CHAPTER 36

1.2K 45 3
                                    

" Jangan jadi gila Rayyan , dia isteri aku " Luth memarahi Rayyan yang sedang duduk dihadapannya. Luth tahu mereka sudah tiada harapan , tapi tak akan semudah itu dia akan serahkan Aisyah pada Ghaz. Terkejut bukan kepalang dia bila Rayyan tiba-tiba memilih untuk menyerahkan Aisyah pada Ghaz





"We have no choice" Rayyan berkata . Dia juga tak akan serahkan isterinya pada Ghaz ,jadi hanya tinggal pilihan ketiga . Iaitu Aisyah.


Tuan Khalid hanya berdiam sahaja . Pening. Dan pilihan yang di pilih oleh Rayyan sungguh mengejutkan dia . Rayyan mahu menyerahkan Aisyah pada Ghaz . Dia akan cuba sedaya upaya untuk membetulkan keadaan .


"Habistu? Kenapa nak serahkan Aisyah? " Luth membentak balik . Nasib baik Aisyah tiada di rumah , kalau lah Aisyah dengar apa yang Rayyan cakap, mesti bertambah marah isterinya itu.


"Habistu , kau nak aku serahkan isteri aku yang tengah mengandung tu" Rayyan membentak semula.


"Bukan serahkan Humaira, at least Humaira dengan kau do something , ni semua berpunca daripada Humaira " Luth berkata , selepas Aisyah menjerit padanya tadi , dia terus terfikir ,ada betul jugak apa yang Aisyah cakapkan .





Rayyan mula duduk di sofa, sambil mengusutkan kepalanya . Dia tidak tahu untuk buat apa , dia tahu Ghaz tidak main-main , kerana baru sahaja tadi ada orang menghantar video intim Humaira dan Adrian kepadanya siap package amaran lagi.


"Sudah , kita kene berbincang , bukannya bergaduh , Rayyan bagitahu papa kenapa kamu pilih untuk serahkan Aisyah? Apa kamu lupa dia masih ada ayah? Jangan rendahkan maruah anak -anak papa " Tuan Khalid berkata tegas .





Rayyan menghembuskan nafas perlahan. Okay by hook or by crook dia kene beritahu Tuan Khalid juga.


"Sebab Rayyan ingat Luth tak akan jadikan tu satu masalah" Rayyan berkata.


"Apa kamu gila? Aisyah tu isteri dia" Tuan Khalid mula menengking sedikit.





" Tapi Luth tak sayang Aisyah , Rayyan sendiri dengar haritu Luth dan Aisyah bergaduh dalam bilik " Rayyan membidas.





Luth mula tak senang duduk . Rayyan menghendap mereka? Curi-curi dengar perbualan mereka suami isteri.


"Kamu tak pernah bergaduh dengan isteri kamu ke Rayyan ? Gaduh tu perkara normal dalam rumah tangga " Tuan Khalid membalas .





"Tapi Rayyan dengar yang Luth nak ceraikan Aisyah!" Rayyan berkata dengan nada yang sedikit tinggi.


Tertoleh terus kepala Tuan Khalid ke arah Rayyan . Dia tak salah dengar kan? Anaknya akan diceraikan ?





" Ya allah , apa dah jadi dengan keluarga aku ni" Tuan Khalid mengeluh dan terus terduduk kembali.





"Nothing serious, jangan nak jadikan issue pasal masalah perkahwinan aku . Focus dekat problem Humaira dulu " Luth berkata sambil melihat tajam pada Rayyan , mahu sahaja ditumbuk wajah Rayyan . Rayyan cuba ambil kesempatan atas keretakan rumah tangganya. Menyesal dia membantu kalau dia tahu Rayyan mempergunakan rumahtangganya.


"Macam mana ni pa? Papa nak dapat malu? Jelas wajah Humaira dalam video tu pa"Rayyan berkata seperti merayu.


"Kita tak akan bagi apa-apa pun dekat Ghaz " Tuan Khalid berkata tegas . Tuan Khalid sudah tidak kisah dengan apa yang Ghaz mahu buat , yang penting maruah anak-anaknya terjaga. Tentang video intim itu, Tuan Khalid hanya berserah , jika perkara itu tersebar itu mungkin balasan untuk Humaira.


Rania AisyahWhere stories live. Discover now