BAB 10

1.8K 33 0
                                    

🌹🌹🌹

TERKEJUT bila bahunya tiba-tiba di tepuk dari belakang Humaiyra menoleh memandang tiga sahabat itu.

" Awak nak apa Anis?."

" I dengar Dani dan family dah pindah ke luar negara betul ke?. So sekarang ni you alone lah kan hahaha dah tak ada orang nak back up you."

" Awak nak apa sebenarnya ni Anis saya tak ada masa nak layan awak."

" I cuma kasihan pada you... You kan tak ada kawan Dani sorang je yang sudi berkawan dengan you."

" Kalau awak tak ada benda penting nak cakap please excuse me."

" Ops wait.. wait.." Anis dan rakannya menghalang laluan Humaiyra mereka sengaja ingin menjatuhkan air muka Humaiyra ditengah pintu masuk itu.

" Apa masalah awak ni Anis?."

" I tak ada masalah tapi you yang ada masalah. You tahu tak sebab family you ada history pembunuh nama kolej kita jadi buruk tau."

Beberapa orang pelajar disitu mula berbisik bila mendengar statement yang dikatakan oleh Anis itu.

Anis tersenyum puas.

" I dah cakap pada you untuk break up dengan Dani tapi you tak nak dan sekarang cuba you tengok apa nasib Dani. Poor our Dani."

" Apa yang awak cuba sampaikan Anis?. Saya tak ada masa nak layan awak." kata Humaiyra berjalan kearah pintu masuk.

" Girls jangan lupa cuci tangan I takut badi mak dia lekat pada you all." jerit Anis menarik ramai perhatian pelajar.

Humaiyra berhenti melangkah dan memandang tepat pada tiga sahabat itu.

" Korang semua nak dengar satu cerita tak?. Untuk pengetahuan korang semua ada orang bawa badi orang mati dalam kampus kita."

" Eee takutnya." ujar salah seorang rakan Anis.

" Arhh. Ehh apa ni... Lepaslah sakit..." Anis terjerit bila sanggul rambutnya ditarik dari belakang dengan kasar.

" Engkau ni kalau sehari tak buat bising.. Tak cari masalah dengan orang tak sah kan." ujar Jessica.

" Eee apa ni suka hati je tarik-tarik rambut orang." Anis menepis kasar tangan Jessica dan cuba membetulkan semula rambutnya.

" Padan muka kau."

" Jessica perangai you ni semakin hari semakin teruk ini mesti sebab you berkawan dengan adik pembunuh."

" Jaga sikit mulut kau tu Anis nanti ada kang makan pelampar sulung aku."

" What? Salah ke apa yang I cakap... I just saying the fact abang dia memang pembunuh dan mangsa adalah mak dia sendiri." ujar Anis.

" Jessica you tak takut ke kalau you pula jadi mangsa dia lepas ni."

" Kalau saya jadi pembunuh awak lah orang pertama yang jadi mangsa saya." ujar Humaiyra membuat muka Anis berubah dan melangkah ke belakang beberapa langkah.

" Are you fine my lady." tanya Harrison memegang kedua bahu Anis dari belakang yang hampir melanggarnya.

" Opss sorry thank you handsome." kata Anis malu-malu.

" What are you doing here Harris?." tanya Jessica pelik dengan kehadiran abangnya ke kolej mereka.

" Maiyra wait for me..." Jessica mengejar Humaiyra yang laju berjalan masuk ke kolej selepas melihat Harrison.

Jessica menjeling sekilas pada abangnya yang di kerumuni oleh tiga orang gadis itu, dia jijik melihat senyuman dibibir abangnya itu.

" Hi ladies." tegur Harrison dengan senyuman dimaniskan semanis gula.

" Hi handsome."

" Would you like to have a dinner with me tonight?." tanya Harrison menghulur name card nya pada Anis.

" Of course I would love to."

" Then I will pick you up tonight." kata Harrison sebelum berlalu.

Humaiyra berhenti dihadapan pintu kelasnya hatinya berbelah bagi sama ada ingin masuk atau tidak.

Dia tahu ucapan Anis telah didengari oleh rakan kelasnya.

" Babe what's wrong?."

" Saya rasa macam tak sihat."

" You nak balik dorm ke, jom I hantarkan."

" Jom... Saya ada something nak bagitahu awak."

Jessica berjalan mundar-mandir di dalam bilik Humaiyra, itu merupakan pertama kali dia memijak kaki di asrama kolej mereka.

" Jess sebenarnya saya ada benda nak bagitahu awak tentang Harris."

" Hmm tentang apa tu?."

" Sebenarnya apa yang berlaku pada Dani..." Humaiyra mencerita semua yang berlaku termasuklah yang Harrison mengugutnya untuk menerima lamaran lelaki itu.

" Oh my god. I minta maaf sangat Maiyra I tak sangka abang I sanggup bertindak macam tu. You jangan risau balik ni I inform mommy biar mommy marah dia."

.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

Wajah Anis berubah kelat, sepanjang makan malam mereka itu Harrison tidak berhenti menayakan tentang Humaiyra dan Daniel.

" You dah kenyang ke?." tanya Harrison melihat makanan dalam pingan Anis tidak terusik.

" You ajak I keluar ni sebab you nak tahu tentang Humaiyra or nak date dengan I?." tanya Anis dengan nada tidak puas hati.

" Hahaha... For you."

" Apa ni?." Anis membuka beg kertas yang diberi oleh Harrison itu, dia tersenyum lebar bila melihat seutas beg tangan jenama Gucci.

" Untuk I?."

" Of course."

" Thank you so much." ujar Anis gembira tak terkata menerima hadiah itu.

" Hi bro kau buat apa dekat sini... Oh my I'm sorry beautiful lady, you terlalu stunning sampai I tak nampak you." tegur Eric.

Anis tersenyum sumbing bila dipuji oleh jejaka kacak itu.

" Babe meet my friend Eric." hati Anis berbunga-bunga mendengar Harrison memanggilnya babe.

" Anis Natasha." kata Anis malu-malu berjabat tangan dengan Eric.

" Boleh I duduk sekali?." tanya Eric dan melabuh pungungnya disebelah Anis.

" I'm sorry babe tapi I ada urusan sikit dengan kawan I ni so I akan suruh driver I hantar you balik okay."

" It's okay." ujar Anis dan meminta diri pada dua orang jejaka kacak itu.

" You're late." Eric ketawa mendengar sungutan Harrison itu sambil memerhati lenggok Anis berjalan keluar bersama beg Gucci.

" Anak ikan baru nampak."

" Kau nak ambillah."

" Bro aku peliklah dengan kau ni, awek cantik macam tu pun kau tolak ke?. Members kita semua asyik tanya pasal kau. Dah lama kau tak keluar lepak dengan kami."

" Aku busy."

To be continues...

CAPTUREDTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang