CHAPTER 40

1.4K 51 2
                                    

DONT FORGET TO VOTE ON PREVIOUS CHAPTER!

ENJOY READING!

Puan Laila merenung lembut wajah menantunya yang sedang menyiapkan minum petang itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Puan Laila merenung lembut wajah menantunya yang sedang menyiapkan minum petang itu . Sudah sebulan ini , Humaira tidak jemu mengambil hatinya. Dari mengemas rumah, memasak semua Humaira yang buat ,tidak kisah dengan perut yang sedang membesar itu.

Sesungguhnya status bayi dalam kandungan Humaira masih belum boleh diterima walaupun tiada siapa tahu ayah kepada bayi itu ,tapi Puan Laila melembutkan hatinya bila melihat kesungguhan Humaira .





"Humaira , sini duduk" Puan Laila bersuara. Ditepuk sedikit kerusi disebelahnya ,memberi isyarat agar Humaira duduk disitu.


"Kenapa mama?" Humaira bertanya dengan nada risau , dia ada buat salah ke?


" Duduk, berehat Humaira , perut awak tu makin membesar " Puan Laila berkata.


Humaira hanya tersenyum kecil sambil mengangguk.


"Mulai esok , Humaira tak payah masak dan buat apa -apa dalam rumah ni"


Humaira mula tak senang duduk . Kenapa ni? Dia memang ada buat salah ke?

"Tapi kenapa mama? Mama tak suka ke apa yang Humaira buat?" Humaira membalas .


Puan Laila menggeleng . Haih sampai ke situ pula. Takut benar Humaira dengan dia . Mungkin dia yang terlalu keras hati dengan Humaira sebelum ni .






"Mama nak kamu rehat , jaga kandungan tu baik-baik . Jangan renyah sangat takut jadi apa-apa" Puan Laila berkata lembut. Sambil melemparkan senyuman pada Humaira .


" Terima kasih mama" Humaira berkata sambil mata berair. Terasa sebak pula bila Puan Laila mengambi berat tentang dirinya.


"Terima kasih jugak sebab cuba ambil hati mama . Kamu tak payah buat semua ni. Maafkan mama kalau mama benci anak kamu " Puan Laila berkata sambil menarik Humaira dalam pelukan.


"Apa ni nangis-nangis ni ? Siap berpeluk bagai" Rayyan berkata secara mengejut. Masuk-masuk sahaja dua orang ini sudah berpeluk.


"Kamu ni potong lah" Puan Laila berkata sambil melepaskan pelukan.


Rayyan hanya tergelak dan bergerak ke arah Humaira sambil mencium dahi isterinya . Dia tahu apa yang mama dan Humaira bincangkan , lega hatinya bila melihat ,ereka sudah berbaik. Puan Laila hanya memandang dengan tersenyum , mungkin inilah kebahgaian dalam keluarga mereka.





Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Rania AisyahWhere stories live. Discover now