Our child
Ep 4
Di ladang strawberry 🍓.kelihatan baekhyun sedang berehat di bawah pokok yang redang.silauan matahari membuatkan dia tergendala untuk memetik buah buahan di situ."Ahah!makan gaji buta ke tu?!"
Dia terkejut lalu memandang ke belakang.terlihat susuk tubuh taehyung yang sedang menuju ke arahnya.dia terus membetulkan topi hitamnya ke belakang dan memandang ke arah taehyung.
Taehyung:haih..sejak dua menjak ni,aku tengok kau jarang datang ke ladang.tak bosan ke duduk terperuk dalam rumah usang kau tu?hahahaahha
Baekhyun:kau cakap biar cantik sikit eh.takdelah,aku cuma..
Taehyung mengerutkan kening dan dia mula teringat sesuatu.dia terus menjamah buah di dalam bakulnya dan berkata
Taehyung:gadis tempoh hari.macam mana?dia dah ok ke?rasanya dah dua hari dia dekat rumah kau kan?lama betul.bila budak tu nak pulang?
Baekhyun terus baring di atas tanah tanpa menghiraukan kata kata rakan karibnya itu.cuaca sangat baik harini.lebih baik dia tidur sebentar daripada melayan rakannya membebel
_______________•_____________
Di rumah.baru sahaja dia ingin masuk ke dalam rumah,telinganya menangkap suatu bunyi yang kuat dari dalam.argh,gegendang terasa mahu hampir pecah!
Baekhyun:ji hyo?ji hyo!argh!
Ji hyo yang sedang mengemas rumah terus menutup radio yang dipasang olehnya.baru sahaja dia ingin mengukirkan senyuman dan menuju ke arah baekhyun..
Baekhyun:apa kau buat ni?dah dah,pergi campak radio buruk tu dalam tong sampah.bingit tau tak?
Ji hyo:tapi ni kan radio awak?kenapa nak buang?masih elok lagi ni.lagipun,bagus apa kalau ada radio ni.tiadalah sunyi sangat.saya bosanlah duduk rumah sorang sorang.
Baekhyun membuka topi hitamnya dan mengibas ngibas topi itu seperti kipas.peluh sudah membasahi rambut dan dahinya.Dia terus menghulurkan bakul berisi buah strawberry yang banyak.entah kenapa gadis itu tiba tiba merenungnya lama.dia sudah pelik dan hairan
Baekhyun:stop okay?aku nak ke bilik.strawberry tu kalau nak habiskan,habiskan je.tak perlu tinggal untuk aku.
Ji hyo:sekejap
Baekhyun mengangkat kepala tanda "kenapa?"
Ji hyo:sampai bila awak bagi saya tumpang dekat sini?saya takut susahkan awak.lagipun saya tak cukup pakaian.jadi,mungkin saya..
Baekhyun:yang tu kau tak payah risau.kau..kau boleh guna je pakaian adik aku dekat dalam bilik belah sana.
________________•_______________
Sambil menikmati buah strawberry itu,fikiran ji hyo masih tertanya tanya tentang adik perempuan,baekhyun.mukanya sudah berkerut seribu.
Ji hyo:(dalam hati:adik perempuan?takkanlah dia boleh bagi aku pinjam baju adik dia?nanti tak pasal pasal pula adik dia marah kalau dapat tau nanti)
Baekhyun:apa yang kau termenungkan tu?
Ji hyo terus terkejut sehingga buah strawberry yang dipegangnya terpelanting.baekhyun sudah membulatkan mata melihat reaksi gadis itu
Ji hyo:alamak,sorry sorry.takpe saya boleh bersihkan lantai ni.kejap ya..
Baekhyun:tak payah.kau stay je dekat tempat duduk tu.hiraukan je.aku nak tanya kau sikit.dan mungkin apa yang aku tanya ni akan buat kau tak selesa.
Ji hyo:hmm?soalan apa pula yang awak nak tanya ni.dah macam detektif conan dah saya tengok.
Baekhyun:sebelum tu,aku nak minta maaf sebab aku tau ni melibatkan privasi kau.tapi,aku perlu tau hal ni.
Ji hyo:apa maksud awak?
Ji hyo seakan akan tau apa yang ingin disampaikan oleh lelaki itu.dia cuba untuk mengelak dengan memandang ke arah lain.
Baekhyun:cerita dekat aku dari A sampai Z sampaikan kau kena hadap situasi ni sorang diri.
Bersambung
YOU ARE READING
Our Child
RomanceCOMPLETED ✔️ Watak utama:Baekhyun dan Song Ji Hyo Song ji hyo.Gadis malang yang ditipu dan dipermainkan oleh teman lelakinya dan akhirnya mengandung anak luar nikah.Dia berasa kesal dan sangat kecewa apabila ditinggalkan begitu saja.Suatu hari,dia m...