17 : Kehangatan Sebuah Rumah Singgah.

76 10 122
                                    

BERITA tentang Renjun dan Jaemin hangat diperkatakan di sosial media mahupun bualan rakyat Korea Selatan. Entah bagaimana mereka tahu akan berita mengejutkan itu, ianya berjaya menggemparkan satu negara. Banyak artikel telah mengeluarkan kenyataan tersebut. Wajah mereka turut terpapar di muka hadapan surat khabar. Majoriti rakyat Korea Selatan tidak menyangka berita ini. Ianya amatlah mengejutkan!

Klik! Klik!

"Renjun-ssi! Apa perasaan anda apabila anda bukanlah anak kandung Keluarga Na?"

"Benarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa artikel—"

"Adakah anda merasa terkhianati kerana sahabat baik anda sendiri adalah anak kandung kepada Na Yuta dan Lee Jieun, Renjun-ssi?"

"Bagaimana hubungan anda dengan sahabat anda iaitu Jaemin-ssi?"

Klik! Klik!

"Tolong beri laluan!" Sana yang membawa Renjun ke makhamah segera menghalang tubuh Renjun daripada diserbu semua wartawan yang ada di perkarangan besar ini. Sedaya upaya wanita cantik itu dan beberapa orang pengawal peribadi yang telah diupah menghadang tubuh beberapa orang wartawan dan jurukamera yang sibuk bertanya serta menangkap gambar Renjun.

Renjun hanya berjalan tanpa menghiraukan suasana rusuh di sekelilingnya. Wajah tampannya memaparkan riak datar, sedikitpun dia tidak merespon apabila pihak wartawan bertanya.

Setelah mengharungi keramaian manusia di perkarangan makhamah, Sana membawa Renjun menuju ke salah satu ruangan yang sedikit tertutup. "Renjun okey?" Sana bertanya.

"Yeah, I'm doing great."

"Betul?"

"Yeah."

Sana mengelus ubun-ubun kepala Renjun. Sejak kebenaran sudah diketahui, Renjun terus meminta untuk tinggal bersama Sana. Bukannya dengan Yuta dan Jieun lagi sehinggalah hari ini, dimana perbicaraan tentang Renjun dan Jaemin akan dibicarakan di makhamah. "Ready, Renjun?"

"No, actually..." Renjun sempat melirik pada satu lagi ruangan yang berada tidak jauh dari mereka. Jaemin berada di sana. Tentunya bersama orang tuanya, Sicheng dan Yiyeon. Sahabatnya itu hanya menundukkan kepala memandang lantai. Renjun tidak pernah berbicara lagi dengan Jaemin sejak kejadian di sekolah dan di rumah tempoh hari. Walau mereka dekat, tetapi rasanya tetap jauh.

Renjun juga tidak melihat ibu bapanya di sana. Mungkin mereka masih belum tiba. Yuta dan Jieun setuju sahaja saat Sana mengutarakan permintaan Renjun untuk tinggal dengan Sana buat sementara waktu. Ayah dan ibunya mungkin ingin memberi ruang buat Renjun atas semua yang terjadi dalam sekelip mata.

"Renjun boleh. You can." Sana memberi pelukan singkat pada Renjun. Sana tahu, rasanya berat. Lukanya bertambah. Dan Renjun dipaksa menghadap kesemuanya di saat umurnya yang baru menginjak alam remaja.

"Terima kasih, mak cik."

...

"Hak asuh Na Jaemin akan diberikan kepada Na Yuta dan Lee Jieun semula."

Tok! Tok! Tok!

Palu diketuk sebanyak tiga kali. Hakim kembali menyambung, "Hak asuh Huang Renjun akan diberikan kepada Huang Sicheng dan Zhang Yiyeon semula."

Tok! Tok! Tok!

Dengan itu, hak asuh Jaemin serta Renjun sudah diberi kepada keluarga kandung masing-masing. Jaemin tidak akan memakai marga Huang dibelakang namanya sekarang, melainkan Na. Ya, Na Jaemin.

Begitu juga dengan Renjun. Marganya sudah rasmi ditukar menjadi Huang. Bukan lagi Na.

Huang Renjun, nama aslinya.

[C] Swapping Our Family.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang