BAB 7

1.5K 42 0
                                    

🌹🌹🌹

HUMAIYRA memandang Puan Sri Salmah dan Jessica silih ganti dia takut untuk meneruskan kata-katanya kerana pandangan Harrison yang mengerikannya itu.

" Harris buat apa pula kali ni?." tanya Jessica pula memandang kearah abangnya dengan muka hairan.

Adakah abangnya buat perkara tidak elok pada Humaiyra?.

" Harris ada buat apa-apa pada Maiyra ke?." tanya Puan Sri Salmah risau kerana dia kenal perangai jahat dan tidak bertangungjawab anak lelakinya itu.

" Cakap Maiyra apa yang abang I buat dekat you, dia ada buat benda yang tak elok pada you ke?." mata Humaiyra masih memerhati riak wajah Harrison yang tidak berperasaan itu.

" Jangan takut I ada dengan you terus terang saja." kata Jessica mengenggam kedua tangan Humaiyra.

" Harris buat apa pada Maiyra?." tanya Puan Sri Salmah pada Harrison dengan nada marah bila Humaiyra kelihatan takut untuk membuka bicara.

" I buat apa dekat you, Maiyra?." tanya Harrison pada Humaiyra dengan nada cukup sinis.

Dia mengabaikan pertanyaan maknya itu, dia memandang tepat kearah Humaiyra, dia ingin melihat sejauh mana keberanian gadis pujaan hatinya itu.

Dia sengaja pulang ke rumah keluarganya hari ini kerana anak buahnya memaklumkan bahawa Humaiyra ke rumah keluarganya.

Dia belum puas menatap wajah gadis pujaannya itu dan mereka tidak sempat meluang masa dengan lama siang tadi.

Humaiyra bertambah takut, badannya sedikit mengeletar dia tidak sepututnya datang ke sini, dia seharusnya menjauhi tempat itu.

" Hey looked at me. It's okay so tell me what happened?. Apa dia buat pada you and Dani?." kata Jessica menarik muka Humaiyra menghadapnya.

" Tell me apa dia buat dekat you sampai you menanggis and takut sangat dengan dia?. Badan you mengeletar ni Maiyra, relax tarik nafas." pujuk Jessica perlahan mengusap belakang tubuh Humaiyra.

Abangnya itu tidak pernah berubah sudah berapa kali timbulkan masalah.

Pernah sekali ada seorang perempuan datang dan mengaku mengandungkan anak abangnya itu tetapi mereka tidak percaya.

Harrison mengarahkan anak buahnya menghalau wanita itu bukan itu sahaja hampir setiap minggu ada orang datang dan mengaku bahawa mereka mengandungkan anak Harrison.

Setiap wanita yang datang tidak pernah kembali ke rumah mereka selepas itu.

Jadi dia tidak pasti dan tahu ke mana semua perempuan itu menghilangkan diri mungkin Harrison membayar mereka untuk pergi jauh dari keluarganya dan kali ini Humaiyra kawan baiknya sendiri datang menanggis di pangkuannya.

Jika perempuan lain yang datang menanggis kerana abangnya dia sudah halau keluar rumah kerana mereka sudah masak dengan perempuan yang datang mengaku mempunyai anak dengan Harrison.

" Dia ada buat benda tak elok dekat you ke?." tanya Jessica lagi masih tidak puas hati soalannya tidak berjawab.

" No. Not me. Harris tak buat apa-apa pada Maiyra tapi Harris do something bad to Dani." balas Humaiyra takut-takut.

" So? Dia buat apa dekat Dani?." tanya Jessica. Dia dan Maknya sudah tidak boleh bersabar, apa yang membuatkan Humaiyra menangis dan apa kaitannya dengan Harrison.

RINGG. RINGG. bunyi telefon rumah menarik perhatian mereka semua.

Harrison menghadiahkan Humaiyra senyuman sinis apabila Humaiyra memandang kearahnya sebelum dia memanjat anak tangga ke biliknya.

" Ya Hello. Ya baik saya akan maklumkan pada Humaiyra." kata Puan Sri Salmah dan meletakkan telefon.

" Siapa Mommy?." tanya Jessica.

" Auntie Maria. Dia cakap dia call Maiyra tak dapat tu sebab dia call rumah kita tanya Maiyra."

" Handphone Maiyra habis bateri kenapa Auntie ada apa-apa berlaku pada Daniel ke?." tanya Humaiyra kalut, risau sesuatu terjadi pada teman lelakinya.

" Tak adalah. Auntie Maria cuma tanya kenapa Maiyra tak datang melawat Daniel hari ni. Dia bimbang terjadi apa-apa pada Maiyra."

" Ohh Auntie. Maiyra minta diri dulu. Maiyra..."

" Eh, tidur sini saja Maiyra. Bilik Maiyra Auntie tak usik lansung masih sama macam masa Maiyra tinggal, lagipun dah malam ni bahaya sorang-sorang jalan nak masuk dorm nanti."

" Tapi Auntie..."

" Kenapa you takut dengan abang I ke?. Jangan risau abang I tak akan berani buat apa-apa dekat you, i dengan my mom ada so don't worry okay." janji Jessica.

" Betul tu. Auntie janji Harris tak akan buat apa-apa pada Maiyra dekat dengan pintu bilik Maiyra pun dia tak akan berani. Maiyra tidur sini Okay..."

" Baiklah Auntie."

Hatinya masih tak tenang tambahan pula dengan kehadiran Harrison dalam rumah itu membuatkan jantungnya seperti baru keluar dari terowong yang gelap.

Jessica dan Puan Sri Salmah berbalas pandangan.

Jessica masih tidak puas hati kerana belum dapat jawapan kenapa Humaiyra menanggis.

Tetapi dia tidak mahu memaksa kawan baiknya itu. Pasti ada sebab kenapa Humaiyra tidak mahu menceritakan kepadanya.

Knock. Knock. Knock.

Humaiyra mencapai tuala di belakang pintu bilik dan menutup kepalanya walaupun dia yakin hanya Jessica yang mengetuk pintu biliknya dia masih kekok menunjukkan rambutnya pada orang.

Humaiyra memulas tombol pintu biliknya tanpa melihat gerangan yang berdiri di depan pintu biliknya itu.

Sebaik sahaja melihat orang yang berdiri di depan pintu biliknya itu Humaiyra pantas ingin menutup semula pintu biliknya.

To be continues...

CAPTUREDTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang