Qaisara berjalan dengan senyuman manis apabila melihat wajah Atikah yang masih menunggunya di ruangan kantin.
Perempuan itu kelihatan menunduk dan memikirkan sesuatu.
Nur Atikah merupakan kawan Aileen Khalisa. Menurut Atikah, ramai juga anggota mereka yang bersembunyi di kawasan tersebut.
Mereka terpaksa berlakon untuk tidak mengenali sesama rakan-rakan atas faktor tertentu.
Semuanya atas cadangan Aileen yang takut akan Guven.
Cip yang berada pada Aileen boleh mengesahkan sesiapa sahaja ahli Guven yang berada berhampirannya.
Disebabkan itu, Aileen terpaksa merancangkan perbuatan kejam itu.
"Atikah.."Panggil Qaisara dengan teruja. Atikah berpaling kemudian dia terkedu.
Matanya tepat memandang perempuan disebelah Qaisara.
"Aileen..."Kata Atikah perlahan. Wajah Aileen kelihatan sangat dingin.
Qaisara dan Aileen berjalan mendekati Atikah.
Terus Atikah bangun dari tempat duduknya tetapi disekat oleh Aileen
"Duduk."Kata Aileen sepatah. Matanya tidak melihat wajah Atikah. Dia juga duduk di hadapan Atikah.
Atikah teragak-agak duduk sebelum berdeham kecil. Agak kekok.
"Awak dah sihat, ikah?"Soal Qaisara tenang. Dia juga duduk berhadapan dengan Atikah. Atikah mengangguk kecil. Dia tidak berani ingin mengeluarkan suaranya lagi.
"Kumpulkan semua orang."Ujar Aileen juga tiba-tiba. Tanpa memandang Atikah.
Atikah terkejut.
"A-pa?"Soal Atikah masih terkejut. Sudahlah kehadiran Aileen buatkan dia terkedu, ini pula arahan remaja itu.
Aileen berpaling memandang Atikah yang juga memandangnya.
"Kita selesaikan semuanya dengan cara aku. Aku dah penat berlari"Kata Aileen dingin dengan penuh makna.
"Betul ke?"Soal Atikah yang masih tak percaya.
Aileen hanya mengangguk.
"Baik"Jawab Atikah perlahan. Dia menunduk dengan senyuman nipis. Dadanya seakan sebak.
Dari kecil dia berkenalan dengan Aileen.
Apabila meningkat dewasa, Aileen dianggap bahan yang istimewa sehingga mereka terpaksa berpisah untuk beberapa tahun.
Aileen yang sedar dengan perubahan itu buatkan dia bangun dari tempat duduknya.
"Maaf."Kata Aileen sepatah sebelum berjalan meninggal tempat tersebut.
Atikah bangun memandang tubuh Aileen. Tanpa dia sedar, air matanya mengalir sambil tersenyum nipis.
"Finally, we will be free"
*********
Aileen keluar dari khemah yang telah menjadi bilik rawatan istimewanya.Dia terkedu melihat rakan-rakannya menunggu dirinya di hadapan khemah itu. masing-masing tersenyum.
Kelihatan juga ada pelbagai hidangan yang tersedia di atas meja.
"Selamat kembali, Aileen"Ujar Mereka semua dengan gembira. Aileen tertawa kecil. Dia terharu.
Matanya memandang Qaisara yang sedang memeluk tubuh. Perempuan itu terus mengenyit matanya apabila Aileen memandangnya.
Aileen tersenyum.
YOU ARE READING
TUAN AYDEN
Fantasy[SLOW UPDATE] -Tuan Ayden- THE MEVRE SECOND SERIES. (2) Kali ini, Ayden adalah hero dalam sebuah cerita ini. Selepas sahaja peristiwa peperangan itu, Muncul pula satu organisasi yang dikenali sebagai Guven. Organisasi ini dikatakan boleh menyelama...