🌹🌹🌹
SEJAK kemalangan tragis itu berlaku hari-hari Humaiyra berulang-alik ke Hospital untuk melawat dan menguruskan Daniel bergilir-gilir dengan Ibu Daniel.
Humaiyra melangkah keluar dari kelas dengan langkah tidak bermaya menuju ke parking kereta.
Sudah hampir dua minggu dia tidak mendapat tidur yang secukupnya, kepalanya terasa berat.
Ponn.. Ponnn bunyi hon kereta yang binggit menarik perhatian ramai pelajar yang baru keluar kelas kearah tempat parking kereta.
Humaiyra memusingkan badannya ke belakang, memandang kearah suara itu, dia melihat Harrison melambai tangan memanggilnya.
" Masuk." arahnya.
" Jesse tak ada kelas hari ini."
" I know. I datang nak jumpa you."
" Encik Haris nak jumpa saya kenapa?."
" Naiklah tak kan you nak ajak I berbual disini."
" No thank you saya ada kerja lepas ni. Kenapa encik Haris nak jumpa saya?." tanya Humaiyra.
" Get in. We need to talk and I have something to tell you."
" Talk about what?."
" Just get in first." arah Harrison sambil mengetap gigi, kalau tidak di kenangkan mereka di kawasan kolej sudah dia angkat Humaiyra masuk ke dalam kereta.
" Jangan berdrama tengah jalan woii, orang nak keluar ni."
PIN! PIN!
" Jalan woii ramai orang nak keluar ni!." jerit kereta di belakang kereta Harrison.
" Get it hurry up." arah Harrison lagi membuka pintu bahagian penumpang dari dalam.
Tanpa ada pilihan lain Humaiyra terpaksa juga naik kereta Harrison.
Perjalanan mereka hanya bertemankan bunyi radio yang daripada tadi asyik memutarkan lagu 'bidadari' oleh Ismail Izzani.
" Encik Haris nak bawa saya pergi mana?." tanya Humaiyra setelah lama berdiam diri memecahkan kesunyian di antara mereka berdua.
" Let's get something to eat first." balas Harrison tanpa menoleh pada Humaiyra yang nampak gelisah itu.
Mendengar jawapan Harrison membuatkan hati Humaiyra binbang dia mengalihkan pandangan ke luar tingkap.
Apa yang dilihatnya hanyalah hutan tebal kalau dia seorang diri membawa kereta tidak mungkin dia akan menggunakan jalan itu pada waktu malam.
Dia tidak selesa berduaan dengan lelaki bukan mahram dan tambahan pula dia tidak begitu mengenali Harrison walaupun dia pernah tinggal di rumah Tan Sri Adam Wong.
" Let's go babe." kata Harrison membuka pintu sebelah penumpang dan mereka melangkah memasuki sebuah kedai makan mewah.
" Encik nak bincang apa dengan saya?." tanya Humaiyra Sebaik saja melabuhkan punggung di kerusi.
" Order first." balas Harrison sepatah.
Sikap Harrison itu membuatkan Humaiyra bertambah tidak selesa.
Sebaik sahaja makanan tiba Humaiyra pantas mencapai air untuk membasahkan tekaknya yang berasa kering.
Tingkahnya itu menarik perhatian Harrison, mata yang liar memandang kiri kanan dengan straw di bibir, Harrison menjilat bibirnya melihat bibir pink Humaiyra.
Humaiyra hanya makan separuh makanan yang di pesan oleh Harrison untuknya kerana makanan itu tidak kena dengan tekak melayunya.
" Kenapa makan sedikit saja, tak sedap?." tanya Harrison prihatin sambil mengelap bibirnya dengan napkin, dia memandang tepat ke mata Humaiyra yang nampak sangat begitu tidak selesa dengannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
CAPTURED
Romans🌹 COMPLETED🌹 " Run!!! Baby run!! Run faster as you can!!! Don't let catch you or you will be sorry. " Jerit Harrison sambil ketawa. " Cari dia sampai dapat!! Sekarang!!! " Dia mengarahkan anak buahnya untuk mengejar Humaiyra. * Nak tahu lebih la...