CHAPTER 32

1K 46 10
                                    

DONT FORGET TO VOTE ON PREVIOUS CHAPTER!

ENJOY READING!


"Awak tak boleh buat anak saya macam tu Laila!" Jerit Puan Norma

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







"Awak tak boleh buat anak saya macam tu Laila!" Jerit Puan Norma. Tekejut dia bila Puan Laila meminta Rayyan untuk menceraikan Humaira , hanya kerana dia ragu-ragu dengan anak yang Humaira kandungkan . Rendah sangat ke maruah Humaira?


"Habistu? Awak nak saya bangga dengan anak haram dia tu? Awak bangga ke dengan anak tak sah taraf dia tu Norma? " Jerit Puan Laila pula . Dia hanya mahu menyelamatkan anaknya dari keturunan yang tidak baik , itu sahaja . Tapi kenapa yang lain ni nak marah sangat? Dia ada hak ! Rayyan tu anak dia .


Tuan Khalid dan Tuan Khalid sudah mula bertentang mata antara satu sama lain ,bukan mereka tidak mahu masuk campur, tetapi biar isteri mereka meluahkan segalanya dahulu. Tahulah hati perempuan macam mana , masing-masing tidak mahu kalah .


Rayyan menggenggam kuat tangan isterinya di sebelah . Rayyan mahu menjaga anak tersebut , tidak kisah itu anak dia atau pun tidak , yang penting dia mahu keluarga yang bahagia . Tapi , mummynya seperti tidak faham dengan kehendaknya .. Dalam diam Rayyan mengeluh . Dengan perlahan dia melepaskan tangan Humaira dan berdiri .


"Rayyan nak jaga anak tu , tak kisah anak siapa pun , Rayyan tetap jaga " Rayyan bersuara, terdiam Puan Laila dan juga Puan Norma yang sedang bertengkar tu . Terasa lega sedikit hati Puan Norma, tidaklah anaknya dibuang oleh suami sendiri kan ?


Terduduk Puan Laila di situ . Kenapa semua nak pertahankan anak haram tu? Tangan mula dikepal kuat . Nafas mula ditarik perlahan . Ada satu je cara yang tinggal .


"Baik lah , kalau macam tu , buat test , mummy nak tahu anak siapa yang Humaira kandungkan , tu je mummy minta" Puan Laila bersuara dengan nada yang menahan geram , dia tahu segalanya akan terbongkar tak lama lagi .


Lega semua yang mendengar kecuali Humaira . Humaira takut ! Tangan yang sedikit menggigil dilekapkan pada perut .



"Baiklah , saya rasa semua dah selesai ni , kita buang yang keruh ambik jernih , maaf kan sesama sendiri ye " kata Tuan Khalid selaku tuan rumah .








Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Rania AisyahWhere stories live. Discover now