![]()
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image. بسم الله الرحمن الرحيم
Jejak jam 12 malam baru aku pulang ke rumah. Suasana yang sunyi itu membuatkan bulu romaku meremang.
Keluar dari kereta aku terus ke pagar dan membuka mangga. Terasa diri diperhati aku menoleh.
Tiada siapa. Aku perbanyakkan istighfar walhal dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya aku sekarang.
Entah kenapa tapi firasatku kuat mengatakan bakal ada perkara yang buruk berlaku.
Namun cepat-cepat kutepis, bila sudah masuk ke dalam rumah baru sahaja aku mahu menutup pintu.
Terasa sesorang menolak pintu itu dari luar. Dadaku berombak laju.
Dengan keadaan yang gelap membuatkan bulu romaku semakin meremang.
Aku cuba menutup pintu itu menggunakan sekuat tenagaku. Tetapi apakan daya, aku hanya seorang perempuan yang lemah.
Seseorang yang diluar tadi dapat menolak pintu itu sehingga terbuka luas. Aku terjatuh ke belakang.
Takut menyelubungi diri. Terasa kakiku dicengkam kuat. Aku menjerit kuat! Meminta pertolongan.
Bila aku nak menjerit sekali lagi terasa tangan kekarnya menutup mulutku.
Didekatkan mulutnya ke leherku.
"Diam, jangan jerit." Ternaik segala bulu romaku. Halus! Suaranya halus! Tetapi aku meyakini yang dia lelaki!
Terasa kepalaku dibelai-belai. Aku meronta-ronta dengan keadaan yang teresak-esak.
"Lepaskan aku! Tolong lepaskan aku!" Aku menjerit sekuat hati.
Akibat jeritan aku tadi aku menerima satu tamparan yang cukup kuat dan membuatkan aku terkedu.
Kebas terasa di pipiku. Air mataku mula mengalir bila terasa diriku sangat lemah.
Lemah! Tidak mampu mempertahankan diri sendiri.
Aku menyepak perutnya sekuat hati menggunakan kakiku. Lalu aku cuba lari ke luar rumah.
Tetapi apakan daya kudrat ku sebagai seorang perempuan. Kaki ku terasa ditarik dan aku jatuh terjelupuk menyembah bumi.
Lelaki tadi mula bersikap agresif!
Dia mula merentap kasar tudungku. Bawah leherku terasa sangat sakit akibat rentapan nya yang terlalu kuat.
![](https://img.wattpad.com/cover/312547592-288-k651074.jpg)
YOU ARE READING
MEMILIKIMU BINTANG
RomanceSuri Aisara seorang gadis yang mendambakan cinta seorang lelaki. Noah Mikhail dialah lelaki yang diagung-agungkan oleh Suri Aisara. Noah Mikhail - Jika mencintai saya hanya memberi impak buruk pada awak, saya sarankan untuk awak berhenti mencintai s...