BAB 5

320 44 4
                                    

"Qarizh Aryan!"

Terus Qarizh bangun mengejut dari tempat tidurnya apabila mendengar suara kuat Isterinya. Otaknya agak berpusing apabila bangun mengejut.

Dia yang tidak berbaju itu hanya memandang wajah isterinya yang garang itu.

"Ya?"

"Tolong jagakan Qaiser laa abang, Saya nak mengemas ni!"Kata Iman dengan wajah penat. Dia memegang anaknya yang hampir jatuh dari atas katil itu. Budak itu agak buas dan sukar untuk dia bergerak bebas memandangkan katil mereka agak tinggi.

"Ah, maaf.."Kata Qarizh sambil menarik Qaiser agar mendekatinya. Tubuh si kecil itu diletakkan pada atas dadanya.

Iman mengeluh kecil sebelum ingin menyambung tugasnya yang terbengkalai tetapi terhenti apabila tangannya dia tarik lembut oleh Qarizh.

"Sayang..."Qarizh memegang erat tangan Iman membuatkan wanita itu tersentak. Mata Iman berpaling memandang wajah Qairzh.

Cup!

Qarizh mencium tangan putih Iman sebelum menarik Iman ke dalam pelukannya. Iman terduduk di atas riba Qarizh. Dia tergamam.

"A-bang?"

"Terima kasih ya Isteri abang.."Ujar Qarizh dengan tenang. Dia mencium sekilas dahi Iman. Begini sahaja dia ingin memujuk isterinya dalam kepenatan itu. Dia sangat menghargai isterinya itu.

Iman terdiam. Pipinya berona merah.

"Kejap lagi abang tolong mandikan Qaiser ya? Awak berehat lahpula..."

"Saya masih larat lah.."

"Tapi abang nak tolong awak lah sayang..."Sampuk Qarizh dengan senyuman manis. Dia mengusap tangan lembut isterinya sambil matanya memandang tepat mata Iman.

"...Awak dah urus semuanya dari abang pergi kerja tadi sampailah abang balik kerja. Abang tahu awak penat, Jadi biar abang tolong awak"Ujar Qarizh jujur dengan suara yang lembut.

"Abang..."Iman mencebik terharu.

"Abang sayang awak, Iman. Ingat tu"Ujar Qarizh seraya mencium lembut di pipi Iman.

"Saya jugaa..."Halus sahaja suara Iman membalas. Dia masih malu untuk mengungkap perkataan manis.

Qarizh tersenyum nakal melihat wajah Iman yang sudah kemerahan.

"Abang tahu"Dia tersenyum kacak.

Iman yang sedar dengan pandangan itu terus bangun dari duduk di atas katil mereka itu.

"Er.. Saya nak pergi dapur.."Terus dia berjalan laju meninggalkan Qarizh.

Qarizh tertawa kecil melihat reaksi gelabah Iman. Tangan sebelahnya masih memegang anak sulungnya yang meronta-ronta itu.

"Hi anak ayahanda..."Ujar Qarizh ceria kepada Qaiser. Si kecil itu memandang wajah ayahnya dengan mata yang membulat.

"Aaa"Qaiser cuba untuk menjawab tetapi air liur sahaja yang keluar.

"Alolo Qaiser nak borak dengan ayahanda ni.."Qarizh mengusap rambut halus si kecil itu.

"Hmp!"Qarizh tersenyum.

"Comel macam bonda dia.."Kata Qarizh sambil mencium sekilas pipi gebu bayi itu. Qaiser memejam matanya dengan senyuman lebar. Suka apabila dicium oleh Qarizh.

TUAN AYDENWhere stories live. Discover now