07 : Kita Yang Berbeza Tetapi Sama.

72 10 261
                                    

JAEMIN merenung jam di dinding buat seketika. Pada waktu ini, mata pelajaran Geografi sedang bermula selama satu jam. Ini bermakna selepas sahaja subjek Geografi, pasti waktu rehat akan tiba.

"Suhu tubuh Renjun dah membaik. Cuma masih selsema, kan?" Suara Wendy memecah keheningan dalam ruang kesihatan itu. Wanita cantik tersebut sedang memeriksa Renjun sebelum dapat melepaskannya pada waktu rehat nanti. Renjun perlu dipastikan sihat sepenuhnya sebelum Wendy membenarkan dia mengikuti pelajaran yang seterusnya, begitu juga dengan Jaemin.

"Haah, kak. Hanya selsema." Renjun mengiakan ucapan Wendy. Selsema ini benar-benar menganggu saluran pernafasannya menyebabkannya sukar bernafas dengan benar. Renjun rimas. "Renjun dah tak sakit dada. Pening pun tiada."

"Akak beri ubat selesema aje kalau begitu. Boleh?"

"Boleh."

Selesai menulis sesuatu di dalam buku notanya, Wendy menghampiri Jaemin pula. Seperti Renjun, Jaemin diperiksa dengan teliti. "Ada apa-apa keluhan?"

"Tak, tak ada." Jaemin tersenyum manis. Syukur demamnya tidak teruk. Berbeza dengan Renjun, Jaemin sudah sembuh.

"Renjun tiada demam, tetapi ada selsema. Kalau Jaemin, sudah sihat seperti sediakala." Wendy mencatat segala maklumat yang dia dapat. Setelah selesai, Wendy terus menutup bukunya. "Masa rehat nanti, kalian boleh turun. Akak benarkan."

"Terima kasih, kak sebab sudi rawat kami," ujar Renjun sambil mengukir senyuman. Jaemin turut berbuat demikian, "Terima kasih banyak-banyak, Kak Wendy."

"My pleasure. Sihat-sihat selalu, adik-adik kakak." Wendy mengusap kepala si kembar bergantian sebelum meminta diri ke ruangannya semula.

Serentak dengan itu, Hyunjin dan Yeji datang memasuki ruangan kesihatan sekolah dengan wajah berseri-seri dan suara yang kuat, "Renjun! Jaemin!"

"Hyunjin, Yeji..." Mendengarkan suara Kak Wendy yang seperti memberi amaran pada si kembar Park agar tidak berbuat bising, Hyunjin menekup mulut manakala Yeji memukul bahu abangnya geram. Walaupun sudah mendapat banyak amaran daripada Wendy, Hyujin tetaplah begitu dengan sikap selambanya. "Kak Wendy kan tak suka bising!"

"Ya, aku tahu. Kan tadi tak sengaja." Hyunjin membela diri. Terus dia bergerak ke sisi Renjun agar dapat mengelakkan diri daripada pukulan berbisa milik Yeji.

Renjun menggeleng melihat itu. Jaemin pula mengajak Yeji untuk duduk di sebelahnya, "Aik, kau berdua dari mana ni?"

"Sebenarnya kami dari kelas. Cikgu Hwasa tak datang," beritahu Hyunjin. "Jadi bebas aje ke mana-mana!"

"Melencong ke sini pula kau," tambah Renjun sinis. "Ingatkan tengah ulang kaji ke..."

"Aku sebenarnya tengah belajar, tapi Hyunjin main tarik aje aku untuk ikut dia!" Yeji masih tak berpuas hati akan sikap abang kembarnya yang setiap hari semakin menyebalkan. Sungguh dapat menggelegakkan darah muda Yeji.

"Kalau still belajar tapi dapat markah rendah, buat apa belajar, kan?"

"Sesat," cibir Renjun perlahan. Jaemin dan Yeji menggeleng kepala melihat sikap Hyunjin yang selamba. Walaupun begitu, Hyunjin merupakan pelajar top 3 di sekolah rendahnya dulu. Kepandaian Hyunjin memang tak dapat diragukan lagi!

"Kau berdua macam mana? Dah sihat?" Yeji menukar topik baharu. Malas hendak melayan Hyunjin dan tingkah anehnya.

"Aku dah okey daripada demam. Cuma masih selsema. Jaemin dah sembuh," maklum Renjun.

"Kalau begitu, jom kita ke kantin, nak?" Yeji mengutarakan isi hatinya. "Daripada duduk di sini tak buat apa-apa, sekurang-kurangnya kita ada dua jam untuk rehat!"

[C] Swapping Our Family.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang