BAB 5

1.7K 46 2
                                    

🌹🌹🌹

" KORANG siapa? apa masalah korang ni hah?!." tanya Daniel sebaik sahaja keluar dari kereta kerana dua buah kereta hitam menghimpit keretanya dan menyuruhnya berhenti.

" Kami tak ada masalah bro dengan kau tapi kau ada masalah dengan bos kami."

" Aku tak kenal siapa bos korang dan aku tak nak kenal pun. Baik korang alihkan kereta korang sebelum aku call polis."

" Aduhh seramnya takutlah..."

" Ee takutnya dia nak call polis lah bro." ejek lelaki-lelaki itu.

" Aku tak ada masa nak layan korang." kata Daniel bergerak semula kearah keretanya.

" Kau nak lari mana bro kitaorang tak habis cakap lagi." tanya lelaki berbadan sasa ketawa menarik bahu Daniel dan menghadiahkan satu tumbukkan padu pada perut Daniel.

" Hoi hoi sudah. Sudah jangan nak pukul dia lebih-lebih kang kalau dia mati korang nak jawab apa dengan bos. Bawak dia masuk kereta nanti bos tunggu lama." kata lelaki yang seorang lagi.

Dua orang lelaki mengheret Daniel kearah kereta mereka manakala seorang lagi memandu kereta Daniel mengikut di belakang kereta gengnya.

" Lepaskan aku lah. Korang nak apa dengan aku!." jerit Daniel sambil meronta supaya di lepaskan.

" Diamlah bodoh!!. Jangan banyak bunyi bos aku tak suka orang bising nanti dia naik hantu." ujar dua lelaki sambil memukul dan menyepak Daniel.

Manakala dua orang lelaki seronok ketawa melihat keadaan Daniel yang susah payah menahan kepalanya dari disepak.

" Stop!." mereka berhenti memukul Daniel bila mendengar arahan itu, masing-masing kelelahan memukul Daniel.

" Boss." kata mereka semua sambil menundukkan sedikit kepala kearah lelaki yang sedang berjalan menghampiri mereka dengan penuh hormat.

" Angkat dia." arahnya lagi supaya Daniel di dirikan, lebih mudah untuknya melihat wajah pesaingnya itu.

Mereka mengangkat tubuh Daniel yang sudah lunyai dan mendudukkannya di atas kerusi, seorang lelaki mengangkat muda Daniel dari arah belakang supaya memandang kearah Boss mereka.

" Harris. Jadi kau yang upah semua orang ni pukul aku!. Kau nak apa dengan aku?." tanya Daniel dengan nafas tertahan-tahan.

" Aku dah warning kau dengan cara yang cukup baik tapi nampaknya kau degil so aku tak ada pilihan lain sebab kau yang pilih jalan ini."

" Kau dah gila ke Harris. Lepaskan aku."

" Kau masih tak sedar situasi kau ye. Sekarang ni kau bukan dalam situasi untuk mengarah aku tapi merayu pada aku!!." tengking Harrison dan menendang Daniel sehingga jatuh tertiarap ke lantai.

" Aku dah warning kau, jauhkan diri kau dari Humaiyra tapi kau degil." katanya sambil mengetap rahang mangawal kemarahan.

" HAHAHAHA. Humaiyra Qaisarah kau memang boleh buat orang sekeliling kau gila. Hahahaha." ketawa Harrison memenuhi ruangan bilik kecil, kotor dan gelap itu.

" Kau tak ada hak untuk halang aku dari jumpa Maiyra. Dia tu kekasih aku dan kau tak ada kena mengena dalam hubungan kami." katanya sambil cuba bangun duduk.

" Kekasih? Hahaha... Kekasihh. Girlfriend not wife even dia wife kau sekalipun kalau aku nak, dia tetap akan jadi milik aku." katanya sambil menarik rambut Daniel sehingga mendogak.

" Kau ingat Maiyra tu barang ke syaitan kalau kau anak jantan lepaskan aku kuta bertarung. Kau ingat aku tak tahu ke selama ni kau memang ada niat tak baik pada Maiyra." marah Daniel.

" Haha well kalau aku perlu ubah dia jadi barang apa salahnya lagi senang aku nak simpan dia." kata Harrison memandang Daniel yang membara menahan marah.

" Dia milik aku. Aku saja yang barhak keatas dia dan bertarung ohh please I don't feel like want to waste my energy for something not worthy." ujar Harrison selamba.

Egonya sedikit pun tak tercabar dengan ajakan Daniel itu.

" Not worth you say but sekarang ni kau culik aku!." jerit Daniel.

" Teach him a manner." kata Harrison pada anak buahnya.

" Kau dah gila Harris kau ingat Humaiyra tak akan jadi milik kau! Dia tak akan pandanglah manusia bertopeng syaitan macam kau!." jerit Daniel.

" Memang aku dah gila. Aku gilakan Humaiyra dan aku akan pastikan aku dapat apa yang aku nak." balasnya dan mengarahkan anak buahnya untuk membawa Daniel ke kerusi elektrik.

" Uruskan dia. Lepas tu hantar dia balik. Ni upah korang untuk malam ni." arahnya sebelum berlalu keluar dari situ.

" Terima kasih Boss. Hehe masyuk..."

" Arhh... Arhh... Arhh." jerit Daniel.

Humaiyra sekarang sudah tiada penghalang untuk aku dapatkan kau dan kau akan jadi milik aku. 

.&.&.&.&.&.&.&.&.&.&.&.&.

SUDAH seminggu Humaiyra tidak melihat Daniel di kolej, seminggu juga Daniel tidak hadir kelas, telefon tidak diangkat, mesej tak di balas.

Mak Daniel ada menghubunginya bertanya tentang Daniel, puas Humaiyra bertanya pada kawan-kawan Daniel sekiranya mereka melihat Daniel tapi sorang pun tidak tahu.

" Maiyra! Maiyra! Maiyra! jom ikut I pergi hospital. Dani masuk hospital. Accident." maklum Jessica.

" Ya Allah betul ke ni? Hospital mana?."

" Jom I hantarkan. Cepat." mereka berlari keluar kelas menuju ke kereta Jessica yang berada di parking A kolej.

Jessica terkejut mendapat berita bahawa Daniel di masukkan ke hospital dari kawannya yang pergi ke hospital untuk melawat saudaranya.

Dia terus berlari ke kelas Humaiyra dan memaklumkan perkara itu kepada Humaiyra kerana dia yakin Humaiyra pasti belum mengetahui perkara itu.

" Asslammualaikum. Nurse bilik Muhd Daniel Amir di mana?." tanya Humaiyra pada kaunter pertanyaan hospital itu.

" Waalaikummussalam.. Cik pergi straight dan belok kiri, pintu warna hijau sebelah kanan." balas Nurse yang bertugas.

" Terima kasih." Humaiyra dan Jessica berjalan laju menuju kearah yang dimaklumkan oleh nurse itu tadi.

" Auntie... Keadaan Dani macam mana Auntie?. Macam mana Dani boleh accident?." tanya Humaiyra pada ibu Daniel yang sedang menangis teresak-esak dalam pelukkan suaminya itu.

" Dani masih dekat dalam Maiyra. Auntie pun tak tahu. Auntie dapat call dari kawan auntie cakap kereta Dani langgar tiang elektrik dekat jalan berhampiran rumah kawan Auntie." jawabnya sambil menangis.

" Keluarga Encik Daniel?."

" Saya... Saya ayah kepada Daniel." kata Encik Ahmad pada doktor yang baru keluar dari ICU itu.

" Alhamdullih pesakit selamat melepasi keadaan kritikal tetapi buat masa sekarang pesakit di sahkan koma kerana berlaku gegaran yang kuat pada otak kiri pesakit." maklum Doktor yang merawat Daniel.

" Alhamdullih..." kata mereka semua bersyukur.

" Kami akan maklumkan perkembangan semasa pesakit selepas ini dan untuk makluman tuan pesakit mengalami kecederaan teruk pada kedua kaki dan kemungkinan pesakit akan lumpuh."

" Ya Allah anak aku.. Ya Allah..." terduduk Puan Maria mendengar berita itu.

To be continues...

CAPTUREDTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang