BAB 14

2K 39 1
                                    

🌹🌹🌹

" Hi  Jess lama tak dengar khabar you, Maiyra mana?." tanya Daniel, sudah 3 tahun berpisah dengan kekasih hatinya itu.

Alhamdullih kini dia sudah pulih walaupun belum sepenuhnya, setiap hari dia berusaha keras demi kesembuhannya.

Dia kembali untuk menunaikan janji mereka berdua dan melamar Humaiyra menjadi suri rumahnya.

Dia berjanji akan membahagiakan Humaiyra semampu dan sepenuh hatinya.

'Maiyra Dani dah balik.'

" How do you feel?."

" Alhamdulillah better. I tak sabar nak jumpa Maiyra. Kenapa Maiyra tak ikut you datang jemput I."

" Dia ada urusan yang perlu diuruskan. You balik sorang saja?."

" Haah mak dan ayah I belum decide lagi sama ada dorang nak balik sini atau tidak."

" Ohh jadi berapa lama you akan stay sini?."

" Not sure, I ingat nak bawa Humaiyra tinggal di London lepas kami nikah nanti."

" Hmm I ada something nak bagitahu you tapi nanti di rumah I." balas Jessica menarik tangan Daniel menuju ke arah pintu keluar.

Sepanjang perjalan dari KLIA ke rumah keluarga Harrison mereka berdua tidak bersuara hanya di temani oleh bunyi radio.

Daniel susah hati bila tidak melihat kekasihnya ketika dia keluar dari pintu lepasan.

Dia juga hairan kenapa Humaiyra masih tinggal bersama keluarga Jessica kerana mereka sudah habis belajar.

Ada perkara yang dia tidak tahukah? tapi di pujuk hatinya untuk  tidak bertanyakan hal itu pada Jessica.

Sebaik sahaja Jessica memberhentikan keretanya.

Daniel pantas keluar dan mencari kelibat kekasih hatinya itu tetapi tidak kelihatan sama sekali.

" Jom lah masuk dulu Dani. Maiyra ada di dalam." jemput Jessica tahu dengan gelisah dan juga perasaan excited Daniel untuk bertemu dengan Humaiyra.

" Kenapa Maiyra masih tinggal dengan you?." akhirnya keluar juga soalan itu, Daniel melangkah kaki ke dalam rumah.

" Maiyra dah tak tinggal dengan family I dia just datang sini sebab I dah jadi keluarga dia." balas Jessica perlahan tetapi di tangkap oleh Daniel.

" Keluarga?. Family you ambil Maiyra jadi anak angkat ke?." tanya Daniel lagi.

" Hemm pada awalnya kami rancang begitu tapi ada benda telah berlaku dan semuanya telah berubah."

Seorang budak perempuan berusia 2 tahun berlari memeluk betis Jessica dan Jessica mengangkat dukung kanak-kanak perempuan itu.

" Hye, baby Rania did you miss me?." tanya Jessica mencium pipi kanak-kanak perempuan yang bernama Rania itu.

" I tak sangka you dah ada anak Jess. Bila you kahwin. Ruginya I terlepas." kata Daniel mengulas lembut pipi Rania.

" No. Bukan anak I and I belum kahwin. Ni anak abang I." balas Jessica meletak Rania ke bawah sebelum menghulur tangannya memimpin tangan Rania ke ruang tamu.

" Ohh Harris dah kahwin macam tak sangka pula awal abang you tu kahwin." tidak sangka playboy sudah kahwin.

" Dia kahwin dengan siapa? Ohh never mind mesti dengan salah sorang anak rakan niaga daddy you kan. Mana Maiyra?. I tak nampak pun dia dari tadi." tanya Daniel.

Daniel meliarkan matanya ke seluruh rumah mencari kelibat kekasih hatinya yang sangat di rindui itu.

Humaiyra menahan sebaknya di dalam bilik bila melihat kelibat Daniel melangkah masuk ke rumah itu tadi.

Dia tidak tahu bagaimana dia ingin menyampaikan perkara ini kepada lelaki itu.

Humaiyra tidak sanggup untuk melukakan hati lelaki yang dulu pernah menjadi suri hatinya.

Apa reaksi Daniel bila sedar bahawa dia telah mengkhianati cinta mereka, dia tidak sanggup untuk berhadapan dengan Daniel.

Tiga tahun dia berusaha menyorok semua ini daripada pengetahuan Daniel bagi memastikan Daniel tidak berputus asa dalam merawat kecederaan pada kakinya.

Knock. Knock.

" Maiyra." panggil Jessica perlahan menunggu Humaiyra membuka pintu bilik.

Daniel dengan muka teruja di hadapan pintu bilik Humaiyra dengan memegang ros purple kesukaan Humaiyra.

Humaiyra mengesat air matanya dan membuka pintu bilik.

Air matanya tak dapat di tahan kembali mengalir melihat insan yang sangat dia rindui berada didepan matanya.

" For you my beautiful lady." kata Daniel menyerahkan bunga kesukaan Humaiyra dengan gaya sopan.

Humaiyra menyambut dengan tangan yang terketar-ketar dan suara tangisannya semakin kuat kedengaran.

Dia tidak kuat hatinya hancur untuk menyakitkan hati orang yang sangat dicintai itu.

Jessica melihat pasangan itu dari jauh sebelum mengambil keputusan untuk turun ke bawah semula.

" Maiyra sayang, kenapa menangis ni. Dani kan dah ada dekat sini." Daniel mengesat lembut air mata Humaiyra dengan sapu tangannya.

" Tengok sekarang Dani dah sihat, dah boleh berdiri macam dulu-dulu. Janganlah menangis sayang nanti dah tak cantik." pujuk Daniel pelik bila tangisan itu semakin kuat.

" Dah, dah tak mahu menanggis Dani dah berjaya kotakan janji Dani and see now I'm here and I miss you so much." dengan perlahan Daniel melutut di hadapan Humaiyra.

' I miss you too.' kata-kata itu hanya terlafaz dalam hati.

Tangannya kuat memegang penghadang pintu bilik menahan tubuhnya dari jatuh.

" Will you marry me Humaiyra Qaisarah?." akhirnya Humaiyra jatuh terduduk juga, dia sudah tidak mampu menahan rasa bersalah di dalam hatinya.

" Ya Allah Maiyra sayang, kenapa ni?. Dani minta maaf kalau Dani buat sayang tunggu lama." risau melihat tangisan Humaiyra seperti tiada kesudahan itu.

Daniel mengangkat tubuh Humaiyra untuk berdiri sebelum tiba-tiba Jessica datang memeluk Humaiyra bawa turun ke bawah.

Jessica yang dari tadi memerhati dari jauh selepas menghantar Rania kepada orang tuanya memilih untuk masuk campur bila Daniel menyentuh Humaiyra.

Didalam rumah itu mereka seperti telur di hujung tanduk kerana dia bimbang akan membangkitkan kemarahan abangnya.

Humaiyra masih tidak mampu untuk berbicara dia benci dengan dirinya, bahawa dia akan mengecewakan orang yang paling dia sayang.

" Maiyra kenapa menanggis macam ni, Maiyra sakit ke?. Maiyra sakit ke Jess?." tanya Daniel pada Jessica pula bila soalannya tidak di jawab oleh Humaiyra.

Daripada tadi dia masih belum mendengar sepatah perkataan pun dari bibir pujaan hatinya itu.

" No, she fine but ada benda yang you perlu tahu." Jessica berhenti bila Humaiyra mengelengkan kepalanya melarang Jessica meneruskan.

Belum sempat Humaiyra membuka mulut untuk menjelaskan kepada Daniel kenapa dia menangis seperti demikian satu suara menegur.

" Kau buat apa dengan isteri aku?."

To be continues...

CAPTUREDTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang