CHAPTER 27

1K 50 1
                                    

DONT FORGET TO VOTE ON PREVIOUS CHAPTER.

ENJOY READING.



Aisyah dengan pantas ingin menyiapkan kerjanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aisyah dengan pantas ingin menyiapkan kerjanya . Sesekali dia melihat jam tangannya untuk memastikan yang dia tidak terlebih masa . Rayyan akan ambil dia pukul 5 petang nanti jadi dia tidak mahu membuat Rayyan tertunggu. Kalau zaman bercinta dulu boleh lah, tapi sekarang dah jadi pangkat abang ipar ni dah lain .


Siap sahaja kerja yang Aisyah buat , terus dia menutup file tersebut dan terus mengemas barang-barangnya .  Dia terus melihat jam di tangannya dan dah pukul 5 petang tepat. Dia bangun dan terus keluar dari bilik ,selesai sahaja mengunci pintu pejabat,matanya mula melihat para pekerjanya yang juga hendak pulang.  Dia hanya memberi senyuman pada pekerjanya dan terus bergerak ke tingkat bawah . 


Sampai sahaja di tingkat bawah , Aisyah terus duduk di salah satu kerusi yang telah disediakan. 


"Eh aku ke yang lambat turun?" Aisyah berkata. 


Aisyah melihat lagi sekali jam di tangannya , dan baru pukul 5:05 petang .  Mungkin dia yang awal sangat turun . Aisyah pun hanya menunggu kedatangan Rayyan ,sambil-sambil tu dia melihat beberapa pekerjanya dah meninggalkan bangunan tersebut,sampai dia tak sedar hanya  dia sahaja yang belum balik . 


Aisyah dah malas menunggu , dia terus bangun untuk keluar dari bangunan tersebut dan dia terus ternampak kelibat Rayyan yang sedang lari ke arahnya.


"Eh dah kenapa tu berlari ? Kene kejar hantu ke ?" Bisik hati Aisyah.


"Aisyah sorry . Rayyan lambat pula" Rayyan berkata sambil tercungap-cungap mengambil nafas .


"Hey relax, kenapa kelam-kabut sangat ni?" Aisyah membalas sambil melihat Rayyan dengan tatapan risau.  


"Maaf Rayyan lambat. Ada kerja kene buat last minit tadi " Rayyan berkata .


Aisyah yang sememangnya tengah penat tu malas mahu memanjangkan isu . 


"Tak apa lah Rayyan . Dah jom balik . Dah tak ada orang kat sini" Aisyah membalas dan terus melangkah keluar dengan laju . Dia sedang penat dan lapar sekarang ni .


Rayyan terus mengejar langkah Aisyah dan terus membawa Aisyah ke keretanya .


Rania AisyahWhere stories live. Discover now