Present to you,
Swapping Our Family.....
Ayah Yuta & Adik Shotaro.
Ayah dan adik kesayangan Nakamoto Renjun. Dari kecil, ayah sering memberi perhatian kepadanya dan sang adik walaupun sibuk dengan pekerjaannya sebagai sutradara. Walaupun begitu, didikan Ayah Yuta adalah tegas dan berdisplin. Tak jarang Renjun dan Shotaro sering diomeli kerana tingkah laku mereka.....
Baba Sicheng & Abang Dejun.
Baba ialah insan yang paling Hwang Jaemin sayang selain ibunya. Baba hanya bekerja sebagai karyawan biasa. Tidak lebih, hanya itu namun Jaemin tetap bersyukur dengan apa yang mereka ada. Abang Dejun sering menjadi partner bergaduh Jaemin, tetapi sejak abang menyambung kuliahnya di universiti berdekatan, Jaemin sering keseorangan di rumahnya.....
Hwang Jaemin & Nakamoto Renjun.
Si kembar lain ibu, lain ayah. Banyak perkara yang mereka kongsi bersama, misalnya tarikh lahir iaitu 23 Ogos, tempat lahir bahkan masa lahir yang sama. Mereka bagaikan anak kembar yang begitu mirip, bahkan kadang kala rakan-rakan mereka sukar untuk membezakan antara Jaemin dan Renjun. Makanan kesukaan dan hobi yang jarang bertolak belakang juga menjadikan mereka terkenal sebagai 'kembar tapi tak sama' di sekolah.Ada satu angan-angan yang tersimpan dalam benak dada. Keinginan itu pasti akan sangat menyenangkan jikalau dapat ditunaikan. Namun Jaemin mahupun Renjun tahu, harapan setinggi gunung tersebut sepertinya takkan terkabul, mustahil untuk menjadi nyata.
Lantas, masih adakah jalan lain untuk merasai keinginan sederhana ini?
Ditulis dalam
Bahasa Melayu.Ditulis pada
23 Ogos 2022.Hak Cipta
©YEJ1LUV, 2022.Selamat membaca!
KAMU SEDANG MEMBACA
[C] Swapping Our Family.
Fanfiction[ ft. Renjun Huang, Jaemin Na.] #𝐒𝐌_𝐂𝐋𝐎𝐍𝐈𝐍𝐆_𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐂𝐓. "We live in cities you'll never see on-screen." Nakamoto Renjun, atau lebih mudah dikenali sebagai Na Renjun. Si sulung daripada Keluarga Na itu begitu iri dengan kehidupan Jaemin...