"Berapa orang yang terkorban dalam bangunan runtuh tu?"Soal Iman kepada Mikayla.
"Hampir 200 orang juga"Jawab Mikayla sambil menghulur file.
"Unit perubatan sampai tak cukup tangan, aku sukarela pergi tolong"Kata Mikayla tenang sambil memandang Iman. Iman mengangguk faham.
"Anyongg!!"Kata Qaisara yang baru masuk dalam khemah pejabatnya. Di belakangnya kelihatan Ayden yang sibuk mengikut Qaisara.
"Tempat aku bukan untuk makan nasi"Kata Mikayla sebaik melihat makanan di tangan Qaisara.
"Tempat duduk dekat luar takde laa"Kata Qaisara sambil duduk. Dia membuka makanannya.
"Nah, Air"Ayden memberi air mineral kepada Qaisara.
"Thank you, Ayden"Ujar Qaisara dengan senyum. Dia melahap ayam goreng.
"Kau tak makan juga ke?"Soal Mikayla kepada Ayden. Ayden berpaling memandang Mikayla.
"Kejap lagi"Jawab Ayden tenang.
"Kat sini pun makcik ayun ni"Kata Qarizh selamba apabila menyelak pintu khemah Qaisara. Hanya dia seorangz
Qaisara menjuling matanya ke atas.
"Sibuk je pakcik ni"Kata Qaisara menyampah. Iman tertawa kecil.
Qarizh mendekati Iman sebelum memeluk Iman dari sisi. Matanya masih memandang Qaisara yang sedang makan.
"Jangan gelojoh lah, dik"Tegur Qarizh lembut tetapi menyakitkan hati.
"Habis mulia dah aku makan n-..uhuk-..."
Mikayla pantas membuka air mineral sebelum memberi kepada Qaisara yang sudah tersedak.
"Aku dah larang tadi"Kata Qarizh selamba. Dia melihat adiknya meneguk air.
"Bising lah"Ujar Qaisara menjeling. Qarizh hanya mengeleng.
"Oh Mikayla, Imran bagitahu aku yang kau tubuhkan pasukan untuk pencarian bom di kawasan ni, It's that true?"Tanya Qarizh memandang Mikayla. Mikayla mengangguk kecil
"Ya"
"Kenapa?"
"Pihak kami dapat kesan ada bom yang belum active dekat kawasan ni, sejenis bom yang dikawal oleh jauh. Bila-bila masa sahaja bom tu boleh diaktifkan"
Mereka semua terkejut dengan pernyataan Mikayla.
"Jadi, aku tubuhkan pasukan untuk cari bom tu sebelum bom tu diaktifkan."Sambung Mikayla memandang Qarizh.
"Berapa lama dah kau kesan benda ni?"
"Hampir 5 hari dan pencarian tu masih lagi gagal. Alat bom tu terlalu canggih, kami tak dapat guna alat pengesan untuk jejak dimana bom tu ada"Kata Mikayla dengan terang. Masing-masing mengangguk faham.
"Kau rasa apa?"Soal Mikayla secara tiba-tiba kepada Qaisara.
"Weird"
Qarizh dan yang lain mengerutkan dahinya manakala Mikayla hanya mengangguk kepala, dia juga rasa perkara yang sama.
"Kenapa, Sara?"
Qaisara berdiam untuk beberapa saat.
"Selama Mikayla ada dekat sini, tiada satu musuh pun yang muncul. Misi penyelamat makin hari makin sukar atas sebab ramai yang terperangkap dalam bangunan runtuh tu. Kita tak boleh serbu kalau tidak, ramai yang mati"
"Okay, then?"
"Dia seolah-olah melambatkan misi kita untuk terus stay dekat kawasan ni"Qaisara berkata dengan logik.
YOU ARE READING
TUAN AYDEN
Fantasy[SLOW UPDATE] -Tuan Ayden- THE MEVRE SECOND SERIES. (2) Kali ini, Ayden adalah hero dalam sebuah cerita ini. Selepas sahaja peristiwa peperangan itu, Muncul pula satu organisasi yang dikenali sebagai Guven. Organisasi ini dikatakan boleh menyelama...