"Nah." Dua buah plastik dihulurkan pada Yiyeon yang menunggu di pagar rumah. "Kamu pesan seekor ayam, beberapa jenis sayur dan sepapan telur, kan?"
"Ya, kak." Senyum Yiyeon sambil menghulurkan selembar wang. Wang tersebut bertukar tangan dengan dua buah plastik yang berisikan barang basah dan kering pesanan Yiyeon melalui aplikasi KakaoTalk. "Terima kasih banyak-banyak, kak. Maaf selalu menyusahkan..."
"Haish, dah berapa kali akak kata yang kalau kamu nak bantuan, mesej aje akak." Wanita yang lebih tua daripada Yiyeon itu menggeleng kecil, "Tak susahkan sesiapa pun. Bahkan akak sudi tolong kamu."
"Okeylah, akak balik dulu." Yiyeon menghantar kepulangan wanita itu dengan lambaian kecil sebelum memasuki rumah semula. Kesemua barangan yang telah dibeli, diletakkan ke atas dapur. Sebelum berangkat kerja, Sicheng sudah selesai membuat sarapan. Kini, Yiyeon pula bertugas untuk membuatkan makanan tengahari untuk Sicheng yang akan pulang tengahari nanti.
Yiyeon memutuskan untuk menyediakan makanan tengahari pada pukul sepuluh nanti. Jam baru menunjukkan waktu lapan pagi. Ini masih terlalu awal untuk memasak. Yiyeon membawa diri menuju ke ruang tamu. Masa yang ada ini, Yiyeon ingin menghabiskannya dengan menonton drama yang ditayangkan pada kaca televisyen.
Lama Yiyeon mencari drama kesukaannya yang terpaksa ditunda untuk menonton kerana Sicheng yang selalu berada di rumah. Suaminya memang tidak menyukai drama, filem, lagu bahkan rancangan aneka ragam milik Keluarga Na. Sicheng melarang keras pada Yiyeon, Dejun mahupun Jaemin untuk menonton segalanya yang mempunyai kaitan dengan keluarga Na. Oleh sebab itu, Jaemin lebih gemar menghabiskan masanya untuk menonton di kedai kimbap di area pekan manakala Yiyeon memilih untuk menonton pada waktu senggang saat Sicheng tiada di rumah.
Yiyeon serius menonton salah satu drama popular Sutradara Na Yuta iaitu 'Kepada Yang Pertama'. Dia bahkan tidak sedar bahawa Sicheng yang pulang dengan wajah berang. Entah atas sebab apa, sorot mata itu terlihat tajam dan menyimpan amarah. Rasa amarah itu mula memuncak apabila melihat isterinya sedang menonton drama milik seseorang yang paling dibencinya seumur hidup.
"Saya dah pesan kan, jangan sesekali menonton drama atau filem milik keluarga itu."
Suara dingin dan mendatar itu mengagetkan Yiyeon dalam dunianya. Si isteri menggigit bibir tanpa berganjak sedikitpun. Jikalau Sicheng dalam amarahnya, janganlah sesekali menatap sepasang anak mata tersebut kalau tidak mahu kecut perut.
"Saya tak suka. Kenapa susah nak faham?" Lelaki itu kembali berujar. Rasa marah mula membuak-buak keluar. Sorot matanya tajam sekali melihat isterinya yang masih kekal dalam posisi sama. "Kalau saya cakap, pandang wajah saya, Yiyeon."
Mahu tak mahu, Yiyeon memusingkan tubuh setelah menutup siaran televisyen. "Maafkan saya, bang."
"Seronok ya kalau saya tak ada di rumah, awak ataupun anak-anak dengan senang hati menyokong keluarga yang paling saya benci seumur hidup saya. Suka ya?"
"Abang, Yiyeon minta maaf. Jujur, Yiyeon hanya teringin untuk tonton sahaja, bukan berniat untuk menabur garam pada luka abang." Yiyeon tidak mahu masalah ini berlarutan dan berakhir mereka yang akan bermasam muka buat beberapa hari kedepan. Yiyeon sudah serik akan Sicheng yang mendiamkan dirinya hampir seminggu kerana masalah yang sama. Berkat usaha Jaemin yang memujuk ayahnya untuk memaafkan ibunya, hati Sicheng luluh jua walaupun marah itu masih bertapak dalam hati.
"Maaf dan maaf. Berapa kali lagi awak nak ulang benda yang sama? Saya dah muak, Yiyeon. Muak," bidas Sicheng. Dia hampir meledak amarah namun ditahan agar tidak hambur pada saat itu juga. "Berbuih mulut saya pesan pada awak dan anak-anak. Saya tak suka kalian sokong keluarga tak guna itu! Mereka rosakkan keluarga kita, awak tak ingat ke?!"
KAMU SEDANG MEMBACA
[C] Swapping Our Family.
Fanfiction[ ft. Renjun Huang, Jaemin Na.] #𝐒𝐌_𝐂𝐋𝐎𝐍𝐈𝐍𝐆_𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐂𝐓. "We live in cities you'll never see on-screen." Nakamoto Renjun, atau lebih mudah dikenali sebagai Na Renjun. Si sulung daripada Keluarga Na itu begitu iri dengan kehidupan Jaemin...