"Wuarghhh.. Segarnya udaraaaa"Ujar Mikayla sambil mengeliat di tengah-tengah laman belakang. Dia tersenyum puas sambil memandang pokok bunga yang baru sahaja dia susan.
Sudah 2 hari di terdampar sakit seperti orang nazak. 2 hari juga lah dia duduk di Istana atas arahan Qaisara dan Iman.
Elok sahaja dia sihat, terus bangun pagi menguruskan taman bunga Iman seperti hak dia.
"Hmm apa lagi ya?"Soal Mikayla sendiri sambil memandang bunga-bunga yang ada. Dia mengambil gunting pangkas kecil yang berada di salah satu pasu bunga. Nak sambung berkebun.
Pelbagai jenis bunga yang ada di laman tersebut, dan ianya betul- betul menyelamatkan dirinya yang dilanda bosan!
"No wonder you have a sweet face, dear. You loved them so much!"
Pak!
Tangan Ayden pula cekap mencapai gunting pangkas tersebut. Ayden tersenyum kacak sambil matanya memandang wajah Mikayla.
Mikayla memang pantas! Hampir sahaja dia tertikam dengan gunting tersebut. Fuh!
"Ayden?"Panggil Mikayla dengan mata yang membulat.
Dia tadinya tidak memikir panjang terus membaling gunting itu sebaik sahaja dia menoleh kebelakang.
"Hi dear!"
Kata Ayden sambil tersenyum kacak, matanya memandang tepat wajah terkejut Mikayla.
Mikayla menjuling matanya ke atas. Lelaki ini memang menjengkelkan.
Dia berjalan menghampir Ayden sebelum gunting yang berada di tangan Ayden di rampas.
"Ni.."Mikayla mengangkat gunting itu di hadapan Ayden. Ayden hanya memandang tenang.
"Nasib baik benda alah ni tak tertikam kau tadi, Kalau tak memang sakit lah kau dapat"Ujar Mikayla dingin. Dia menjeling tajam ke arah Ayden sebelum berjalan melepasi Ayden.
Ayden menelan air liur kesat. Ada betulnya kata Mikayla. Kalau dia tak elak tadi, memang gunting tu akan tertusuk di dadanya.
Kemudian dia tersenyum nakal. Dia berjalan mendekati Mikayla yang tenang menyimpan gunting itu.
"Are you worry about me? Oh dear, how sweet you are.."Senyuman nakal masih jelas dibibir Ayden.
Mikayla tersentak sesaat. Dia menjeling sekilas memandang Ayden. Dapatlah dia melihat wajah nakal itu. Pipinya mula berubah warna.
"I perlu risau, I tikam orang atasan Mevre kut.. memang cari mati tu"Perli Mikayla menjeling tajam ke arah Ayden.
Ayden tertawa kecil.
"Wah wah wah.. Pagi aku dihiasi dengan drama semut"Tegur Qarizh sambil mendukung Qaiser.
Serentak itu Ayden dan Mikayla berpaling. Lagi berubah wajah Mikayla apabila melihat si raja ni.
Mai dahh..
Dia berjalan mendekati Qarizh sebelum topi di atasnya di letak pada Qarizh dengan kasar.
"Nah! Pergi sambung drama semut kau"Kata Mikayla selamba sebelum berjalan pergi meninggalkan mereka.
"Wowowow kau letak bagi elok lah! Mata aku dah hilang ni"Kata Qarizh kuat sambil kepalanya berpusing kiri dan kanan. Topi itu menutup penglihatannya.
Qaiser mengangkat wajah bulatnya melihat kebodohan ayahnya sendiri. Tangan tembamnya lagi menarik topi itu kebawah.
"Qaiser help me! Ayahanda can't see youu!"Ujar Qarizh kepadanya anaknya. Lagi kuat tangan si tembam itu menarik topi itu.
Ayden yang melihat hanya mengeleng kepala. Matanya sudah bosan dengan kebodohan seorang raja ini. Dia berjalan mendekati Qarizh sebelum topi milik Mikayla diambil.
YOU ARE READING
TUAN AYDEN
Fantasy[SLOW UPDATE] -Tuan Ayden- THE MEVRE SECOND SERIES. (2) Kali ini, Ayden adalah hero dalam sebuah cerita ini. Selepas sahaja peristiwa peperangan itu, Muncul pula satu organisasi yang dikenali sebagai Guven. Organisasi ini dikatakan boleh menyelama...