CHAPTER 35

1.2K 49 5
                                    

DONT FORGET TO VOTE ON PREVIOUS CHAPTER!

ENJOY READING!



"Siapa bagi dia keizinan untuk tinggal dekat sini?" Puan Laila bertanya lantang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Siapa bagi dia keizinan untuk tinggal dekat sini?" Puan Laila bertanya lantang .  Matanya  galak memandang anak dan menantunya . Tiba-tiba sahaja muncul , muncul bukan saja -saja tapi sebab mahu tinggal dirumahnya. Sudah elok -elok duduk di rumah besannya tiba-tiba sahaja mahu pindah , sudahlah dia benci tengok muka menantunya itu . 


"Sudah lah tu , ini kan rumah dia jugak , biar lah dia nak bawak isteri dia duduk mana pun" Tuan Ismail bersuara . Jatuh kesian dia pada anak menantunya, baru sahaja sampai dah dimarahi oleh Puan Laila. Dia pun hairan sebenarnya kenapa tiba-tiba Rayyan nak bawak Humaira tinggal di sini pula , tapi dia hanya berdiam malas mahu memanjangkan cerita.


Humaira dan Rayyan hanya menunduk . Rayyan tidak tahu bagaimana untuk memberi alasan kenapa dia memilih untuk tinggal di sini pula. Tuan Ismail dan Puan Laila tidak tahu apa yang terjadi semalam .  Ni semua rancangan Tuan Khalid untuk menyembunyikan Humaira daripada Ghaz. 


Puan Laila mula menghempaskan punggungnya di sofa. Matanya masih memandang tajam pada Humaira. Sakit hati ! Sibuk nak duduk sini.


"Rayyan tinggal sini  sekejap je . Tak lama pun mama , saja nak tukar angin" Rayyan berkata . Memang pun , dia akan tinggal di sini tidak sampai 2 hari, ini semua  kerana mahu mengelakkan daripada Ghaz berjumpa dengan Humaira.  Pelik betul ,sepatutnya mereka menyembunyikan Aisyah sekali  tapi tidak . 


Masih dia ingat apa yang berlaku selepas Ghaz kata dia mahukan Aisyah



FLASHBACK


" I want her"


Aisyah mula bergerak ke arah Luth untuk berlindung . Luth yang tahu Aisyah sedang ketakutan terus sahaja melindungi tubuh kecil isterinya itu . Terasa baju nya dicengkam kuat oleh Aisyah .  

Terasa seperti ada batu yang menghempap .  Apa kaitan Aisyah dalam hal ni . Kenapa Ghaz tiba-tiba mahu kan Aisyah ?  Tuan Khalid cuba menenagkan diri seketika , biar dia yang membela maruah anak-anak perempuannya sebentar lagi . 


"Nonsense " Tuan Khalid berkata dengan tegas . Orang seperti Ghaz ini tak boleh diberi muka , makin lama makin menjadi-jadi nanti. 


"Aku terima kau dengan cara baik , dan sekarang ni aku halau kau dengan cara baik . Kau keluar dari rumah aku sekarang " Tuan Khalid berkata lagi sambil memandang Ghaz . 

Rania AisyahWhere stories live. Discover now