REMBULAN menampakkan diri pada dada langit malam. Angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup menerpa tubuh Jieun yang sedang berdiri di balkoni kamar. Ibu dua anak itu sengaja berdiri di sana sambil menerawang. Setelah mendapat panggilan daripada Yiyeon beberapa minit yang lepas, Jieun mendiamkan diri sejenak sambil berfikir. Bahkan Jieun tidak perasan akan kehadiran Shotaro yang membawa secawan teh kamomil buatnya hinggalah anak itu bersuara. "Ibu?"
Jieun kaget. Lamunannya pecah. "I... iya?"
"Taro ada bawakan teh kamomil buat ibu."
"Terima kasih, anak ibu." Jieun beri senyum nipis. Anaknya pasti dapat melihat kegundahan yang bersembunyi dalam diri Jieun. Secangkir teh itu diangkat sebelum celahan bibir menyentuh bibir cangkir. Dia meneguk air teh kamomil sebelum kembali meletakkannya ke atas piring kaca.
Shotaro bungkam sejenak sebelum membuka suara. Dia tahu sekali bahawa ibunya takkan berdiam diri begini jikalau tiada masalah. "Mak Cik Yiyeon beritahu keadaan Abang Renjun pada ibu, ya?"
Jieun menoleh. Matanya membulat kerana terkejut. "Taro tahu?"
"Tahu." Kedua belah tangan menggenggam pagar balkoni sambil menghela nafas berat. "Abang Dejun bagitahu semalam."
"Kenapa tak beri tahu ibu awal-awal?"
"Taro tak nak ibu stres. Ibu itu mudah cemas," ujar Shotaro. "Ibu juga tengah risaukan keadaan Abang Jaemin juga. Jadi Taro memang plan nak simpan dulu sebelum Taro beritahu ibu. Tapi tak apalah kalau Mak Cik Yiyeon sudah memberi khabar terlebih dahulu."
"Abang Jaemin macam mana? Sudah tidur?" Jieun tidak sempat melihat keadaan anaknya setelah diberikan ubat kerana ingin bergegas untuk menjawab panggilan telefon. Jadi Shotaro ditugaskan untuk memeriksa keadaan abangnya sementara Jieun mengangkat panggilan telefon.
"Dah. Baru aje tadi. Suhu tubuh Abang Jaemin masih tinggi lagi, ibu. Kalau semakin teruk, kita bawa ajelah ke hospital." Keadaan Jaemin memang persis seperti Renjun. Tiba-tiba sahaja Jaemin mengalami demam panas semalam. Entah atas punca apa, Shotaro tidak tahu. Walhal dua tiga hari yang lepas, Jaemin berada dalam keadaan baik sekali. "Oh ya ibu... Apa Mak Cik Yiyeon cakap?"
"Abang Renjun kena tahan wad disebabkan radang paru-paru. Teruk juga katanya."
"Kita ke China. Kita jumpa Abang Renjun, nak?"
"Ayah pasti takkan setuju, Shotaro."
"Sampai bila kita nak begini, ibu? Takkanlah kita nak tunggu keadaan Abang Renjun dan Abang Jaemin dalam keadaan teruk, baru kita hendak saling memaafkan?"
Jieun bungkam. Shotaro kembali menyambung ucapannya, "Abang Renjun dan Abang Jaemin yang jadi mangsa keadaan, ibu. Kesian mereka. Mereka tidak bersalah. Mereka hanyalah mangsa keadaan sejak dari bayi lagi. Takkan kita masih ingin bermasam muka begini?"
"Ibu cakaplah dengan ayah, ya? Slow talk dengan ayah. Ayah perlu tahu kesalahan ayah. Ayah tak boleh lari daripada kenyataan bahawa dia pernah buat satu keluarga kandung Abang Renjun terluka."
"Ibu fikirkan juga, ya? Taro minta diri dulu, ibu." Shotaro meminta izin untuk ke biliknya. Bertepatan dengan itu, Yuta memunculkan diri. "Eh Taro, nak tidur dah?"
"Iya, ayah. Selamat malam."
"Good night too, my son."
Setelah Shotaro menutup pintu, Yuta mendekati Jieun. "Sayang? Bincang apa dengan Shotaro?" tanyanya saat mendapati perubahan air muka isterinya.
"Abang..."
"Ya, Love?"
"Kita pergi ke China, ya? Jieun nak jumpa Renjun."
KAMU SEDANG MEMBACA
[C] Swapping Our Family.
Fanfiction[ ft. Renjun Huang, Jaemin Na.] #𝐒𝐌_𝐂𝐋𝐎𝐍𝐈𝐍𝐆_𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐂𝐓. "We live in cities you'll never see on-screen." Nakamoto Renjun, atau lebih mudah dikenali sebagai Na Renjun. Si sulung daripada Keluarga Na itu begitu iri dengan kehidupan Jaemin...