PAGI di kediaman Na riuh dengan suara Renjun dan Shotaro yang saling bersahutan. Sang ketua keluarga dibuat pening dengan tingkah laku dua anak-anaknya. "Renjun... Shotaro... Dah ke belum?"
"Sekejap, ayah!"
"Taro tak jumpa kasut!"
Yuta memicit pelipis dahi. Hari baru sahaja bermula tetapi anak-anaknya sudah membuat keributan. Inilah akibatnya apabila tiada ibu di sisi, semuanya menjadi kelam-kabut. Jieun tidak pulang dari dua hari lepas kerana mempunyai pengambaraan drama terbaharunya. Renjun pula akan ke sekolah berasrama penuhnya pada hari ini manakala Shotaro mempunyai kelas menari. Dan Yuta yang merelakan masa kerjanya untuk menghantar anak-anak ke tempat sepatutnya.
"Ayah bagi masa lima minit untuk kamu berdua ready. Kalau lambat, ayah tinggal," tegas Yuta. Kalau diberi masa yang lebih, pasti anak-anaknya akan melambatkan waktu. "Ayah tunggu dalam kereta."
Butuh kurang empat minit untuk kedua-dua beradik Na itu siap sepenuhnya. Renjun sudah selesai memasukkan kesemua barang keperluannya sepanjang berada di asrama ke dalam bonet kereta dengan bantuan seorang pembantu rumah. Shotaro yang sudah siap dengan kasut yang tesarung kemas pada kaki, segera mendudukkan diri dalam kereta. Renjun menyusul beberapa saat kemudian. Lalu setelah itu, Yuta memulakan pemanduannya.
"Ayah tak suka dengan sikap kamu berdua tadi," ujar Yuta apabila heningnya suasana dalam kereta. "Renjun sudah sepatutnya siapkan barang yang nak dibawa ke asrama semalam. Bukan terhegeh-hegeh nak cari barang lagi. Adik pun sama. Ayah dan pesan kalau dah pulang dari kelas, simpan barang di tempatnya semula. Jangan letak merata. Kan dah kelam kabut nak cari."
"Maaf, ayah." Renjun dan Shotaro berucap serentak.
Inilah didikan Keluarga Na. Keluarga yang memang mementingkan disiplin dalam kehidupan seharian. Didikan keluarga ini juga serius dan penuh etika yang mesti dipatuhi. Keluarga terkenal ini memang menjadi panutan publik, oleh sebab itu Yuta memang serius menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Begitu juga dengan Jieun, Renjun dan Shotaro yang tahu akan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam keluarga sempurna ini.
Renjun menyandarkan tubuhnya. Dia membuang pandangan ke luar kereta. Sayup-sayup sahaja lagu yang terpasang melalu corong radio kereta kedengaran kerana Renjun sibuk dengan dunianya. Shotaro juga begitu. Bezanya anak itu sedang mendengarkan lagu melalui AirPods miliknya manakala Yuta masih dengan fokusnya memandu ke destinasi tujuan.
"Ayah takkan hantar Renjun ke sana, ya? Ayah masih ada pekerjaan." Yuta tiba-tiba mengangkat suara. Renjun tentunya dibuat kaget. Dia menyangkakan ayahnya akan menemaninya di Jeonju kelak. Rupanya, hasratnya itu punah dalam satu detik seterusnya mendatangkan rasa pedih dan perit dalam hati Renjun.
Apabila Renjun tidak merespon ucapan ayahnya, Yuta menghela nafas. "Maafkan ayah, Renjun. Tapi Renjun perlu faham tentang kerjaya ayah. Ayah tak boleh biarkan kerja ayah begitu sahaja. Ianya penting."
Renjun lagi-lagi bungkam. Dalam hati, dia bertanya pada diri. Sepenting itukah pekerjaan ayahnya sehinggakan tidak boleh menunaikan permintaan Renjun yang boleh dikatakan sederhana?
"Ayah hantar sampai sini sahaja." Yuta memberhentikan kereta di pinggir jalan. "Kak Simyeong akan temankan kamu ke sana."
Sakitnya di hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Renjun menarik nafas sejenak sebelum menghembuskannya perlahan. Renjun tidak boleh nampak lemah di hadapan ayahnya. Dia tak mahu ayahnya bersimpati. Walaupun Renjun yakin, keputusan ayahnya yang tidak akan menghantarnya ke Jeonju adalah muktamad.
"Mari adik tolong abang angkat barang." Hanya Shotaro sahaja yang peka dengan keadaan Renjun. Dia menolong Renjun mengangkat barang dari bonet kereta Yuta ke bonet kereta Simyeong, pembantu peribadi Renjun dan Shotaro. Setelah selesai, dia lantas memeluk abangnya erat. "Belajar rajin-rajin di sana, abang. Jaga diri."
KAMU SEDANG MEMBACA
[C] Swapping Our Family.
Fanfiction[ ft. Renjun Huang, Jaemin Na.] #𝐒𝐌_𝐂𝐋𝐎𝐍𝐈𝐍𝐆_𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐂𝐓. "We live in cities you'll never see on-screen." Nakamoto Renjun, atau lebih mudah dikenali sebagai Na Renjun. Si sulung daripada Keluarga Na itu begitu iri dengan kehidupan Jaemin...