BAB 24

965 30 0
                                    

15 tahun kemudian...

Humaiyra mendekati suaminya yang sedang termenung jauh di hujung katil itu, sejak dua menjak ini suaminya itu banyak termenung.

" Abang fikirkan apa tu sampai sayang masuk pun tak sedar." tegur Humaiyra lembut menyentuh lengan kekar suaminya itu.

" Abang fikirkan tentang Nia."

" Kenapa dengan Nia."

" Dia ada bagitahu sayang apa-apa tak?."

" Ohh yang berkenaan dia nak ikut kawan dia bercuti di Italy tu ke?. Bukan kita dah bincang tentant perkara tu."

" Abang risau... Sepanjang 18 tahun ni abang tak pernah diuji."

" Ye ke?."

" Abang leka selama ni abang takut tiba-tiba Allah tarik kebahagian abang."

" Abang Allah tak akan uji hamba-Nya kalau hamba-Nya tak mampu... Allah uji kita tahun lepas dengan kematian arwah daddy abang dan perniagaan daddy abang di sabotaj."

"... "

" Allah tahu abang boleh lalui itu dan sekarang abang betul-betul dah insaf." kata Humaiyra lembut.

" Tapi Amalia masih belum maafkan abang... Abang tak salahkan dia abang tahu apa yang abang buat pada dia tu keterlaluan."

" Slow-slow abang Amalia perlukan masa... Macam Zul dulu pun ambil masa 4 tahun baru dia betul-betul boleh maafkan abang."

" Sayang dengar yang Amalia tengah cari anak kandungnya yang dijual sekarang ni... Cuba abang tolong dia cari anak dia." cadang Humaiyra.

" Tapi sayang yakin ke yang dia akan maafkan abang?."

" Abang, kita tolong dia bukan berharap dia maafkan abang tapi at least abang bantu dia kurangkan beban dia dan dapat tebus rasa bersalah abang pada dia."

" Abang akan suruh pekerja abang cari anak dia."

" Masa abang bawa dia keluar dari tempat tu dia ada bagitahu sayang yang semua tu berpunca sebab dia mainkan perasaan abang jadi dia tak salahkan abang 100%." terang Humaiyra.

" Setiap orang perlukan satu benda untuk dijadikan tempat lepas amarah, mungkin sebab dia berdendam dengan abang dia masih hidup dan Allah bagi peluang untuk abang tebus dosa abang."

" Terima kasih sayang sebab sudi bimbing abang."

" Itu tanggungjawab sayang as a wife... Jom ambil wuduk dah nak masuk waktu inshak ni."

" Lamanya papa dan mama dekat atas, ustaz Amir dah lama sampai." tegur Rania yang sudah siap bertelekung dibilik solat itu.

Harrison bersalaman dengan Ustaz Amir sebelum mengikamatkan solat insak mereka pada malam itu.

" Ustaz saya ada benda sikit nak cakap dengan ustaz tapi lebih kepada nak tanya pendapat dari ustaz." ujar Harrison selepas mereka selesai mengaji.

" Terima kasih ustaz. Abang, Maiyra keluar dulu ye... Nia jom tolong mama dekat dapur." kata Humaiyra mengheret anak perempuannya itu kedapur walaupun gadis itu menolak.

" Tuan Harris nak tanya apa?."

" Saya ni banyak buat dosa ustaz."

" Maafkan saya Tuan Harris terlebih dahulu seperti yang cakap dulu saya ni hanya manusia biasa saya tak boleh nak judge siapa banyak dosa, siapa banyak pahala. Usahlah di kenang benda yang dah lepas." potong ustaz tu panjang lebar.

" Sorry then I will straight to the point jelah ye... Sebenarnya macam ni ustaz anak saya dia minta kebenaran nak pergi bercuti dengan kawan-kawan dia tapi hati saya ni rasa berat sangat nak bagi dia pergi."

" Tuan Harris kenal ke kawan-kawan anak tuan?."

" Kenal ustaz."

" Kawan anak tuan tu bercampur ke perempuan saja?."

" Perempuan saja ustaz."

" Macam ni lah tuan Harris saya sebagai orang luar tak boleh nak cakap lebih tapi tuan fikirlah mana yang baik."

" Maksud ustaz?."

" Macam ni kalau tuan takut jadi benda tak elok atau tak yakin anak tuan boleh jaga diri tuan halanglah dia daripada pergi tapi kalau tuan yakin dia boleh jaga diri, jaga maruah tuan... Tuan fikirlah dulu sebelum buat keputusan."

" Saya boleh bagi pendapat saja... Budak-budak remaja ni kita tak boleh kongkong sangat tuan tapi kita pun tak boleh bagi depa bebas sangat."

" Biar pi setara bak kata orang utara... Depa buat salah kita tegur bila depa buat baik kita puji baru depa rasa dihargai."

Harrison menggangguk kepala tanda faham apa yang cuba disampaikan oleh ustaz Amir itu.

" Terima kasih lah ustaz atas nasihatnya." ucap Harrison menghantar Ustaz Amir ke kereta.

" Abang bual apa dengan ustaz Amir tu macam serious je?." tanya Humaiyra, soalan itu sebenarnya dari anaknya Rania yang mencuri dengar perbualan ayahnya itu.

" Papa dah fikir ke nak benarkan Nia pergi bercuti dengan Sarah? Kalau papa tak bagi tak apa lah Nia tahu papa nak yang terbaik untuk Nia." ujar Rania dengan nada sedih.

Harrison memandang pada isterinya yang tersenyum padanya, dia mengelengkan kepala dan duduk disebelah Rania.

" Papa percaya anak papa ni boleh jaga diri jadi papa benarkan Nia pergi."

" Betul ke ni papa?."

" Ye betul."

" Promise?."

" Yeah I'm promise."

" Thank you papa thank you mama thank you so much." Rania memeluk ayahnya, melompat kegembiraan.

" Abang yakin dengan keputusan abang?."

" Abang mana pernah mungkil janji sayang lagipun anak kita ni ada tali pinggang hitam." ujar Harrison mengusap rambut anak perempuannya itu.

" By the way papa, Nia ajak anak uncle Eric sekali tau."

" Uncle Eric bagi ke?." setahu Harrison Eric tidak benarkan Erica bergaul bebas dan sering menghadkan masa Erica diluar rumah.

" Bagi. Lagipun Nia kasihanlah tengok Erica tu asik terperuk je dekat rumah."

" Haah betul tu Maiyra pun risau tengok Erica tu tak bergaul lansung dengan orang." sampuk Humaiyra menyerah mug air pada Rania dan suaminya.

" Thanks mama."

" Thanks sayang... Abang ada tegur si Eric tu tapi dia takut karma katanya."

" Abang dalam islam tak ada karma tapi khifarah, Allah tak akan uji hamba-Nya kalau benda itu memudaratkan hamba-Nya." tegur Humaiyra.

" Jadi berapa hari Nia nak bercuti." Harrison sengaja menukar topik perbualan kerana bimbang sekali isteri itu mula berceramah naik mengerutu telinganya mendengar.

" 5 hari 4 malam papa." jawab Rania sambil ketawa, tersangat faham dengan perangai ayahnya itu kerana dia pun begitu.

" Lamanya 4 hari 3 malam sudah."

" Ala papa... Kami ada banyak tempat nak lawat. Lagipun Sarah dah buat jadual perjalanan kami dekat sana nanti."

" Ehh papa baru je setuju jadual dah siap."

" Hahaha papakan cakap kalau nak buat apa-apa kita kena buat perancang awal."

" Bijak anak papa ni."

" Anak papa kan." ujar Rania mengundang tawa riang dalam keluarga itu.

" Nanti forward jadual tu bagi papa."

" Ai ai captain."


To be continues...

CAPTUREDTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang