EPISOD 30

10.8K 401 12
                                    


"Mama?"

Anak mata Amellyn terpisat-pisat. Berkerut dahinya apabila silauan cahaya menyerang pandangannya.

"Papa! Mama dah bangun!"

Suara teruja Rykal menjerit membuatkan Amellyn Natasha perlahan-lahan menoleh ke kanan. Wajah manis Rykal memenuhi pandangannya.

"Sayang. Sayang nak air?" Soal Rayden Asyraf sebaik saja dia melihat kelopak mata Amellyn sudah berkelip-kelip. Dari tadi kelopak mata itu tertutup.

Amellyn Natasha sekadar mengangguk kecil. Rayden Asyraf mengangguk kecil sebelum dia membantu Amellyn untuk duduk bersandar pada kepala katil.

Terus dia mencapai cawan kosong lalu diisi air mineral yang dibelinya tadi.

Cawan itu dihulurkan pada Amellyn sebelum wanita itu meneguk perlahan.

Cawan kaca itu diberikan semula pada Rayden Asyraf.

"Duduk elok-elok sayang. Nanti jatuh." Tegur Amellyn perlahan. Risau dia tengok Rykal berdiri diatas kerusi sambil tangan menongkat pada katil. Buatnya kerusi tu gelongsor kebelakang.

"Baikk!" Rykal menurut perintah. Dia duduk diatas kerusi yang tadi dia pijak. Kakinya dihayunkan kebelakang dah kedepan. Dia teruja.

"Amboi. Teruja betul dia. Tak habis-habis senyum." Tegur Amellyn sebelum dia tertawa kecil.

Rayden Asyraf sekadar tersenyum sambil melabuhkan duduk di kaki katil. Dia baru saja selesai mesej keluarga mertuanya. Maklumkan yang Amellyn dah sedar.

Dia baru dapat bernafas tenang. Dari petang tadi dia tak dapat bernafas dengan tenang. Dapat saja panggilan dari bapa mertuanya yang Amellyn sudah dikejarkan ke hospital terus dia berlari keluar dari bilik mesyuarat.

Habis semua lampu isyarat dia langgar. Bawa kereta macam bawa kereta f1 .. habis semua kereta dia potong. Sampai je hospital dia dimaklumkan yang Amellyn dah masuk bilik bersalin .. lagi gelabah dia dibuatnya.

"Rykal tak sabar nak jumpa baby." Jawab Rykal sambil menggengam erat kedua-dua tangannya. Cuba menahan rasa teruja.

"Tak sabar sangat tu sampai masa ni pun tak tidur-tidur lagi." Satu suara datang dari arah pintu membuatkan Amellyn dan Rayden memandang ke arah pintu.

Sosok tubuh Suhaila membuatkan Rykal tersenyum.

Bunyi ketukan pada pintu membuatkan kesemuanya memandang ke arah pintu sekali lagi. Satu sosok tubuh seorang jururawat yang sedang menolak sebuah cot membuatkan Rykal berdiri semula di atas kerusi.

Dia terus terjun dari kerusi sebaik saja jururawat itu menghampiri Rayden Asyraf yang berada diseberang katil. Dia berlari anak menuju ke arah Rayden Asyraf.

Dia berdiri dengan sabar di sisi Rayden Asyraf yang sedang mengambil bayi dari dalam coat sebelum dihulurkan pada Amellyn. Sebaik saja bayi berada dalam dukungan Amellyn, seluar kerja Rayden Asyraf ditarik beberapa kali.

Tangannya diangkat. Tanda dia ingin Rayden Asyraf mengangkatnya.

Rayden Asyraf tergelak kecil. Kalut betul dia.

Tubuh Rykal diangkat sebelum diletak di sisi Amellyn.

"Cantik." Bisik Rykal. Dia terpaku melihat bayi kecil dalam dukungan Amellyn.








"Dah tidur?" Soal Rayden Asyraf.

AMELLYN RAYDENWhere stories live. Discover now