EP 9 🕊️

72 13 10
                                    

Our child

Ep 9

"Song ji hyo.dia gadis yang kuat.entah kenapa dia sering mengingatkan aku tentang adik.dari luaran,orang akan fikir mereka gadis yang lemah.kita tidak akan tau apa yang seseorang tu rasa jika kita betul betul berada di tempat dia.kadang kadang...menangis adalah cara terbaik untuk kita luahkan apa yang terbuku di hati"

Buku ditutup perlahan.baekhyun menarik nafas seketika dan mengukirkan senyuman.tingkap kayu dibuka luas dan kelihatan cahaya matahari menyinari di setiap sudut rumahnya.senyumannya tiba tiba pudar apabila melihat beberapa orang sedang terpacak di depan pintu rumah.tombol pintu dipulas laju

Pang!satu tamparan yang kuat kedengaran.ketua kampung a.k.a Lee mendengus geram.semua memandangnya tajam.

Ketua:semua dah tau pasal gadis tu.apa lagi yang kau nak pertahankan dia?jangan jadi kacang lupakan kulit!disebabkan orang bandar tu,maruah kampung kita tercemar.

Ji hyo terus meluru ke halaman luar apabila telinganya menangkap bunyi bising.orang kampung memandang antara satu sama lain.baekhyun kekal membisu sambil menundukkan wajahnya.gadis itu mengerutkan kening kerana simpati.lama kelamaan,ji hyo mula bersuara

Ji hyo:maafkan saya.memang saya yang bersalah.tapi tolong jangan salahkan baekhyun.dia cuma rawat saya sepanjang saya ada dekat sini.saya memang pembawa malang.jangan risau,saya akan pergi dari sini secepat mungkin.

Ketua:siapa ayah dalam kandungan tu?aku tak nak orang fikir aku berlaku kejam dekat kau.sekurang kurangnya ayah dalam kandungan tu kena bertanggungjawab.baru kau boleh pergi dari sini.

Ji hyo:takpe,lagipun lelaki tu...

Baekhyun:lelaki tu aku

Apakah?!orang kampung sangat terkejut mendengar pengakuan palsu darinya.lelaki itu terpaksa menipu dan dia juga tau apa akibatnya.

Ketua:apa..apa kau merepek ni?!aku tengah serius,kau pula main main.kau fikir benda ni lawak ke?

Ji hyo mengerutkan kening dan memandang ke arah baekhyun.dia menggelengkan kepala tanda membuat isyarat "tidak perlu".ya,baekhyun tidak perlu untuk menipu.tapi wajah lelaki itu masih kekal tanpa reaksi.taehyung yang mendengar kata katanya,tahu bahawa kawannya hanya berpura pura.

Ketua kampung terus menumbuk wajahnya sehingga darah pekat mula mengalir di mulut.wajah ji hyo jelas merasa serba salah dan memegang bahu lelaki itu.

Ji hyo:ni semua salah faham!

Ketua:aku bagi masa sampai esok.lepas pada tu,aku tak nak tengok lagi muka kau berdua!aku jijik.aku tak sangka ya,baekhyun.pisang berbuah dua kali.dulu,apa kau kata?kau buang jauh jauh masa adik kau ditimpa nasib yang sama.sekarang kau tengok?kau pun dua kali lima.dasar adik beradik tak tau malu!

Ji hyo membulatkan mata mendengar kata kata dari ketua kampung.dia hanya mendiamkan diri walaupun rasa tertanya tanya semakin membuak.mata baekhyun sudah merah menahan amarah sambil mengenggamkan penumbuk

Baekhyun:aku tak kisah kalau kau nak hina aku.tapi cerita dia sekarang ni,adik aku dah takde.dan kau takde hak nak hina adik aku.

Ketua:kenapa?bukan dulu kau sendiri ke yang anggap kau takde adik?kenapa sekarang beria ria nak backup?oh,sebab kau pun sama macam dia?

Baekhyun:habistu,kau nak aku jadi macam kau ke?

Taehyung:baekhyun,dah dah.cool,ok?

Ketua kampung mendengus geram sambil mengerutkan kening.

_________________•______________

Ji hyo menelek ke luar tingkap sambil tertunggu tunggu seseorang.keluhan kecil dilepaskan sambil dia berjalan ke hulu dan ke hilir.kejadian siang tadi membuatkan dirinya rasa sangat serba salah.baekhyun masih tidak pulang ke rumah selepas kejadian itu.

Ji hyo:aku..aku kena buat sesuatu untuk tebus kesalahan aku.dia dah banyak berkorban untuk kau,ji hyo.alright.lets go

Dia menarik nafas dan mengukirkan senyuman.dia terus ke dapur untuk masak makan malam.

________________•_________________

Baekhyun menutup kepalanya dengan hoodie hitam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Baekhyun menutup kepalanya dengan hoodie hitam.matanya memandang tajam ke arah satu rumah agam yang agak besar itu.suasana yang gelap hanya bergantung pada cahaya lampu jalan dan dari ruang tamu agam.

Di rumah agam.jimin menonton televisyen sambil meneguk air minuman beralkohol.keningnya berkerut apabila terdengar bunyi pintu rumah yang diketuk kuat.

Jimin:aik,siapa pulak yang datang malam malam macam ni?heh kacau mood betullah.dahlah perempuan tu lesap macam tu je.celaka betul!

Baru sahaja dia membuka pintu,tubuhnya ditolak kasar sehingga belakangnya terkena dinding rumah.mukanya panik dan melihat wajah baekhyun yang sedang mengetap rahangnya dengan kuat.dahi berpeluh peluh serentak dengan hatinya yang sedang membara.

Jimin:woi,kau nak apa hah?!apa tujuan kau datang sini?atau kau...nak pecah masuk rumah aku?eh kau ni siapa hah?!

Jimin terus mengacu pisau kecilnya ke wajah lelaki itu.baekhyun merampas pisau itu sehingga tangannya terhiris.kelihatan darah pekat mula menitik perlahan.

Jimin:ok ok,fine.aku tak tau kau siapa tapi tolonglah jangan bunuh aku.kalau kau nak duit,aku boleh bagi.settle?

Tangan baekhyun terus mengenggam leher jimin.jimin hanya memegang tangannya dengan kuat sambil membuat muka simpati.

Baekhyun:hei,dengar sini.aku tak mintak banyak.hasrat aku cuma satu je.kalau kau ugut untuk bunuh ji hyo dengan baby tu lagi,kau...aku bunuh dulu.faham?

Jimin:macam mana kau...oh maknanya...kau lah baekhyun?

Baekhyun:aku nak kau berambus dari sini.kau datang sini,buat kecoh,kau memang tak gentle.ingat,baby tu kau jangan sentuh.dia pun layak untuk hidup.

Jimin mengangguk laju.nafasnya semakin sesak kerana lelaki di hadapannya itu mengenggam lehernya dengan kuat.dan semakin kuat.ergh!

Jimin:ok,aku janji dengan kau

Bersambung

Our ChildWhere stories live. Discover now