CHAPTER 33

1K 46 2
                                    

DONT FORGET TO VOTE ON PREVIOUS CHAPTER 

ENJOY READING!

Luth hanya memerhati Aisyah yang sedang tidur nyenyak di sebelahnya , Dia tahu semalam Aisyah menangis di luar bilik sehingga subuh , selepas subuh baru isterinya itu tidur di sebelahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Luth hanya memerhati Aisyah yang sedang tidur nyenyak di sebelahnya , Dia tahu semalam Aisyah menangis di luar bilik sehingga subuh , selepas subuh baru isterinya itu tidur di sebelahnya. Lama Luth menatap wajah Aisyah, dengan perlahan dahi Aisyah dicium lama ,tanda meminta maaf kerana dia tidak berani untuk berdepan dengan Aisyah . 


Tidak tahu kenapa dia berkelakuan macam ni , sekejap sayang ,sekejap benci .  Aisyah yang terasa tidurnya terganggu ,terus membuka mata , dan terpampang jelas wajah suaminya yang terlalu dekat , dia menolak Luth dengan kuat . Bukan sengaja , tapi terkejut!


Aisyah meraup wajahnya .  Aisyah tidak langsung memandang wajah Luth ,dengan muka yang selamba terus sahaja Aisyah kembali baring dan memejamkan mata , dia penat, bukan sebab tak cukup tidur , tapi penat dengan apa yang berlaku semalam . 

Sakit. Terluka .

 Terasa jatuh air muka dia sebagai isteri bila Luth tidak mahu ada zuriat dengannya. Aisyah rasa terhina.Menyesal  dia mengajak Luth bebrual semalam . Niat di hati nak meluangkan masa bersama ,tapi lain pula yang jadi. Aisyah terasa diri dia bodoh dengan cara layanan Luth , sekejap dia disayang ,sekejap dibenci pula . Dia bukannya patung, yang tiada perasaan , dah lama dia pendam dan sabar. 


Luth pula hanya memandang Aisyah yang baring membelakanginya. Tahu yang isterinya masih merajuk, marah dan berkecil hati . Dia memegang bahu Aisyah , mahu ajak Aisyah berbincang. 

Aisyah hanya membiarkan sahaja , pura-pura tidur. Selalunya setiap pagi Aisyah yang akan memulakan perbualan ,tapi hari ni pagi mereka suram. Aisyah masih tidak melayan Luth dibelakangnya , tapi makin dibiar makin lama pula Luth memegang , mengusap bahu dan belakang badannya . 


Aisyah yang terasa rimas dipegang terus bangun secara mendadak , dan bergerak untuk mandi . Mood untuk tidur sudah hilang bila asyik dikacau oleh Luth. Bau sahaja mahu pergi mengambil tuala terasa tangannya dicapai oleh Luth. 


Aisyah hanya berdiri tegak. Luth menarik nafas dalam dan menghembus. 


"Abang mintak maaf .Abang terlepas cakap. Abang tak ada niat pun " Luth berkata lembut. Dalam masa yang sama dia  buntu juga kerana Aisyah hanya diam membatu. Dia cuba untuk bercakap lagi tapi terbantut bila Aisyah mula merentap tangannya.


"Awak" Aisyah terhenti . Nafas ditarik dan cuba di kawal air matanya .


Tidak senang duduk Luth bila Aisyah mula menukar cara panggilan 


"Awak memang ada niat nak ceraikan saya " Aisyah berkata dengan suara yang serak dan bergetar menahan sebak.

Rania AisyahWhere stories live. Discover now