CHAPTER 25

1.1K 50 2
                                    

Dont forget to vote on previous chapter!

Enjoy reading!

Luth hanya memandang Aisyah yang sedang mengemas baju Luth yang di bawa dari rumahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Luth hanya memandang Aisyah yang sedang mengemas baju Luth yang di bawa dari rumahnya. Buat masa sekarang ni ,mereka akan tinggal di rumah Tuan Khalid dahulu. Katanya Puan Norma tak mahu berpisah dengan Aisyah . Luth pun mengiyakan sahaja , lagipun kalau tinggal disini , dapat lah dia menyakitkan hati Humaira.

Luth hanya memerhati riak wajah Aisyah yang kosong itu.Sejak dia tinggikan suara pada Aisyah di meja makan ,isterinya terus berkelakuan dingin dengannya.

Sejak dia menjejakkan kaki ke dalam bilik ni , dia belum mendengar lagi suara Aisyah.Bila dia mendekat Aisyah pula yang mengelak. Luth rasa diorang je lah pengantin yang bermasam muka di hari pertama perkahwinan. Luth mula menggosok dahinya secara perlahan . Dia tahu dia dah tersilap langkah , tak sepatutnya dia melepaskan rasa marah dekat Aisyah.



Luth melihat Aisyah yang siap mengemas baju dan bangun untuk keluar. Luth juga bangun dan menghalang laluan Aisyah. Luth ingin berbincang .


"Nak pergi mana?"


"Nak duduk dekat luar , nak ambik angin " Aisyah membalas ringkas sambil memandang ke arah lain . Sakit hatinya bila memandang Luth.


"Tak ajak Luth pun , Luth boleh temankan" Luth berkata dengan nada yang lembut.


Aisyah mula menjeling wajah Luth . Boleh pula Luth beriak macam tiada apa yang berlaku.


"Tak payah , saya tak nak awak teman" Aisyah membalas dengan kasar.


Luth mula mengerutkan dahinya . Marah sangat ke isterinya tu?


"Kenapa tak nak Luth teman?, kita boleh spend time sama sama as husband and wife" Luth berkata lembut sambil menarik tangan Aisyah dan duduk di atas katil . Luth mahu berbincang ,tidak betah dia berlama bermasam muka dengan Aisyah.


Aisyah hanya diam dan merentap tangannya kembali.

Luth dah mula hilang sabar . Aisyah tak nampak ke yang dia sedang nak berbaik?


"Okay Aisyah jom kita bincang . Luth tahu Aisyah marah pasal tadi . " Luth berkata


Aisyah hanya diam . Kata -kata Luth terngiang kembali.


" Kau isteri aku kan? Kau boleh tak jangan menjawab? Dengar cakap aku , jangan panggil aku abang lagi"



Aisyah menarik nafas dan hembus. Dia ingin mengguna semula panggilan abang .Sengaja mencuba nasib.


"Abang nak bincang apa ?" Aisyah berkata perlahan.



"Tak habis-habis panggil aku abang! " jerit hati Luth


Rania AisyahWhere stories live. Discover now