CHAPTER 30

1.3K 49 4
                                    

Dont forget to vote on previous chapter!

Enjoy reading!



Luth memandang isterinya yang sedang tidur di sebelah, selepas subuh tadi isterinya terus menyambung tidur, penat melayan dia agaknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Luth memandang isterinya yang sedang tidur di sebelah, selepas subuh tadi isterinya terus menyambung tidur, penat melayan dia agaknya . Teringat Luth pada memori manis semalam. Tanggungjawab dia yang satu itu dah selesai. Tapi ada rasa yang tidak sedap di hati , dia tahu Aisyah ikhlas melayannya ,   semalam banyak kata-kata cinta yang keluar dari mulut isterinya. Luth mengeluh , dia tidak tahu untuk menggambarkan perasaannya pada Aisyah , cuma dia sudah terima Aisyah sebagai isteri dia. 


Terngiang-ngiang kata-kata isterinya semalam 

"Terima kasih abang"

"Sayang abang "


Luth meraup wajahnya. Dia tidak tahu bila dia boleh membalas kata-kata tersebut. Luth mengerling jam di dinding , masih awal lagi untuk mengejut Aisyah .  Dengan perlahan-lahan dia mencium dahi licin Aisyah . 


" Aku mintak maaf kalau lepas ni aku sakitkan hati kau lagi" Luth berkata perlahan. Dia tahu dia akan menyakitkan hati Aisyah lagi lepas ni , sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja.  Dia jugak tidak tahu untuk membahasakan diri nya 'abang' atau tidak . Berat mulutnya untuk menyebut.Sedangkan waktu dia mahu memujuk Aisyah boleh sahaja dia menggunakan panggilan 'abang'  walaupun kekok. 


Aisyah yang berasa seperti ada orang berbisik terus terjaga sedikit . Luth pula terus menepuk sedikit bahu Aisyah seperti mendodoi isterinya . Sempat dia mencium lagi dahi licin isterinya. Isterinya sempurna luar dan dalam ,tapi tidak tahu kenapa keras sangat hatinya untuk membalas perasaan isterinya itu.


Tapi dalam masa yang sama , dia terharu kerana isterinya masih dara. Sumpah dia terkejut sebenarnya. Luth tersenyum . Dia bangun dan bergerak ke arah tingkap, langsir diselak sedikit dah secara tidak sengaja matanya menangkap satu susuk sedang duduk di atas motor  di luar rumah sambil memegang sesuatu, dia cuba mengecilkan matanya untuk focus tapi tidak dapat menangkap apa yang sedang dipegang oleh lelaki tersebut. 


Seperti tersedar sesuatu , lelaki tersebut bergegas menghidupkan enjin motor dan bergerak dari situ. Luth bingung. Buat apa depan rumah orang pagi-pagi ni? 


"Awal abang bangun"

Tersentak Luth bila mendengar suara serak Aisyah yang baru bangun dibelakangnya. Lagi tersentak bila kedua -dua tangan Aisyah dah mula memeluk pinggangnya. Isterinya mesti ingat semalam adalah permulaan bagi hubungan mereka sedangkan Luth hanya ingin menjalakan tanggungjawabnya sahaja.  Luth mula mengeluh ,dengan perlahan-lahan dia merugkai pelukan tersebut.Terus sahaja dia berpusing menghadap Aisyah sambil tersenyum. Terpampang wajah Aisyah yang baru bangun tidur . 

Rania AisyahWhere stories live. Discover now