13 : Sorotan Lampu Di Pentas Utama.

65 8 188
                                    

BAS yang dinaiki Dejun dan Jaemin akan berhenti di satu kawasan perumahan elit di Gangnam. Jaemin dengan beg galas yang dibawa, tidak berhenti tersenyum memandangkan dia diizinkan ibunya untuk menginap pula di rumah Renjun selama tiga hari. Dejun yang menemani Jaemin, merelakan masa percumanya untuk menghantar adiknya seorang itu ke rumah sahabat adiknya, Renjun.

"Semua dah bawa, kan? Tiada barang yang tercicir, ya?"

Jaemin angguk laju. Dejun yang melihat senyum Jaemin yang betah mengembang, memicit perlahan pipi adiknya, "Jangan buat masalah pula di rumah orang. Jaga diri itu elok-elok."

"Janganlah cubit pipi adik," protes Jaemin seraya memukul tangan abangnya. "Iya, abangku sayang... Nana tahulah!"

"Abang hantar sampai sini sahaja. Lagipula, adik boleh pergi sendiri, kan? Cakap dengan bodyguard tu yang adik nak jumpa Renjun."

Kawasan perumahan Renjun mempunyai pengawasan yang ketat. Banyak pengawal berjaga di kawasan perumahan terutamanya di pintu pagar tempatnya kereta keluar masuk. Seusai sahaja turun dari stesen bas, Jaemin melambai kecil pada Dejun sebelum menghampiri pondok pengawal yang berada di sana, "Erm... Pak cik..."

"Ya, nak? Cari siapa?" Seorang pak cik paruh baya bertanya padanya. Jaemin memberitahu tujuannya datang ke sini dan pengawal tua tersebut menelefon sebentar tuan punya rumah untuk memastikannya. Setelah mendapat kepastian, barulah Jaemin dibenarkan masuk. "Adik tunggu di sini dulu. Nanti ada seorang pembantu rumah Na akan jemput adik untuk ke rumah sahabat adik."

"Baik. Terima kasih banyak-banyak, pak cik."

"Sama-sama, nak."

Tidak perlu masa yang lama untuk seorang pembantu rumah Renjun tiba. Bukan itu sahaja, Renjun yang turut datang sekali menjemputnya menggunakan sebuah kereta, "Jaemin!"

"Renjun!" Jaemin membalas tak kalah teruja. Renjun menyuruhnya untuk masuk ke dalam kereta. Sangka Jaemin, mereka akan ke rumah Renjun dahulu, rupanya Renjun mempunyai rencana yang lain. "Memandangkan ahli keluarga aku tiada di rumah pada waktu ini, aku nak ajak kau ke suatu tempat. Pasti kau akan suka!"

"Kemana?"

"Rahsia!"

.....

Sebelum bermulanya movie premiere bertajuk 'Incognito Carnival', pihak media melakukan temubual terlebih dahulu dengan beberapa barisan pelakon dan tentunya bersama pengarah filem keluaran terbaharu kali ini, Nakamoto Yuta.

Ayah kepada dua orang anak itu berdiri di antara pelakon-pelakon artis bersama dua orang penulis skrip. Wajah tampannya menjadi sorotan utama. Ramai peminat mengagumi visual suami kepada Jieun itu. Nyaris sempurna!

"Selamat datang buat semua pihak media, wartawan serta para peminat yang bertuah di dalam acara temubual bersama Sutradara Na, penulis-penulis skrip yang bijaksana serta pelakon-pelakon filem keluaran terbaharu iaitu 'Incognito Carnival'!" Seorang pengacara memulakan ucapannya dan langsung mendapat tepukan gemuruh oleh semua orang yang berada di dalam theater yang besar ini.

"Sini, Jaem..." Renjun menarik lengan Jaemin untuk duduk di salah satu ruangan VIP. Mereka membelakangi pihak media yang sibuk menangkap gambar para artis yang berada di atas pentas. Renjun menarik pelitup muka hingga ke hidung untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi tumpuan pula. Jaemin juga dipesan untuk sentiasa memakai pelitup muka untuk menyembunyikan identitinya.

"Aku macam tak percaya sahaja yang aku dapat duduk di sini, Njun..." Sungguh, perasaan ini terlalu asing buat Jaemin. Selama ini Jaemin hanya mampu melihat melalui siaran langsung daripada saluran YouTube. Jaemin juga terpaksa menonton secara sembunyi daripada pengetahuan ayahnya. Bukannya seperti ini. Kali ini, Jaemin dapat melihat dengan bebas. Jangan lupakan kenyataan bahawa dia sedang duduk di barisan VIP! Sungguh, ini terasa bagaikan mimpi.

[C] Swapping Our Family.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang