal Ummi bertubi² pada Affiy
"Affiy nak jumpa Ummi lah... Kawan² Affiy diorang tengah main dekat taman tu" kata Affiy dengan senyuman yang masih lekang di wajah cerah kemerahan nya itu
YOU ARE READING
SIAPA ELAURA HIKAYLA [OG]
Romance#SiapaElauraHikayla #misteri #voteandkomen Tengku Anna Aralyn, gadis yang cantik, baik, jelita, mata berwarna biru pekat, rambut light brown, kasar sedikit, nakal, manja, suka berdikari seperti sekarang dia membuka kedai Anna cake... Tengku Aryan R...