أحد عشر

1.6K 121 6
                                    

بسم الله الرحمن الرحيم

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku lihat ayah, mama dan kakak berlari mendekatiku.

Masing-masing memelukku dengan erat sambil teresak-esak.

Aku mula merungkaikan pelukan.

"Suri dah tak suci, Suri jijik dengan diri Suri sendiri." Aku mula beremosi.

Kelihatan tubir mata ayah dan mama menahan air matanya dari jatuh menyembah bumi.

Kakak memeluk aku dengan erat. Seerat-eratnya.

"Kita kena buat laporan polis." Putus ayah.

Aku menggeleng perlahan. Pada saat ini aku terasa tidak mahu berjumpa dengan siapa-siapa.

"Suri, kakak rasa kita memang perlu buat laporan polis. Suri mahu dia terlepas macam itu sahaja setelah apa yang dia lakukan terhadap Suri?" Ujar kakak penuh sebal.

Mungkin bengang akan sikapku yang tidak ingin memanjangkan hal ini.

Apa guna buat laporan polis? Boleh dapat semulakah kesucianku bila buat laporan polis?

"Suri kita kena buat juga laporan polis tak boleh macamni kalau tak lelaki itu terlepas macam itu aje."

"Lihat disebabkan lelaki tu Suri jadi begini." Suaranya mendesak.

Aku mula bingit!

Telinga aku tutup rapat-rapat dan kugelengkan kepala ku laju-laju.

"Suci jangan paksa Suri, aku rasa dia tahu apa yang dia buat. Dengan keadaan dia macamni kau hanya tambahkan masalah pada dia."

Kakak tertunduk lemah.

"Aku cuma taknak lelaki yang dah rosakkan adik aku terlepas begitu sahaja."

"Aku faham tapi aku mohon kau hormat keputusan Suri."

Aku bersyukur kerana Luth Hakimi yang menghentikan desakan kakak.

Luth Hakimi kawan aku yang sentiasa memahami keadaanku. Dan sentiasa membelaku.

"Suri pernah nampak lelaki tu?" Tanya ayah.

Aku menggeleng. Aku langsung tidak pernah melihat mukanya. Suaranya juga tidak pernah kudengar.

Aku pasti yang aku tak mengenalinya. Argh! Aku tak mahu teringat kejadian malam itu.

MEMILIKIMU BINTANGWhere stories live. Discover now