CHAPTER 46

1.7K 48 0
                                    

DONT FORGET TO VOTE ON PERIVIOUS CHAPTER!

ENJOY READING!

ENJOY READING!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Senyap .

Masing-masing hanya melayan perasaan sendiri. Begitulah hubungan Aisyah dan Luth dari minggu lepas , semenjak Aisyah terasa hati dengan Luth. Bagi Aisyah pula , dia selesa untuk berdiam sahaja .


Sekarang ni Aisyah dan Luth keluar membeli barang bayi , mereka tidak mahu membeli pun , tapi dipaksa oleh Tuan Khalid dan Puan Norma ,kerana bagi mereka buat persiapan awal itu lebih bagus , walhal bagi Aisyah dengan Luth , dengan usia kandungan yang baru 5 bulan , masih awal untuk membeli barang-barang bayi .


" Abang rasa yang ni sesuai untuk baby" Luth mengangkat satu kotak pakaian baby bewarna biru. Dia menggosok-gosok kotak itu di bahu Aisyah , bila isterinya itu hanya berdiam dan memilih baju bayi , tidak memperdulikan Luth .


Luth memuncungkan bibir. Merajuk lagi ke? Dah seminggu dah benda berlaku , Luth juga memujuk hari -hari . Tidak lembut lagi ke hatinya?


Aisyah hanya menoleh sekilas , dan mengangguk. Malas untuk membuka mulut. Boleh tahan juga baju warna biru . Cantik.


" Sayang marahkan abang lagi?" Luth mula meletakkan kotak baju itu ke dalam bakul ditangannya.


"Tak marah dah" Aisyah menyahut dan dia juga meletakkan satu kotak baju baby yang dia pilih. Warna merah .


Luth mengajuk Aisyah dalam diam . Tak marah konon , tapi sepatah apa pun tidak berbual dengannya. Cepat dia memintas langkah Aisyah dihadapan.


" Ye ke? Sayang tak berborak pun dengan abang?"


" Tak ada apa untuk diborakkan" Aisyah membalas senada. Tangannya masih membelek baju baju yang lain pula . Bak kata Puan Norma beli sedikit tak ace!


" Hmm" Luth merajuk .


Aisyah hanya menggeleng . Matanya ralit mencari baju sehinga tidak perasan Luth sudah hilang dibelakangnya .Aisyah mencapai satu baju bewarna purple yang menarik perhatiannya , dia tersenyum dan berpusing untuk menunjukkan kepada Luth , sekaligus ingin memujuk suaminya itu. Rasanya seminggu sudah cukup untuk buat Luth menyesal .


Ternganga seketika , bila Luth tiada dibelakangnya. Baru dibiarkan sekejap, sudah hilang suaminya itu . Haih kemana sahaja lah . Dalam diam matanya juga memerhati kelliling kedai itu untuk mencari Luth , dan selepas beberapa saat , dia mengecilkan matanya bila ternampak kelibat Luth .


Amboi! Luth sedang berbual dengan sesorang perempuan tidak jauh dari tempat dia memilih baju . Bukan main lagi tadi memujuk , sekarang dah berbual dengan wanita lain pula ? Huh!.Terus Aisyah melangkah laju ke arah mereka. Bukan main lagi ,bergelak ketawa ye . Tunggu kau!


Rania AisyahWhere stories live. Discover now