Rayden Asyraf memandang sekeliling kawasan perumahan itu sebelum pandangannya dilarikan pada sebuah rumah besar dihadapannya. Dikelilingi dengan pagar putih. Cukup besar untuk dibandingkan dengan rumah miliknya.
Sesekali dia memandang Wildan yang berdiri tegak disebelahnya. Lelaki itu sekadar mengintai dicelah-celah pagar automatic itu. Jika-jika ada sosok tubuh yang sedar akan kehadiran mereka.
"Kau yakin ke ni rumahnya?" Soal Rayden Asyraf. Dia turut menjenguk melalui celah pagar.
"Kalau ikut alamat yang Putri bagi, ini lah rumahnya." Jawab Wildan. Sekali lagi tangannya naik menekan butang loceng yang tertampal pada tiang pagar.
"Macam tak ada orang pun." Ujar Rayden Asyraf. Tangannya naik membuka dua butang baju teratas. Cuaca panas membuatkan dia cepat berpeluh.
Sudahlah matahari tegak di atas kepala.
"Ish kau. Tu kereta bersusun. Takkan tak ada orang." Balas Wildan sambil tangannya menunjuk ke arah sebuah kereta Vellfire di dalam pagar dan beberapa biji kereta sedan yang terparkin di hadapan rumah.
Baru saja tangan Wildan ingin menekan butang loceng. Mereka berdua terkejut apabila daun pintu pagar untuk jalan kaki ditolak keluar. Muncul satu sosok tubuh seorang wanita sedikit berusia.
"Ada apa ya?" Soal wanita itu. Anak matanya bergerak memandang dua anak muda dihadapannya silih berganti.
"Saya Wildan. Saya datang nak jumpa dengan Datuk dan Datin." Jawab Wildan ramah. Sesekali dia memandang ke arah Rayden Asyraf yang hanya diam menyepi di sebelahnya.
Kaca mata hitam yang tersangkut pada batang hidung lelaki itu membuatkan dia tak tahu apa yang lelaki itu pandang.
Wanita itu melarikan pandangan kepada Rayden Asyraf yang masih meneliti struktur binaan rumah besar dihadapannya.
"Ini kawan saya. Rayden." Ujar Wildan apabila dia perasan wanita itu merenung Rayden lama.
"Sekejap ya." Balas wanita itu sebelum tubuhnya lesap disebalik daun pintu pagar yang turut ditutup rapat.
"Kan aku dah cakap ada orang." Tegur Wildan sambil tubuhnya dipusingkan menghadap Rayden Asyraf.
"Manalah aku tahu. Dah kau tekan loceng banyak kali masih lagi tak dengar." Jawab Rayden Asyraf sambil kedua-dua tangannya diseluk masuk ke dalam poket seluar kerjanya.
Baru saja Wildan mahu menjawab, mereka dikejutkan dengan pintu pagar besar yang tiba-tiba terbuka ke luar. Wildan dan Rayden masing-masing berganjak sedikit ke belakang memberi ruang kepada pagar untuk terbuka luas.
Sekali lagi muncul sosok tubuh wanita tadi yang sedang berlari anak ke arah mereka.
"Datuk dan Datin suruh Encik Wildan dan Encik Rayden masuk." Ujar Wanita itu sambil tangannya mengisyaratkan agar dua jejaka dihadapannya masuk.
Wildan sekadar mengangguk kecil sebelum dia menepuk perlahan lengan Rayden. Menjemput lelaki itu masuk.
Rayden Asyraf sedikit menunduk memandang Wildan yang mengangguk kecil. Dia melepaskan kaca mata hitam yang tergantung pada batang hidungnya lalu disimpan ke dalam poket seluar. Nafas panjang ditarik perlahan sebelum dia mengikuti langkah Wildan yang sudah melangkah masuk.
Langkah saja kakinya ke dalam rumah besar itu, tubuhnya terus disapa dengan angin sejuk dari aircond. Kepalanya menoleh ke kiri dan ke kanan. Memerhati setiap ruang di dalam rumah tersebut.
"Sini Encik."
Rayden tersentak apabila terasa cuitan kecil di lengannya. Terus dia memandang Wildan yang memberi isyarat agar mereka membontoti wanita tadi.
Sampai saja di ruang tamu, Wildan dan Rayden disapa oleh seorang lagi wanita seusia Datin Sabrina.
"Duduklah dulu. Datuk tengah solat dekat atas." Ujar wanita itu. Cantik bertudung walaupun sekadar tudung sarung biasa. Wajahnya putih. Anak mata wanita itu mirip dengan anak mata Amellyn Natasha.
Wildan dan Rayden melabuhkan duduk di atas sofa berhadapan dengan wanita tadi.
"Maaf lambat." Ujar seorang lelaki yang sedang menuruni anak tangga.
Wildan dan Rayden serentak memandang lelaki itu sehinggalah lelaki itu melabuhkan duduk di atas sofa di sebelah kiri mereka.
Dari wajah saja dia tahu bahawa itulah Datuk Hernandez. Bapa kepada Amellyn Natasha.
"Kawan Ikram ya?" Soal Datuk Hernandez ramah. Bibirnya tak lekang tersenyum memandang dua jejaka kacak berkemeja dihadapannya. Nampak sungguh bekerjaya.
"Tak." Jawab Wildan tersenyum.
"Saya kawan Amellyn." Sambung Wildan. Perlahan-lahan dia berpaling memandang Rayden Asyraf disisinya.
"Ini kawan saya. Rayden Asyraf. Suami kepada Amellyn." Ujar Wildan lagi sambil tangannya menunjuk ke arah Rayden Asyraf.
Lelaki itu sekadar memandangnya sekilas sebelum kembali memandang ke arah Datuk Hernandez. Langsung tiada reaksi yang terpapar diwajah Rayden Asyraf.
"Keluar." Wanita cantik bertudung sarung tadi menjerit lantang.
Keluar dua sosok tubuh berlari anak ke ruang tamu. Masing-masing memaparkan wajah terkejut apabila terdengar suara wanita tadi menjerit.
"Tunggu apa lagi? Keluarlah!" Sekali lagi wanita itu menjerit apabila Rayden Asyraf langsung tidak berganjak.
Wildan pula sudah memandang wajah kosong Rayden silih berganti dengan wajah wanita dihadapannya.
Jadi inilah Datin Qaireen. Mama Amellyn.
"Saya akan keluar. Tapi dengan syarat Datuk dan Datin tidak dibenarkan berjumpa dengan Amellyn lagi. Termasuk darah daging dia yang lain." Ujar Rayden Asyraf setelah sekian lama berdiam. Dia sekadar memandang Datin Qaireen yang ditenangkan oleh dua orang lelaki.
Datuk Hernandez dan dua orang lelaki yang sedang mengusap belakang tubuh Datin Qaireen terkejut mendekat bicara Rayden Asyraf. Suara lelaki itu langsung tidak ada nada bergurau. Apatah lagi reaksi wajah itu. Hanya reaksi wajah serius yang terpapar diwajah lelaki itu.
"Apa hak kau?" Soal Ikram garang.
Amellyn Natasha adalah adik kandung dia. Mana mungkin orang luar memutuskan hubungan mereka.
Rayden Asyraf tersenyum sinis sambil tangannya naik memeluk tubuh.
"She is my wife. A legitimate wife." Balas Rayden menimbulkan kerutan di dahi Ikram. Lama Ikram diam tidak menjawab cuba mentafsir kata-kata Rayden Asyraf sebelum dia tersentak kecil.
"Saya harap keluarga Datuk ingat apa yang saya cakapkan tadi." Sambung Rayden Asyraf sebelum dia melangkah pergi. Putra Wildan yang dari tadi menyepi turut mengikuti langkah Rayden keluar dari rumah tersebut.
Baru saja mereka ingin melangkah keluar dari ruang tamu, panggilan daripada Datuk Hernandez membuatkan Rayden Asyraf dan Putra Wildan mehentikan langkah mereka. Wildan berpaling kebelakang, memandang Datuk Hernandez yang sudah berdiri dari duduknya. Hanya Rayden Asyraf yang tidak berpaling.
"Saya restui hubungan kamu. Tapi jangan pisahkan Amellyn dari saya." Ujar Datuk Hernandez perlahan. Sayu saja suaranya.
Tanpa kata, Rayden Asyraf melangkah keluar dari rumah besar tersebut. Diikuti oleh Putra Wildan.
Niat dia datang Cuma ingin bersihkan nama Amellyn. Tiada niat mahu pisahkan Amellyn daripada keluarganya. Dia sendiri tahu bahawa Amellyn turut rindukan keluarganya. Mana mungkin dia sanggup pisahkan mereka.
YOU ARE READING
AMELLYN RAYDEN
Romance[ C O M P L E T E ] 1𝘚𝘛 𝘉𝘖𝘖𝘒 𝘖𝘍 𝘛𝘏𝘌 𝘙𝘖𝘚𝘌𝘚'𝘚 𝘚𝘌𝘙𝘐𝘌𝘚 One step away from me A thousand steps in pursuit of you. You need to know who I am. No matter what, I still get what I want. Because it's me. Rayden Asyraf. [RE-EDIT VERSION...