Our child
Ep 5
Keadaan mula menjadi kekok dan masing masing mendiamkan diri.baekhyun mula rasa serba salah dan dia tahu soalan tu agak "privasi".ji hyo mengeluh lalu membasuh tangannya
Baekhyun:takpe ji hyo.kalau kau tak bersedia nak bagitau aku,aku takkan paksa kau.benda ni terpulang pada kau.lagipun aku takde hak nak tanya lebih lebih.sorry ya?
Ji hyo:saya bukan tak nak bagitau.tapi ni melibatkan aib saya.awak sendiri nampak kan?dari apa yang dah jadi dekat saya,semuanya berpunca sebab saya bodoh.saya fikir nak enjoy.tak matang
Ji hyo menundukkan wajah sambil menyilangkan tangan.rasa serba salah semakin terasa di hati lelaki itu.
Baekhyun:tadi kau kata bosan kan?apa kata malam ni kita ronda satu kampung?mana tau hati kau akan lebih tenang.
Ji hyo:ronda satu kampung?wah macam best!ahah!nanti ada masa bolehlah awak kenalkan saya dengan adik awak.bukan apa,saya cuma nak say thanks dekat dia.yelah,saya dahlah pinjam dan pakai baju dia.
Baekhyun:tapi adik aku dah takde...
Ji hyo:yelah,saya cuma...sekejap,apa?
Gadis itu membulatkan matanya sambil melihat raut wajah baekhyun yang berubah.lelaki itu mengelengkan kepala sambil mengukirkan senyuman
Baekhyun:sekarang dah nak pukul 8.baik kau bersiap siap dulu.nanti lambat pula kita keluar nanti.
________________•_______________
Bunyi enjin motor mula kedengaran.baekhyun menutup pintu rumah dan menghulurkan topi kaledar ke arah gadis itu.ji hyo rasa serba salah apabila dari tadi baekhyun mendiamkan diri.
Baekhyun:jom?
Ji hyo mengangguk dan mereka mula menaiki motor itu.dalam perjalanan...
Suasana malam yang indah berserta angin yang bertiup sepai.kelihatan beberapa orang kampung sedang memandang ke arah mereka.baekhyun tidak mengendahkannya tetapi ji hyo sempat memegang bahagian belakang motor sebelum orang kampung bersangka buruk terhadapnya.baekhyun menelek ke arah cermin sisi motor dan melihat wajah ji hyo yang tidak senang.
Baekhyun:ji hyo,tengok ni
Ji hyo:apa?
Dia terus memecut laju sehingga tangan ji hyo memeluk belakangnya.dia terus ketawa terbahak bahak dan memang dia saja ingin kenakannya.HAHAHAHAHAA!Ji hyo terus menumbuk perlahan belakang lelaki itu lalu mengerutkan keningnya
Ji hyo:itu tak kelakar ok?
Baekhyun ketawa kecil lalu membawa motor itu dnegan perlahan.gadis itu memandang ke kiri dan kanan.setelah dia memastikan yang tiada orang disitu,dia terus mendepakan tangannya dan menghirup udara malam.tenang!
Ji hyo:awak,tengok saya ni.cuba awak buat!best tau?wahhhh!!
Baekhyun:kalau aku buat,memang hilang kawalan sampai ke pokok besar tulah jawabnya motor ni nanti.
_________________•________________
Di rumah.baekhyun baru sahaja ingin menonton televisyen walaupun sudah lewat malam,kedengaran bunyi tangisan dari bilik ji hyo.dia pula buntu untuk masuk ke dalam bilik itu atau tak.
Baekhyun:ji hyo?kau ok ke tak ni?boleh aku masuk?
Tangisan masih lagi kedengaran.baekhyun memulas tombol pintu dengan perlahan dan melihat gadis itu yang sedang menangis.
Baekhyun:kau ok ke tak ni?kan aku dah cakap,apa apa panggil aku.atau kau nak air suam?aku boleh tolong ambilkan
Ji hyo:maaf ganggu awak.saya dah ngantuk tapi belakang saya rasa sakit.saya tak tau nak tidur cara macam mana lagi.rasa tak selesa.
Baekhyun:sini sekejap
Baekhyun menarik perlahan tangan ji hyo dan menyuruhnya duduk dan bersandar seketika.nafas ji hyo rasa tidak stabil.mungkin perutnya yang terasa cramp dan sakit.gadis itu sudah bertakung air mata kerana sakit yang susah digambarkan.baekhyun yang melihat reaksi ji hyo terus berkata
Baekhyun:ok ok macam ni.kau..kau cuba baring mengiring ke arah tingkap.
Dia memegang belakang gadis itu dan meletakkan dua bantal di bawah tapak kaki ji hyo.
Baekhyun:macam mana?kau rasa lebih baik atau sama je?ji hyo?aku tanya ni
Ji hyo masih tersedu sedan dan memegang perutnya.selimutnya ditarik perlahan.matanya sudah merah akibat lama menangis.
Baekhyun:dahlah jangan nangis.mata tu dah merah.nanti esok pagi bengkak pula mata tu.dah dah.
Ji hyo:tapi sakit..
Baekhyun:ye aku tau
Dia menepuk belakang ji hyo sehingga tertidur.setelah itu,dia menghela nafas lega lalu keluar dari bilik itu dan menutup pintu bilik.
Bersambung
YOU ARE READING
Our Child
RomanceCOMPLETED ✔️ Watak utama:Baekhyun dan Song Ji Hyo Song ji hyo.Gadis malang yang ditipu dan dipermainkan oleh teman lelakinya dan akhirnya mengandung anak luar nikah.Dia berasa kesal dan sangat kecewa apabila ditinggalkan begitu saja.Suatu hari,dia m...