04 : Antara Kau, Aku, Kita.

75 8 194
                                    

SEJUJURNYA subjek matematik bukanlah subjek yang terlalu sukar jika kita betul-betul minat dan memahami tentang konsep matematik. Diberi beratus-ratus soalan sekalipun, jikalau kita memahami konsep sebuah topik dalam matematik, sudah semestinya kita boleh jawab dengan mudah. Bagi Renjun, subjek matematik itu mudah tapi mungkin kerana dia lebih cenderung membaca ketimbang mengira, matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang tidak disukainya.

Seperti sekarang ini, Renjun sedang berada di kelas matematik. Anak itu sesekali melirik apa yang ditulis guru di papan tulis, lalu kembali melihat buku soalan yang memaparkan puluhan soalan dengan topik yang sama.

"Tak fahamlah..." Kepala digaru. Contoh sudah dilihat, latihan yang mudah juga sudah dibuat namun kenapa Renjun masih tersekat di soalan yang sama? "Matematik memang menyusahkan."

Renjun pening. Dia ingin sahaja kelas matematik berakhir dengan kadar segera dan dia boleh merehatkan diri daripada semua nombor, huruf x serta huruf y. Pusing sekali.

"Mana yang susah? Mari aku bantu..." Jaemin berinsiatif untuk menolong sahabatnya. Jikalau Renjun kurang gemar dengan subjek mengira ini, Jaemin justeru dibuat senang. Jaemin suka mengira. Ianya tidak terlalu susah berbanding dengan subjek membaca yang memerlukan daya ingatan yang tinggi. Jaemin adalah orang yang paling malas kalau perlu menghafal. Terlebih lagi tentang sejarah. Oh tolonglah, banyak sekali ayat penyata yang perlu diingat akal fikiran. Boleh tepu otak Jaemin melihat kesemua itu!

"Ini..." Renjun menunjuk satu soalan yang masih dia tersekat. Jaemin melihat sejenak jawapan yang ditulis Renjun. Dalam kurun waktu kurang daripada lima saat, Jaemin menemukan kesalahan dalam jawapan tersebut. "Soalan ada bagi dua persamaan linear, kan? x+y = 6 dan 2x+y = 8."

"Iya..."

"Kena lukis graf dahulu sebab soalan suruh guna dalam kaedah graf." Jaemin menunjukkan graf yang dilukisnya sebentar tadi pada Renjun. "Seperti ini. Daripada graf yang dilukis, titik persilangan ialah (2,4)."

"Ahhh... Jadi jawapannya akan jadi x=2 dan y=4, kan?"

"Yes! Betul la tu..."

"Aish! Payah betul!" Renjun memadam jawapan salahnya dan kembali menulis jawapan yang betul. Hampir-hampir sahaja kertas tersebut koyak kalau Renjun memadamnya dengan sekuat tenaga.

"Kalau nak mahir matematik, kita kena faham konsep sesuatu topik. Keluarlah seribu soalan sekalipun, pasti kita akan dapat jawab. Tapi syaratnya kena buat latihan yang banyak sebab matematik ada banyak bentuk soalan."

Renjun mendengus kasar. Dia juga sering membuat latihan matematik, namun dia tidak pernah medapat skor 100%. Markah yang paling tinggi Renjun pernah raih untuk subjek matematik adalah 85%. Itu juga tidak dapat memuaskan hatinya kerana markah subjek lain jauh lebih tinggi berbanding matematik.

"Sains lagi best."

Jaemin dengan cepat menafikan pernyataan yang keluar dari bibir Renjun. "Sains lagi susah! Banyak teori dan fakta yang kena ingat. Tepu otak aku dibuatnya."

Renjun menaikkan alis kening. "Susah? Membaca lagi seronok daripada mengira, bro."

"Disagree." Jaemin membantah. "Fakta-fakta sains terlalu banyak kena ingat. Sama seperti subjek sejarah. Lebih baik aku tidur daripada kena baca dan ingat semua maklumat tu."

"Sains ni memang kena faham fakta dan konsep. Bagaimana ini boleh jadi, itu boleh jadi. Dan kalau dah faham tentang sesuatu perkara, pasti mudah untuk jawab soalan yang berasaskan teori atau kemahiran berfikir aras tinggi."

"Dua-dua susah," celetuk rakan sekelas mereka, Park Yeji yang duduk di hadapan Renjun dan Jaemin. Si kembarnya Yeji, Park Hyunjin juga mengangguk setuju. "Betul. Dua-dua susah. Dah, jangan gaduh-gaduh mana subjek yang susah atau senang. Semua subjek ada pros and cons."

[C] Swapping Our Family.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang