CHAPTER 45

1.4K 44 0
                                    


DONT FORTGET TO VOTE ON PREVIOUS CHAPTER 

ENJOY READING! <3

Tersenyum Aisyah bila melihat ahli keluarga yang ada di rumah Tuan Khalid

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tersenyum Aisyah bila melihat ahli keluarga yang ada di rumah Tuan Khalid . Hari ni semua orang berkumpul untuk menyambut Aisyah pulang , lagi pun sudah lama mereka tidak berkumpul sebegini .


"Aku bersyukur kau dah balik " Humaira berkata lembut pada Aisyah . Sungguh dia menyesal apa yang dia dah buat. Semua ni berpunca dari dia , dia hampir meragut kebahagiaan Aisyah lagi sekali , semua sebab tindakan bodoh dia .  Dari semalam ,waktu Aisyah jejakkan kaki ke rumah ini , Humaira tidak henti henti memohon maaf. 


Aisyah hanya tersenyum tipis . Dia tidak tahu untuk membalas apa , selepas semua yang berlaku , sudah tentu hubungannya bersama Humaira tak macam dulu . Matanya turun melihat perut Humaira , hm sudah sama besar dengan perut dia , tidak sangka  mereka akan mengalami konflik yang sama , konflik tentang status anak mereka . Haih geleng kepala . 


"Kau dengan Rayan macam mana ? Okay ? " Aisyah bertanya. 


"Okay sahaja . Tapi-- mak mertua aku tu macam tak okay "  Humaira membalas sambil bibirnya terjuih ke arah Puan Laila yang duduk disebelah Puan Norma.  Memang haritu dia dan  Puan Laila sudah bernangis dan berpeluk, tetapi baru -baru ini dia terdengar Puan Laila berbincang dengan Rayan untuk membuat appointment dna test.Dan yang makin buat Humaira bertambah sedih , Rayan setuju dengan rancangan Puan Laila itu .  Tidak tahu kenapa Puan Laila masih berkeras mahukan kesahihan anak ini. 


Aisyah turut  melihat Puan Laila . Rasanya dia dah boleh tahu sebab apa . Puan Laila itu terlalu utamakan maruah keluarga ,jadi apa yang Humaira dah lakukan memang betul-betul menjatuhkan maruah keluarga . 

" Dia masih tak yakin dengan anak aku . Dia nak kami buat dna test. Aku ingat lagi masa mula-mula aku mengandung dulu , kalau ni bukan anak Rayan , dia nak Rayan ceraikan aku"

Aisyah hanya mengangguk . Dia tidak akan memujuk kerana dia tahu apa yang akan berlaku nanti , tetap akan berlaku , andai kata dna test itu memberi keputusan yang tidak baik, terima sahaja dan redha. 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Rania AisyahWhere stories live. Discover now