"Ada apa kau orang berdua datang jumpa aku?"Sembur Mikayla sebaik masuk ke dalam pejabat miliknya.
Siapa?
Sudah pasti, Qaisara dan Iman.
Qaisara dan Iman berpaling. Masing-masing tersengih apabila wajah Mikayla sudah kelihatan.
"Oh my Mikayla. Macam ni ke kau sambut kawan kau yang comel ni?"Soal Iman bangun lalu mendepakan tangannya.
Mikayla hanya menjuling matanya ke atas, Menyampah!
Matanya terpandang seorang anak kecil yang berada dalam dukungan Qaisara. Budak itu juga memandangnya.
"Boleh pula kau bawa anak kau datang sini?"Soal Mikayla menghampiri Qaisara. Si kecil itu menjerit suka apabila si aunty cantik ingin mendukungnya.
Terlompat-lompat budak itu dibuatnya.
Qaisara melepaskan tawa kecil.
"Dia dah hampir setahun, itu yang laki aku kasi."Ujar Qaisara lembut sambil mengusap rambut halus Qaayed.
"Abang dia tak ikut?"Soal Mikayla lagi apabila kelibat Qalish tidak kelihatan. Qaisara mengeleng.
"Dia ikut ayah dia"Kata Qaisara dengan tersengih.
Syed Qayyed Anaqi.
Anak kedua Qaisara dan Ashry. Usianya pula sudah 1 tahun 5 bulan.
Pada awalnya, Qalish sangat teruja apabila akan memiliki seorang adik kecil. Dia juga berdoa agar ini adalah adik lelaki sedangkan Qaisara inginkan anak perempuan.
Selama 9 bulan dia mengandung, Qalish persis seperti Ayahnya, Ashry. Apa yang dia nak buat, semuanya tak boleh.
Kadang-kadang dia juga tertekan apabila si copy Ashry ni berkepit dengannya tetapi dia sedar, Ini lah Ashry's junior.
Tak boleh lari, Memang sebijik perangai si ayah.
Mata bundar si kecil itu membulat melihat wajah Mikayla. Meminta si aunty mendukungnya.
"Uwaaa"Qayyed menjerit teruja melihat wajah Mikayla itu. Kedua tangannya diangkat meminta Mikayla untuk di dukung.
Mikayla tersenyum nipis sebelum bergerak mengambil si kecil itu.
"Hello my boy"Kata Mikayla sebaik sahaja Qayyed di dalam dukungannya. Dia mencium kedua pipi gebu Qayyed sehingga terjerit si kecil kerana suka.
"Anak aku rindukan kau, jadi aku bawa lahh.."
Mikayla menjeling sekilas wajah Qaisara. Ye ye je dia ni.
"Alasan ah kau. Macam aku tak tahu apa tujuan kau datang ke sini"Kata Mikayla tak percaya.
Iman dan Qaisara terus tersengih. Alamak kantoi!
"Ala kau ni, Kasi can lah .. Harini kan kadet-kadet baru masuk. Aku nak juga ada orang terinspirasi dengan aku yang hebat ni"Kata Qaisara memberitahu hasrat yang sebenar.
"Entah kau! Kasi can ah"Sampuk Iman juga.
"Yelaaa, Lain kali bagitahu lah.. Aku boleh kumpulkan budak-budak"
YOU ARE READING
TUAN AYDEN
Fantasy[SLOW UPDATE] -Tuan Ayden- THE MEVRE SECOND SERIES. (2) Kali ini, Ayden adalah hero dalam sebuah cerita ini. Selepas sahaja peristiwa peperangan itu, Muncul pula satu organisasi yang dikenali sebagai Guven. Organisasi ini dikatakan boleh menyelama...