"Kenapa tak lari?"Soal Atikah kepada Aileen.
Mereka duduk berkumpul di tengah tapak. Guven inginkan semuanya terkumpul sebelum mereka dibawa balik.
"Aku dah penat berlari"
Mata Aileen memandang seorang lelaki yang baru turun dari helicopter. Lelaki itu kelihatan tua dan sangat mengerunkan. Matanya tajam memandang mereka semua.
"Siapa tu?"Soal Imran bisik. Mereka berdua memerhati dari tempat persembunyian.
"Mana aku tahu"Balas Mikayla dalam nada bisik juga.
Aileen mengetap rahangnya. Matanya tajam memandang lelaki tersebut.
"Cukup semua?"Soal lelaki itu dengan dingin. Dia memandang ke arah Harriet.
"Ya. Kebanyakan budak yang lari dari kita"Jawab Harriet tenang.
Lelaki itu diam memandang bahan eksperimen.
"Ada juga tentera yang cuba tolong mereka lari."
"Bawa mereka semua pergi."Kata lelaki itu tanpa mendengar Harriet.
"Tentera tu?"
"Bawa sekali, Kita akan uji mereka sekali"Kata lelaki tersebut lagi.
"Baik..."Harriet mengangguk laju sebelum
berpaling memandang anak buahnya."Okay dengar kan? Cepat! bawa mereka naik"
Lelaki mengerunkan itu terpandang wajah Aileen. Langkahnya terhenti. Dia memberi isyarat kepada tentera Guven untuk mengheret Aileen mendekatinya.
Aileen ditarik kasar oleh tentera Guven sebelum ditolak sehingga jatuh melutut dihadapan lelaki dingin.
Pak!
Aileen mengetap gigi menahan amarah. Kedua tangannya digenggam.
"Aileen..."Kedengaran suara garau itu memanggil Aileen.
Aileen tidak berpaling sebaliknya hanya memandang ke arah tanah.
"Kau tak sepatutnya rancang untuk lari dari aku, Aileen. Keadaan kau akan lagi teruk selepas masuk kembali dalam tempat kau"Ujar lelaki itu sambil menolak kepala Aileen dengan kasar.
"Itu tempat kau, bukan tempat aku"Balas Aileen dingin. Matanya berpaling menatap wajah lelaki itu.
Lelaki dingin itu tersenyum sinis. Dia memandang Clara yang mendekati lelaki itu.
"I'm glad you're safe."Lelaki itu mengengam tangan Clara sebelum memeluk wanita itu.
Atikah dan yang lain terkedu melihat.
Clara hanya diam membalas pelukan tersebut.
"What the hell"Ujar rakan Aileen sambil matanya memandang tajam ke arah Clara. Rico namanya.
"Clara?"Panggil Atikah perlahan.
"Wait, What's going on?"Soal lagi rakan yang lain. Newt namanya.
"She's with them"Ujar Aileen dingin. Mereka terkedu. Masing-masing kelihatan menaham amarah.
Clara menunduk wajahnya.
"Since when?"Soal Atikah kecewa.
"Sejak dia bersama kau semua"Sampuk Harriet memeluk leher Atikah. Atikah menepis kasar.
"Auch"Kata Harriet seolah-olah mengejek.
Masing-masing terkedu sambil memandang Clara.
Clara terdiam. Air matanya bertakung.
YOU ARE READING
TUAN AYDEN
Fantasy[SLOW UPDATE] -Tuan Ayden- THE MEVRE SECOND SERIES. (2) Kali ini, Ayden adalah hero dalam sebuah cerita ini. Selepas sahaja peristiwa peperangan itu, Muncul pula satu organisasi yang dikenali sebagai Guven. Organisasi ini dikatakan boleh menyelama...