Korea Selatan.
16 Ogos 2000.
D-7."Mujurlah Jieun tak apa-apa, Yuta. Cuma dia mengalami pendarahan sahaja dan sekarang perlu dipantau secara berkala berikutan keadaan tubuhnya yang masih lemah..."
"Anak kami... Bagaimana dengan keadaan bayi kami, ibu?"
Ibu Jieun menghela nafas berat, "Baby dalam keadaan baik. Dia selamat."
"Macam mana perkara itu boleh terjadi, ibu? Saya dah pesan pada semua pengawal yang ada untuk memastikan Jieun selamat!" Yuta menggeram frustrasi. Nyawa isteri dan bayi pertama mereka hampir-hampir sahaja direnggut kerana kesilapan manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab!
"Tenang, Yuta. Tenang." Ibu Jieun cuba menenangkan menantunya yang diapit kegelisahan. "Ibu tak pasti akan keadaan itu, nak. Pembantu peribadi Jieun tidak menjelaskan secara terperinci. Kamu boleh tanya dia apabila kamu tiba di sini nanti."
"Saya akan ke sana!"
"Hati-hati. Jangan terlalu risau akan keadaan isteri dan anak kamu. Ibu tak nak kamu pula yang meregang nyawa sedangkan Jieun dan bayi kalian masih memerlukan kamu di sini," pesan ibu Jieun pada Yuta. Beliau tahu benar akan sikap menantunya yang kalau perihal yang bersangkut-paut dengan keadaan isteri tercinta, pasti bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu.
"Baik, ibu. Tolong tengok-tengokkan Jieun kalau dia ingin sesuatu."
"Tentu."
...
"Sayang nak apa-apa?"
"Hmmm..." Perut yang besar itu diusap-usap lembut. Kandungannya sudah berusia sembilan bulan. Bayi kedua mereka bakal lahir tidak lama lagi. "Saya nak hotteok, bang. Nak dua, boleh?"
Si suami menuntun isterinya untuk duduk di salah satu kerusi yang berada tak jauh daripada gerai yang menjual hotteok. "Boleh. Tunggu di sini, ya? Abang belikan."
"Terima kasih, abang," ucap Yiyeon tulus pada suaminya, Sicheng. Si suami tersenyum manis sebelum berlalu pergi. Kini, tinggal Yiyeon di sana sambil menikmati cuaca petang yang redup ini.
"Tak lama lagi, adik bakal lahir." Yiyeon berujar pada kandungannya. "Mama tak sabar nak jumpa adik. Baba dan abang juga. Pasti Abang Dejun teruja bila jumpa adik. Lahir dengan sihat, ya sayang?"
Sicheng dan Yiyeon perlu menunggu kehadiran bayi terakhir mereka selama lima tahun. Apabila Tuhan memberi kepercayaan lagi untuk pasangan ini menjaga seorang malaikat kecil, Yiyeon amat bersyukur akan perihal itu. Rahimnya pernah bermasalah. Yiyeon pernah mengalami banyak komplikasi yang teruk hingga berdampak pada kesihatan tubuh. Untungnya Tuhan masih memberi dia peluang lagi untuk mengandungkan seorang bayi kecil yang bakal menjadi pelengkap keluarga yang dibangun bersama sang suami, Sicheng.
"Mama sayang adik. Sayang sangat-sangat." Yiyeon dapat merasakan beberapa tendangan daripada sang bayi dalam kandungan. Sepertinya, bayi itu merespon perkataan ibunya dengan senang hati. "Beberapa hari lagi, kita bakal berjumpa. Mama tak berharap banyak, semoga adik sihat selalu."
Suasana penuh haru itu sedetik sahaja bertukar menjadi kejadian yang mengerikan. Sekejap sahaja, si ibu berbadan dua itu terpelanting jauh kerana pelanggaran kuat pada sekujur tubuh tersebut. Sekejap sahaja, dua biji hotteok yang dibawa Sicheng jatuh menyembah bumi apabila melihat kecelakaan yang berlaku di hadapan mata sendiri. "Yiyeon!"
Tubuh isterinya terbaring lemah di atas tanah. Darah mula mengalir dari banyak sisi. Kepala, lengan, perut dan kakinya. Sekujur tubuh itu penuh luka dan sarat akan cecair merah yang tidak berhenti mengalir. Sicheng terus terduduk lemah sebaik sahaja menghampiri Yiyeon yang tidak sedarkan diri. "Yiyeon! Ya Tuhan, sayang!"
KAMU SEDANG MEMBACA
[C] Swapping Our Family.
Fanfiction[ ft. Renjun Huang, Jaemin Na.] #𝐒𝐌_𝐂𝐋𝐎𝐍𝐈𝐍𝐆_𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐂𝐓. "We live in cities you'll never see on-screen." Nakamoto Renjun, atau lebih mudah dikenali sebagai Na Renjun. Si sulung daripada Keluarga Na itu begitu iri dengan kehidupan Jaemin...