01 : Antara Rasa Cemburu dan Marah.

296 14 108
                                    

"Selamat datang teruntuk keluarga Na ke 2012 SBS Drama Award!"

Pengacara majlis anugerah berprestij yang digelar di sebuah tempat mewah nan besar itu berucap dengan lantang apabila satu-persatu ahli Keluarga Na berjalan di atas red carpet menuju ke sebuah pentas besar. Tepukan gemuruh pada hadirin dan beberapa flash dan bunyi kamera menghiasi suasana malam hari tersebut. Anggota Keluarga Na yang terdiri daripada satu pasangan suami isteri serta dua adik-beradik lelaki melambaikan tangan kepada semua peminat mahupun wartawan dan para tetamu terhormat dengan senyum yang tak pernah betah terukir pada wajah-wajah tampan dan cantik itu.

"Selamat datang, Keluarga Na. Bolehkah saya menemu ramah kalian semua?" Salah seorang penemu bual menghampiri keluarga terhormat tersebut. Satu mikrofon dihulur pada ketua Keluarga Na, Nakamoto Yuta untuk berucap sepatah dua kata. "Iya, boleh sahaja. Terima kasih buat para peminat kerana sudi meredah hari yang sejuk ini semata-mata untuk bertemu dengan kami."

Suara keriuhan mula terdengar lagi. Ramai peminat bersorak kencang memanggil satu persatu nama ahli Keluarga Na. Kedua adik beradik Na melambaikan tangan dengan senyum merekah. Sang ayah berucap dahulu sebelum si ibu pula yang menyambung dengan senyum manisnya. Kini tibalah giliran si sulung Na, Nakamoto Renjun pula untuk ditemu bual.

"Saya dengar Renjun-ssi akan memberi satu persembahan bersama ibu anda, Jieun-ssi, benar?"

"Benar. Saya akan bernyanyi bersama ibu untuk acara penutupan majlis berprestij ini," jawab Renjun dengan senyum yang terukir dibibir, "Semua persiapan dan rehearsal sudah pun dibuat. Saya berharap para peminat akan teruja menyaksikan persembahan ini dengan lagu yang tidak pernah dirilis di mana-mana platform muzik lagi."

"Wah! Kedengaran menarik sekali. Saya pasti para peminat tidak sabar untuk mendengarkan persembahan nyanyian daripada dua artis kebanggaan kita!"

"Please looking forward to it!" Jieun pula berbicara dengan senyumnya. Untuk seketika, flash kamera dan sorakan peminat menjadi penuh di dalam arena besar tersebut.

"Shotaro-ssi pula akan berkolaborasi dengan artis terbaru yang sedang naik nama sejak dua menjak ini, bukan?"

Tumpuan beralih pada si bongsu Na, Nakamoto Shotaro. Si bongsu memaparkan ibu jarinya dengan senyum yang persis seperti Jieun, ibunya. "Saya akan berkolaborasi dengan Yoshi daripada Treasure! Ini adalah peluang keemasan saya untuk mengembangkan bakat saya di dunia seni hiburan."

"Saya pasti peminat tidak sabar melihat persembahan yang akan dipersembahkan khas untuk hari ini! Sekali lagi, beri tepukan pada seluruh ahli Keluarga Na kesayangan kita!"

"Saya pasti peminat tidak sabar melihat persembahan yang akan dipersembahkan khas untuk hari ini! Sekali lagi, beri tepukan pada seluruh ahli Keluarga Na kesayangan kita!"

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"Wah..."

Seorang pemuda lelaki memandang kagum pada setiap ahli Keluarga Na yang terpapar di kaca televisyen. Sedari tadi, mulutnya tak habis-habis berdecak kagum melihat Keluarga Na. Anak mata masih terpaku pada layar televisyen.

[C] Swapping Our Family.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang