BAB 2

1.9K 60 0
                                    

🌹🌹🌹

HUMAIYRA keluar untuk melihat kenderaan yang berhenti dihadapan rumah rumah mereka apabila mendengar suara bunyi enjin kereta.

Rumahnya jauh dari orang kampung yang lain kerana rumahnya berhampiran dengan laut jadi jarang ada kenderaan yang lalu dikwasan itu.

" Assalammualaikum..."

" Waalaikummussalam ye... Encik cari siapa?." tanya Humaiyra dengan sopan pada lelaki yang kelihatan berusai seperti ayahnya itu.

" Saya cari rumah Cik Humaiyra. Betul ke ini rumah Cik Nur Humaiyra Qaisarah?." tanya lelaki separuh usia itu dengan sopan.

" Ya betul ini rumah Humaiyra dan saya adalah Humaiyra Qaisarah. Boleh saya tahu Encik ni siapa dan kenapa ye encik nak berjumpa dengan saya?."

" Tujuan saya kemari atas arahan bos saya yang ingin bertemu dengan cik Humaiyra." katanya sambil menunjuk kearah kereta berwarna hitam yang terparking elok di bahu jalan hadapan rumah Humaiyra.

" Siapa?." siapa yang ingin bertemu dengannya sedangkan dia tidak rapat dengan orang kampungnya fikir Humaiyra.

" Sila ikut saya cik."

Knock. Knock. Cermin tingkap kereta diturunkan sedikit. Humaiyra dengan sabar menanti sambil bermain dengan jari jemari runcingnya.

" Cik, sila masuk Cik." arah lelaki itu membuka pintu kereta bahagian penumpang untuk Humaiyra.

" Terima kasih Encik tapi saya rasa lebih elok kalau kita bercakap di luar ini saja sebab tak manis kalau orang nampak perempuan dan lelaki berduaan dalam kereta." tolak Humaiyra sopan dengan senyum kecil.

" Maaf cik Humaiyra tapi Boss saya suruh cik masuk juga. Silakan cik." Humaiyra memandang dengan berat hati dan akhirnya dia mengalah melihat muka gelisah pemandu itu.

" Hi, susah betul nak cari you kan?." Humaiyra terus memusingkan kepalanya kearah suara yang sangat di kenali itu.

" Haris?. Sorry I mean Encik Haris. Encik Haris buat apa dekat?." tanyanya terkejut dengan kedatanggan abang kawan baiknya yang tidak di undang itu.

" I datang nak meminang you lah. Hahaha Ops jangan lah serious sangat muka tu. I datang sini sebab I nak jumpa you."

" Jumpa saya?. Kenapa encik nak jumpa saya? Ada hal emergency ke sampai encik datang cari saya dirumah saya."

" Well sebab urgent lah I datang cari you sampai sini."

" Apa yang urgent sangat tu?." tanya Humaiyra dia semakin tidak faham dengan kelakuan lelaki itu.

" I rindu you."

" Excuse me?."

" Hahaha saja I nak datang sini jumpa you and mana tahu I boleh kenal-kenal dengan bakal mak mertua I."

" Encik Haris ni makin merepek. Boleh tak cakap je Encik nak apa sebenarnya datang cari saya ni?."

" Mak you macam mana dah sihat ke?." soalan Humaiyra diabaikannya, Harrison merenung Humaiyra seperti meluahkan rasa rindu yang sudah lama terpendam.

" Alhamdulillah dah sihat sikit. Encik ada urusan apa sebenarnya datang sini?." tanya Humaiyra lagi.

" Daripada soalan you ni mesti you belum tahukan, mak you mesti belum inform you kan?."

" Apa maksud encik?. Apa kena mengena mak saya dengan encik datang jumpa saya?. " soalan Harrison membuatkan Humaiyra bertambah tertanya-tanya, perasaan itu membuatkan hatinya tidak tenang.

CAPTUREDTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang