CHAPTER 43

1.4K 52 1
                                    

DONT FORGET TO VOTE ON PREVIOUS CHAPTER!

ENJOY READING!


 Luth memerhati Aisyah yang sedang tertidur enak di atas katil itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

 Luth memerhati Aisyah yang sedang tertidur enak di atas katil itu . Dia terus bergerak ke sini selepas balik dari rumah Puan Sarah tadi . Dia janji tidak mahu mengacau Aisyah tapi dia tidak berjanji yang tidak akan pergi menjumpai Aisyah . 


Tidak susah untuk dia mencari kunci spare rumah yang arwah papa dia bina ini.  Dia bergerak perlahan ke arah Aisyah yang berada di atas katil . Baju di buka dan dengan perlahan dia merebahkan dirinya disebelah Aisyah. Rindu dengan Aisyah . Mahu dicium wajah itu tapi bimbang akan membangunkan Aisyah pula. 


Hanya mampu menatap sahaja wajah itu buat masa sekarang. Sempat juga dia melihat bantal isterinya yang basah itu .Isterinya menangis . Mungkin isterinya juga tidak mahu buat semua ini tapi terpaksa.

Tak apa, esok dia akan bertanya pada isterinya . Dia perlukan jawapan jujur dari Aisyah , agar dia dapat selesaikan masalah ini semua . 

Aisyah menggeliat dengan mata yang masih tertutup

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aisyah menggeliat dengan mata yang masih tertutup . Tidak sangka malam pertamanya disini baik-baik sahaja walaupun dia ada menangis sedikit sebelum tidur.Aisyah membuka matanya untuk melihat jam , jika masih awal dia mahu menyambung tidur. 

Baru sahaja dia mahu memusingkan badannya , ada satu tangan yang memegang pinggangnya, dengan pantas dia menoleh ke belakang  Aisyah melepaskan nafas lega .Luth rupanya . Selepas beberapa saat matanya terbuka luas. 


Luth? Tangan suaminya dipegang kuat  sambil memandang tak percaya . Aisyah menggeleng . Haih rindu sangat pada Luth agaknya . 


"Geleng apa sayang?" Luth berkata lembut , boleh tahan kuat juga pegangan Aisyah , sudahlah tangan dia sakit kerana membelasah Ghaz semalam. 


Sah! Ini memang Luth . Dia tidak bermimpi , tidak berkhayal . Ah sudah ! Macam mana suami dia boleh ada dekat sini . Mama kata Luth tak akan boleh jumpa dia , mama bocorkan rahsia?

Rania AisyahWhere stories live. Discover now