ثلاثة

1.6K 118 1
                                    

بسم الله الرحمن الرحيم

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

بسم الله الرحمن الرحيم

Awal pagi lagi aku sudah bangun dari tidur. Pagi ini aku dan Qaizsara bercadang untuk pergi bersenam.

Aku hanya memakai jersey muslimah, seluar sukan dan tudung bawal berwarna peach.

Aku teringin nak pakai shawl tapi aku tak pandai nak mengenakannya. Jadi sepanjang hidupku, aku hanya dengan tudung bawal dan sarung sahaja.

Setelah selesai bersiap aku menilik diriku di hadapan cermin. Perfect!

Aku mengorak langkahku ke bilik Qaizsara.

Sebelum masuk aku mengetuk dulu pintu biliknya sebagai tanda menghormat.

Dia membuka pintu biliknya. Aku lihat muka dia ceria, entah apa yang merasukinya sehinggakan senyumannya lebar sampai ke telinga.

Aku hanya masuk ke dalam biliknya.

"Kenapa tak pakai tudung lagi?" Tanyaku dengan dahi berkerut.

"Peninglah nak pakai tudung apa."

Aku menepuk dahi.

"Kalau macamtu sampai kiamat pon kau takkan tahu nak pakai tudung apa."

Dia hanya tersenyum sumbing.

Aku bingkas bangun dari dudukku dan menyelongkar almarinya.

Aku lihat banyak tudung yang tersangkut dalam almari tu tapi aku faham, dia perempuan jadi dia memang complicated. Tak dinafikan aku juga boleh dikategorikan perempuan yang complicated.

Aku mencapai shawl berwarna peach yang berada di dalam almarinya. Sesuai sangat! Tudungku pun berwarna peach.

Aku menghulurkan tudung itu kepadanya, dia mengambil tudung itu lalu dipakai.

Kami berdua turun ke bawah dan memakai kasut masing-masing.

Dah kalau nak pergi bersenam pastilah kami akan mengenakan kasut sport.

Takkan nak pakai heels pulak tengah-tengah bersenam tu. Tapi aku tak tahu lah pulak kalau-kalau ada malaon yang memakai heels tika bersenam.

Aku dan Qaizsara berlari anak sepanjang perjalanan aku dan Qaizsara menuju ke taman berdekatan rumah.

"Aku rasa kan sesuai lah kalau kau dengan Elriz ni jadi suami isteri."

MEMILIKIMU BINTANGWhere stories live. Discover now