EPISOD 21

18.6K 795 7
                                    

"Banyaknya udang. Nak buat apa ni? Ada buat kenduri ke?" Soal Putra Wildan pelik. Tangannya tetap mengangkut plastic-plastik yang ber ada di dalam bonet kereta Rayden Asyraf. Sesekali dia memerhati sosok tubuh ibu yang baru saja keluar dari perut kereta.

"Nak buat apa udang banyak-banyak ni ibu?" Soal Wildan. Sewaktu berjalan melintasi ibunya.

"Ell nak makan gulai udang. Rayden belikan udang." Jawab Puan Habsah seraya tangannya menyambar plastic-plastik yang berisi sayur. Baru saja plastic tersebut mahu diangkat, satu suara dari belakangnya menegah.

"Eh achik. Lama dah sampai?" Soal Puan Habsah. Dia sedia maklum yang anaknya yang satu ini akan sampai ke rumah harini. Tapi takt ahu pula sampai pagi. Ingat malam.

"Sampai tadi pagi." Jawab Ameer. Plastik yang tadi mahu diangkat oleh Puan Habsah diangkat keluar dari bonet kereta Rayden lalu bonet kereta ditutup.

Tangan kanan Rayden Asyraf disalam ramah.

"Kata nak rehat dulu dekat KL?" Soal Puan Habsah pelik. kakinya melangkah ke arah tangga rumah. Diikuti oleh Ameer dan Amellyn.

Rayden Asyraf pula sekadar memimpin Amellyn yang melangkah perlahan. Sampai saja di tangga rumah, tangan Amellyn dipimpin naik sebelum tangan itu dilepaskan. Dia nak ambil angin luar dulu.

"Lepas turun flight tadi terus naik bas balik. Malaslah nak rehat-rehat. Baik rehat dekat rumah terus." Balas Ameer.

"Eh. Rayden mana?" Soal Wildan apabila sosok tubuh Puan Habsah dan Ameer melangkah masuk ke dalam ruang dapur. Kepalanya mengintai-intai di belakang ibu dan adiknya sebelum dia memandang ke arah Ameer. Keningnya diangkat sebelah.

"Abang Asy duduk dekat pangkin luar." Jawab Ameer sebelum plastik-plastik sayur tadi diletakkan di atas meja makan.

"Udang tadi letak mana?" Soal Puan Habsah. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Dahaga betul. Dah lah musim panas.

"Dalam singki." Jawab Wildan.

"Ibu nak naik tukar baju dulu. Nanti panggil Putri tolong ibu masak." Ujar Puan Habsah sebelum dia melangkah menaikki anak tangga dan hilang disebalik pintu dapur.

"Achik panggilkan Putri. Along nak tengok Rayden dekat luar." Ujar Wildan sebelum dia turut hilang disebalik pintu dapur.








"Jauh termenung. Kenapa?" Soal Wildan sebelum punggungnya dilabuhkan bersebelahan Rayden Asyraf.

Putra Wildan tertawa kecil apabila Rayden Asyraf tiba-tiba saja melepaskan keluhan kecil.

"Kalau sebab Fareed tu, tak payah risau. Aku dah bagitahu dia tadi. Tok imam pun okay je dah dia tak boleh nak buat apa. Takkan nak paksa kau ceraikan Ell pula kan." Ujar Wildan sebaik saja dia reda dari tawanya tadi.

Pap!

"Kau kenapa?" Soal Wildan geram apabila tiba-tiba bahunya ditumbuk kuat. Bahunya yang terasa sakit itu diusap perlahan.

"Aku tak akan lepaskan Ell." Ujar Rayden keras. Perkataan Tak akan ditekan kuat bagai cuba memberi amaran.

"Okay okay fine." Balas Wildan mengalah. Gerun melihat wajah garang Rayden.

Putra Wildan dijeling tajam sebelum pandangannya dihalakan ke arah lain. Dia bukan main menjauh dari perkataan cerai. Boleh pula Wildan main sebut je. Jantung dia tadi bukan main rancak berdegup mendengar perkataan itu.

AMELLYN RAYDENWhere stories live. Discover now