"Apa butiran yang kau nak sampaikan?"Soal Mikayla dingin. Dia memegang secawan kopi sambil menghadap pokok-pokok disekeliling mereka.
"Pihak kita masih belum kenal pasti apa punca disebalik bahan letupan ni"Ujar Rita formal. Mikayla berpaling sekilas memandang Rita yang mengambil tempat duduk disebelahnya.
Mikayla hanya mengangguk tenang. Air kopi di tangannya diteguk kecil. Mikayla memejamkan matanya.
"Kau rasa apa?"Soal Rita kepada Mikayla. Dia tahu, Mikayla merasakan sesuatu yang tidak kena dalam kes letupan tersebut.
Mikayla hanya diam. Matanya terbuka sebelum kelihatan agak tajam memandang suasana malam itu.
"Aku rasa musuh memerhati kita..."Kata Mikayla jujur.
Rita pula yang terdiam.
"Pecahkan pasukan kita kepada dua, bergilir-gilir untuk mereka berjaga. Kita tak tahu bila musuh akan tiba"
"Baik captain!"Kata Rita serius sebelum berjalan pergi daripada Mikayla. Dia perlu bergegas untuk menyelesaikan tugasan tersebut.
Mikayla hanya menghembuskan nafasnya sebelum kembali menyandar pada pokok yang berdekatan.
Matanya terpenjam melepaskan lelah. Dirinya perlukan tenaga untuk meneruskan tugasnya. 5minit pun jadi lah.
Bizz
"Ada remaja perempuan memberontak di unit medical, tolong kami!"
Suara kecemasan melalui walkie talkie Mikayla kedengaran.
Mata Mikayla terus terbuka apabila mendengar aduan tersebut.
********
"Hantar pasukan saya"Ujar Iman dingin kepada Qarizh. Qarizh yang baru sahaja turun dari tangga itu hanya diam memandang isterinya."Mana Qaiser?"Soal Qarizh tenang tanpa membalas topik sebenar Iman. Seperti yang dia agak, pasti Iman mengetahui masalah ini daripada Fenry.
Iman merupakan orang kuat di dalam Fenry. Jadi apa yang terjadi, dia pasti akan tahu.
"Iman, kenapa ni?"Soal Qaisara baru sahaja keluar dari kawasan dapur. Dahinya berkerut apabila melihat wajah Iman yang dingin itu. Apa yang abang dia dah buat?
Iman berpaling. Nafas lemah dilepas.
"Mikayla hantar code red dekat Mevre"Iman memberitahu tanpa teragak-agak buatkan Qaisara terkedu.
"Abang tanya, mana Qaiser?"Soal Qarizh berubah dingin. Matanya tajam menikam mata isterinya.
"Aunty Rose jaga"Iman tetap menjawab persoalan suaminya.
"Code red..."Sebut Qaisara perlahan.
Iman hanya memandang sekilas wajah Qaisara sebelum matanya berpaling kembali memandang Qarizh. Qarizh juga tidak berpaling, dia hanya merenung wajah Iman.
"Bondaa.. Alish lapar."Sampuk Qalish tiba-tiba buatkan Qaisara terkejut. Dia berpaling memandang anaknya yang sudah menarik seluarnya.
"Go to your ayah, Sayang. Bonda ada benda nak buat kejap but first Alish pergi dekat Walid ya? Dia tunggu awak dekat dapur tu"Ujar Qaisara memujuk anaknya.
Wajah Iman pula terus berubah apabila mendengar suara kanak-kanak itu. Dia berpaling memandang Qalish.
"Baik Bonda, Jangan lambat tau.. nanti alish rindu"Ujar Qalish sempat mencuri hati ibunya sebelum berlari mencari ayahnya. Qaisara hanya tersenyum nipis.
YOU ARE READING
TUAN AYDEN
Fantasy[SLOW UPDATE] -Tuan Ayden- THE MEVRE SECOND SERIES. (2) Kali ini, Ayden adalah hero dalam sebuah cerita ini. Selepas sahaja peristiwa peperangan itu, Muncul pula satu organisasi yang dikenali sebagai Guven. Organisasi ini dikatakan boleh menyelama...