23 Ogos 2016. 3 tahun kemudian.
"Bagi balik telefon aku, Haechan!"
"Tak nak!"
"Seo Haechan!"
"Aaaaaa Jaemin! Tolong aku!"
"Janganlah libatkan aku!"
"Kau berdua ni kan, memang tak reti duduk diam ya?" sahut Renjun pula saat jeritan Haechan dan derapan kaki kencang Jeno memenuhi ruangan yang mereka sedang duduki. Renjun yang sedang duduk tenang di atas salah satu kerusi yang tersedia memang terganggu dengan pergaduhan kecil yang berlaku berhampiran dengannya.
"Haechan!"
"Ya! Ya! Aku bagi balik!" Pasrah Haechan saat Jaemin sudah menahan kedua pergelangan tangannya untuk menghalangnya daripada berlari menjauhi Jeno. "Tapi-"
Puk!
"Ahhhh! Sakitlah, Jeno Jung!" protes Haechan laju apabila Jeno memukul kuat bahunya. Anak bongsu Seo Johnny itu merintih sakit manakala Jeno tertawa bebas saat dia dapat menggenggam kembali telefon pintar kesayangan. "Deserve!"
Jaemin segera melepaskan pergelangan tangan Haechan lalu melenggang pergi. Dia juga menggeleng kepala, "Aku tak terlibat, aku juga yang kena."
"Abang Haechan! Uncle Sicheng panggil!" sahut pula seorang lagi anggota band 7Dream, Zhong Chenle. Remaja itu menyembul kepala dibalik pintu bilik yang menempatkan pakaian mereka, "Uncle Johnny suruh bawa barang yang dia minta tadi juga. Jangan lambat!"
"Baik!" Haechan memberi ibu jari pada Chenle. Namun sebelum kaki melangkah, Haechan sempat memberi pandangan maut pada Jeno, "Aku akan adukan pada ayah aku tentang ini!"
Jeno memasan mimik mengejek, "Bluek! Tak takut pun!"
"Ayah aku CEO tau! Bila-bila masa boleh saman kau-"
"Eh ayah aku pun sama juga!"
"Diam!" Suara Renjun yang tiba-tiba membentak keduanya membuatkan 'Tom and Jerry' 7Dream itu terdiam terus. Tahulah mereka apabila Renjun sudah marah, itu bermakna Renjun serius. Jaemin tertawa di sudut ruangan. Akhirnya ruangan yang berisik tadi kembali hening.
'Tau takut,' bisik Jaemin dalam hati.
"Cepatlah, Abang Haechan!" rengek Chenle apabila Haechan masih lagi berdiam diri di tempatnya.
"Sabarlah!"
"Isy!" Chenle kemudiannya berlalu pergi. Malas pula menunggu Haechan yang masih sibuk bertukar pandangan dengan Jeno. Setidaknya, permintaan ayah kepada si kembar telah pun ditunaikan.
"Mana eh barang yang aku letak tadi?" Haechan menggaru kepala. Kemanakah kotak yang dititipkan kepadanya beberapa jam yang lalu? Janganlah pula kotak itu hilang secara tiba-tiba. Boleh mati kena penggal kalau ayah-ayah Renjun dan Jaemin tahu!
"Cari apa, Chan?" tanya Jaemin apabila melihat susuk tubuh Haechan yang berjalan tanpa hala tuju. Sekejap adik kepada Hendery itu memunggah longgokan pakaian mereka di suatu sudut dan sekejap lagi sibuk pula membuka laci meja seperti mencari sesuatu yang hilang.
"Aduh..." Haechan menggaru kepala bingung. Peluh mula merenik. Mampus! "Err... Ada nampak tak kotak kecil warna putih? Barang aku tu hilang la pula..."
"Kau letak kat mana kali terakhir?"
"Kalau aku ingat, tak ada la aku tanya kau."
"Dah la. Malas aku nak tolong." Jaemin mengguling bebola mata menyampah. Respon pendek Haechan teramatlah menyakitkan hati.
KAMU SEDANG MEMBACA
[C] Swapping Our Family.
Fanfic[ ft. Renjun Huang, Jaemin Na.] #𝐒𝐌_𝐂𝐋𝐎𝐍𝐈𝐍𝐆_𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐂𝐓. "We live in cities you'll never see on-screen." Nakamoto Renjun, atau lebih mudah dikenali sebagai Na Renjun. Si sulung daripada Keluarga Na itu begitu iri dengan kehidupan Jaemin...