Our child
Ep 8
Baekhyun menuju ke rumah sambil mengibas topi hitamnya kerana kepanasan.peluh didahi dikesat laju.setelah sampai,dia mula mengerutkan kening.matanya melilau di setiap penjuru rumah.ada yang tidak kena.pintu utama terbuka luas!dia mula lari masuk ke dalam rumah.kosong!tangan dicekak ke pinggang
Baekhyun:mana pula dia pergi ni?
Kedengaran bunyi daun kering yang kuat seperti dipijak oleh seseorang.yoona muncul sambil nafasnya yang tercungap cungap.jarinya ditujunke arah hutan.
Baekhyun:hutan?yoona,kau ok ke tak ni?cuba kau relaks.tenang~Yoona:tadi orang kampung serbu rumah kau.aku nampak teman lelaki gadis yang kau rawat tu paksa dia sesuatu.aku tak dengar sangat.mula mula lelaki tu suruh orang kampung bersurai.lepastu aku nampak gadis tu dengan teman lelaki dia tengah bergaduh.tu yang dia lari masuk ke dalam hutan.baik kita cari dia cepat.dah masuk senja ni.takut ada perkara buruk berlaku!
Baekhyun:maksud kau...jimin?
_____________•______________
Lengannya ditepuk kuat akibat digigit nyamuk.langit semakin gelap dan kedengaran bunyi cengkerik yang kuat."song ji hyo?song ji hyo!"jeritnya.rumput yang panjang dan semak samun yang banyak membuatnya dirinya sukar untuk berjalan dan melangkah ke depan.
Matanya membulat apabila melihat satu tangan sedang terkapai kapai tanda meminta tolong.ji hyo?dia berlari laju dan mendapatkan gadis itu.dia memegang belakang ji hyo dan memgang mukanya yang kotor terkena tanah.
Baekhyun:aku mintak maaf.aku tak patut biarkan kau sorang sorang dalam rumah tu.mari kita balik?lepastu kau cerita perkara sebenar dekat aku.ok?
Baekhyun terus mengenggamkan penumbuk dan rahangnya diketap kuat.matanya merah menahan amarah yang membuak buak.mahu saja dia berjumpa dengan jimin sekarang!setelah itu,ji hyo menghulurkan tangannya ke arah lelaki itu dengan perlahan.
Ji hyo:janji dengan saya
Baekhyun:janji?
Ji hyo:janji dengan saya.walau apa jadi sekalipun,kita kena pastikan baby selamat.awak takkan tinggalkan saya kan?
Baekhyun:boleh tak kau jangan merepek?cara kau cakap ni macam dah takde hari esok.aku memang dah ada depan mata kau kan?dah,jom...
Ji hyo:janji?
Ji hyo masih menghulurkan tangannya tanda menunggu jawapan dari lelaki itu.reaksi baekhyun terasa serba salah dan memandang gadis itu.beberapa saat,dia memegang tangan ji hyo dan mengangguk perlahan
_________________•________________
FLASHBACK
jimin melihat orang kampung yang mulai beredar.kemudian raut wajahnya terus berubah dan mengenggam tangan ji hyo dengan kuat.
Jimin:hei,berani betul awak tumbuk saya kan?mentang mentang ada orang tadi,suka hati je nak malukan saya depan semua orang! Awak fikir saya apa hah?
Ji hyo:kenapa awak bukak cerita depan semua orang?senang senang je kan bukak aib sendiri.kalau semua orang kampung dah tau,habislah saya.dengan sekali awka kena halau nanti!
Jimin tergelak kecil lalu menyilangkan tangannya,
Jimin:girl,jangan risau.mungkin yang lain dah tau pasal awak.tapi diaorang tak tau siapa ayah dalam kandungan ni.so?
Ji hyo:what?hei apa tujuan awak datang sini hah?saja nak buat kecoh ke apa?tolong jangan buat malu saya boleh tak?
Jimin:aku nak kau gugurkan kandungan ni!sekarang jugak.kalau kau berdegil,dengan sekali kau...aku bunuh!
Ji hyo terkejut mendnegar kata kata dari jimin itu.dia membulatkan mata apabila jimin mula mengeluarkan pisau kecil dari dalam poket seluarnya.
END FLASHBACK
ji hyo:sebabtu saya lari ke hutan.sampai sekarang,saya masih rasa tak selamat duduk sini.mungkin saya kena pergi jauh. Jauh dari dia.
"wow.."balas baekhyun.tangannya bercekak pinggang dan keningnya dikerutkan.
Baekhyun:(dalam hati:tak sangka pula si jimin ni sanggup buat sampai macam tu sekali.punyalah aku paksa ji hyo untuk jumpa lelaki tu.patutlah dia tolak mentah mentah plan aku.)
Ji hyo:takpelah,saya nak tidur dulu.selamat malam
Baekhyun:selamat malam.
Bersambung
YOU ARE READING
Our Child
RomanceCOMPLETED ✔️ Watak utama:Baekhyun dan Song Ji Hyo Song ji hyo.Gadis malang yang ditipu dan dipermainkan oleh teman lelakinya dan akhirnya mengandung anak luar nikah.Dia berasa kesal dan sangat kecewa apabila ditinggalkan begitu saja.Suatu hari,dia m...