Bang!
Peluru itu tepat pada papan yang ditanda. Ayden tersenyum kacak melihat kesan tembakan itu. Dia kembali berdiri tegak sambil berpaling ke sisi.
"Wowww..."Semua orang kagum dengan tembakan Ayden tersebut. Masing-masing teruja melihat tembakan tepat itu.
"Prestasi kau tak pernah mengecewakan aku.."Ujar suara garau. Dia berdiri tegak sambil memeluk tubuh. Senyuman nipis terhias dibibir manakala matanya pula tenang sahaja terpejam.
Kadet-kadet lantas berpaling.
"Tuanku!"Kata mereka sambil menunduk hormat.
Ayden berpaling ke belakang. Wajah Qarizh dipandang. Lelaki itu hanya berpakaian santai.
"Kamu semua berkerja keras ya? Terima kasih untuk itu"Qarizh tersenyum manis kepada kadet-kadet baru Mevre. Matanya memandang satu persatu wajah kadet-kadet yang dilatih oleh Ayden sendiri.
Tersenyum-senyum kadet-kadet apabila dipuji oleh sang raja plus ketua.
"Cukup untuk latihan harini, Kamu semua boleh berehat.."Kata Ayden dingin kepada kadet-kadetnya.
"Baik! Terima kasih Tuan!"Ujar mereka serentak. Ayden hanya mengangguk kecil.
"Bersurai.."Arah Ayden tenang. Tanpa banyak bunyi, kadet-kadet terus terus berjalan pergi.
Kemudian, Mata Ayden jatuh melihat Qarizh.
"Kau sepatutnya jaga Iman, Bukan merayau disini"Ujar Ayden dingin kepada Qarizh. Sakit kepala dengan sikap Qarizh yang lebih mementingkan kerjanya.
Qarizh tertawa kecil.
"Jangan salahkan aku saja. Iman yang pergi lepak, aku pun nak join la melepak sekali"Balas Qarizh dengan tawa kecilnya. Berkerut dahi Ayden dibuatnya.
"Pergi mana?"
"Keluar dengan Qaisara. Mimpi apa entah si Sara tu, Tup tup pagi tadi dah buat bising dekat Istana tadi."Qarizh menjawab tenang sambil menjungkit kedua bahunya ke atas.
"Habis tu, anak kau mana? Pantang bini kau macam mana pula?"
"Anak aku ada dengan Aunty Rose.. Bini aku dah habis pantang minggu lepas"
Ya.. Qarizh baru sahaja menimang cahaya mata pertama. Anaknya bersama Iman, Isterinya.
Qarizh tersengih apabila teringatkan wajah cemburut isterinya apabila mengetahui jantina bayi mereka. Sudah pasti lelaki.
Dengan itu,
Qaiser Adry..
Nama anak sulung mereka berdua. Nama itu dipilih sendiri oleh Iman. Tanpa banyak soal, Qarizh terus menerima nama tersebut.
Qaiser bermaksud.. Raja
Adry bermaksud.. Berakal, memahamiQaiser Adry bin Qarizh Aryan.
Tarikh lahir anaknya juga sama seperti tarikh lahir anak kedua Qaisara dan Ashry. Masih lagi anak lelaki. Mereka tiada lagi rezeki untuk menimang seorang puteri kecil.
Hehehehe comel!
Ayden mengangguk faham. Dia kemudian berjalan meninggalkan Qarizh tanpa banyak bunyi.
Qarizh pula hanya mengikut langkah Ayden. Matanya memandang wajah Ayden yang tenang itu.
Wajah itu kelihatan sangat santai tetapi tahu lah Qarizh, wajah itu tidak cukup rehat. Apa kerjanya terlalu banyak sejak Ayden dinaikkan pangkat untuk menjadi seorang tentera elit yang tertinggi.
Ayden yang sedar dengan pandangan Qarizh terus dahinya berkerut. Dah kenapa?
"Muka aku ada apa-apa ke?"Soal Ayden pelik. Qarizh hanya mengeleng kecil.
YOU ARE READING
TUAN AYDEN
Fantasy[SLOW UPDATE] -Tuan Ayden- THE MEVRE SECOND SERIES. (2) Kali ini, Ayden adalah hero dalam sebuah cerita ini. Selepas sahaja peristiwa peperangan itu, Muncul pula satu organisasi yang dikenali sebagai Guven. Organisasi ini dikatakan boleh menyelama...