ببسم الله الرحمن الرحيم
"Aisara."
"Aisara."
"Suri Aisaraa! Bangunlah kita dah lambat ni!"Bangun sahaja dari tidur aku dijamu dengan muka sahabat aku Qaizsara yang sedang bercekak pinggang di tepi katilku.
Keningku berkerut.
"Kenapa kau bising-bising ni Qai?" Tanyaku dengan suara yang masih lagi mamai.
Aku dengar dia mendengus perlahan lalu menarik tanganku keluar dari dalam duvet.
"Suri Aisara, kau ni nyanyuk ke? Kita ada kelas tau pagi ni kalau lambat macam mana?"
Aku tersentak.
Alamak! Kelas!
"Hah tulah kau, aku kejut dari tadi tau."
Aku terus bangun capai tuala dan mandi, tiada masa nak dengar kawanku itu membebel.
"Lagipun kau tahu-tahu jelah perangai pensyarah kita tu macam mana tak boleh lambat sikit."
Dari dalam bilik air aku masih boleh dengar kawanku yang masih lagi membebel macam tiada hari esok.
Ah semua tu tak penting. Yang paling penting sekarang ni aku kena bersiap cepat. Aku taknak nama aku ada dalam blacklist pensyarahku kerana datang lambat.
Selesai sahaja memakai pakaian ku dengan lengkap, kakiku terus mengorak langkah ke hadapan cermin bilikku.
Tangan mencapai perfume berjenama estēe lauder lalu disembur dibahagian leher baju dan tangan.
Aku mencalit sedikit lipbalm dan sapu ke atas bibirku yang sedikit mengering. Mungkin ianya disebabkan aku kurang minum air, tambahan pula cuaca sekarang panas.
Tanpa berlengah aku terus mencapai handbag dan totebag ku yang berisi buku.
Turun sahaja tangga aku melihat Qaizsara masih lagi berlenggang-kangkung sambil menekan-nekan remote tv.
Sekali lagi dahiku berkerut.
"Qaizsara? Cepatlah kita dah lambat kan."
Aku lihat bibirnya tersenyum lebar lalu ketawa.
Sah kawan aku dah kena sampuk!
Aku nampak dia belek jam dia.
"Aisara hahahah aku tipu kau aje, kita masih ada satu jam 40minit 39saat lagi sebelum pergi ke kolej." Katanya dengan ketawa yang masih tersisa.
Aku tercengang.
Shit! Aku kena tipu.
"Kau ni kalau aku tahu yang aku tak terlambat memang aku siap lambat-lambat je tadi." Aku mencebik.
YOU ARE READING
MEMILIKIMU BINTANG
RomanceSuri Aisara seorang gadis yang mendambakan cinta seorang lelaki. Noah Mikhail dialah lelaki yang diagung-agungkan oleh Suri Aisara. Noah Mikhail - Jika mencintai saya hanya memberi impak buruk pada awak, saya sarankan untuk awak berhenti mencintai s...